Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Dec 17, 2009

Kepentingan Suhbah


Apabila seorang murid berjumpa dan bersama dengan seorang yang arif tentang selok-belok permainan nafsu, dan juga telah berjaya menawan nafsu itu, si murid akan sampai ke matlamatnya. Oleh yang demikian, Khatamul Anbiya, Sayyidina Muhammad (saw) telah mengajar para sahabat dengan cara mengumpul mereka bersama-sama baginda (saw). Justeru, pewaris Nabi, mahaguru Naqshbandi, telah menekan pentingnya “sohbet” – bersama, berjumpa dan berkumpul dengan sheikh/mursyid merupakan tiang yang mustahak di dalam latihan tariqat.
Shah Naqshband, Imam utama tariqat kita, tanpa beliau tidak akan wujud tariqat ini, pernah berkata, “Cara kita ialah melalui sohbet, bersama-sama, dan semua kebaikan akan tercetus daripada perhimpunan itu.” Beliau menjelaskan bahawa sesiapa yang menghadiri perhimpunan yang sedemikian, walaupun hanya untuk lima atau sepuluh minit, dia akan memperolehi keuntungan kerohanian yang besar. Keuntungan itu akan melebihi keuntungan yang akan dia perolehi sekiranya dia beribadat nawafil selama tujuh tahun.

Begitulah kuasa perhimpunan pewaris anbiya, dan untuk menambahkan kuasa in ialah melalui keikhlasan peserta-peserta di dalam perhimpunan itu. Hati-hati mereka dicantum dalam keikhlasan dengan hati sheikh. Di dalam majlis sedemikian, kuasa yang turun ke hati peserta-peserta akan mencabut akar-akar pemujaan nafsu sendiri dan syirik yang tersembunyi. Kalian boleh perhatikan bahawa dengan setiap sohbet, tenaga nafsu semakin berkurangan.

Mahaguru kita, Sheikh Abdullah Daghestani menerangkan bahawa tanpa bersama-sama adalah sukar bagi kita menangkap tipu-helah dan permainan nafsu. Kita memerlukan seorang yang dapat menunjuk kepada kita jalan yang selamat untuk melalui juram-juram yang merbahaya. Nafsu kita suka mendekati juram-juram yang bahaya. Nafsu kita akan menipu kita dengan menyatakan bahawa juram-juram tersebut adalah “jalan cepat” dan “jalan mudah,” dan kita akan mempercayai dengan bisikan itu. Nafsu kita akan mengajar kita cara-cara untuk mengalihkan hati kita daripada Allah.

Tetapi apabila kalian bersama-sama sheikh/mursyid, nafsu dan kegiatan-kegiatannya mudah dikenalspasti. Penyamaran nafsu akan diketahui, ia akan ditelanjangkan di hapadan kalian, dan kalian akan terjekut lalu berkata, “Ini tidak lain adalah nafsu saya! Ia menyamar diri dengan baik sehingga saya ingat bahawa ia merupakan penasihat yang bagus; tetapi sekarang saya sedar bahawa ia jahat.

Bersama-sama dengan sheikh akan menolong kalian memahami kesilapan kalian. Sekiranya kalian berikthiar untuk memperbaiki ciri-ciri yang buruk, nescaya perubahan ke arah kebaikan akan diperolehi.

Satu lagi perkara yang penting diketahui ialah apabila jema’ah kita berkumpul semata-mata kerana Allah, menyantumkan hati-hati mereka dengan hati mahaguru tariqat ini, majlis tersebut akan mendapat natijah yang sama seperti mereka bersama-sama dengan sheikh. Jangan salah sangka bahawa majlis yang baik hanyalah apabila bersama-sama dengan sheikh secara fizikal. Apabila kalian berjumpa dan berkumpul, salah seorang daripada kalian harus menjadi saluran inspirasi yang datang daripada sheikh. Individu itu akan bercakap dan yang lain dengar, terimalah inspirasi yang datang daripada sheikh melalui individu itu. Cara tariqat Naqshbandi ialah cara Sufi, mengikut dengan rapi cara-cara Rasulullah (saw), dan berkumpul secara yang telah diterangkan di atas merupakan cara baginda (saw), dan cara para sahabat. Sekiranya baginda (saw) tidak dapat menghadiri mana-mana majlis, baginda sentiasa menugaskan seseorang daripada sahabatnya sebagai wakil.

"Ya, seorang mesti bercakap dan yang lain mendengar, cara begini semua akan diberkati oleh Allah. Sekiranya lebih pada seorang bercakap, atau terdapat pertelegahan dan perdebatan, maka kuasa kerohanian tidak akan ada di dalam majlis tersebut – hati akan menjadi sejuk. Oleh yang demikian, sekiranya saya menyuruh seseorang mengendalikan mana-mana perjumpaan, kalian mesti dengar dia. Apabila kalian dengar beliau, beliau akan dapat menerima inspirasi mahaguru kita, yang mana hati mahaguru itu selalu berhubung dengan hati Rasulullah (saw), dan hati baginda (saw) sentiasa bercantum dengan Allah Yang Maha Esa. Cara begini Allah akan membantu individu yang bercakap tadi, dan akan mencurahkan ilmu dari Lautan Rahmat, Barakat dan KurnianNya. Melalui percakapan individu tersebut para hadirin akan dapat petunjuk dalam perjalanan mereka.

"Apabila seseorang yang telah disuruh oleh sheikh untuk bercakap di mana-mana dan bila-bila masa sebagai wakilnya, tidak kira sama ada satu ratus, satu ribu atau satu million mendengar – setiap orang akan dapat mengambil faedah mengikut dengan keperluan masing-masing. Adalah mustahil bagi seseorang yang mewakili sheikh bercakap dan tidak seorang pun yang tidak akan menerima keuntungan daripada pertemuan itu; di sebaliknya, tiap-tiap orang akan menerima habuan baik.

"Saya telah menghadiri sohbet Sh. Abdullah Daghestani selama empat pulu tahun, dan sudah menjadi tabiat saya untuk menulis kata-kata beliau. Kesemuanya terdapat lebih daripada tujuh ribu sohbet. Beliau begitu pemurah berkongsi hikmahnya bersama kami; walaupun seorang saja yang hadir pada majlis beliau, beliau akan mengajar si fulan itu. Beliau begitu senang bersama orang ramai, tidak pernah menghadapi masalah untuk bercakap dengan orang ramai tanpa mengira sama ada mereka itu kanak-kanak, orang dewasa, lelaki, perempuan, tua, muda, orang kampung, atau orang bandar. Beliau dapat bercakap mengikut kemampuan pemikiran dan pemahaman orang, semuanya ini dilakukan olehnya walaupun beliau merupakan seorang . Semuanya ini dapat beliau laksanakan kerana ilmu yang beliau perolehi bukannya datang daripada buku-buku, tetapi daripada hati, dan daripada hati beliau, mengalirlah semua perkara yang kita perlu.

Pautan Zawiyah Johor Bahru

No comments:

Post a Comment