Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Sep 22, 2011

oppsss lipan...

Malam tadi aku dikejutkan dengan deringan sms dari telefon burukku. "pukul 2 pagi siapa pulak yg sms aku ni, ni mesti perkara mustahak" geruh hatiku. Dengan penuh longlai aku mencapai telefon bimbitku. Sms dari orang yang tidak aku kenali. "Assalamualaikum, tuankah owner http://sahibulfaqir.blogsport.com.? kalau ya, saya mohon diceritakan lagi berkenaan "rahsia Bismillah" wasalam."
Terkebil kebil aku. Aku mimpikah atau jalu. Seingat aku dah lama aku tidak upload apa apa dalam blog aku kerana kekurang masa a.k.a malas. "ahhh baik aku sambung tidur.... Zzzzzzz"
Pagi ini cuaca hujan, sejuk menular seluruh tubuhku. Aku teringat sms semalam, siapa ikhwan itu??? dia mahu bertanya atau mahu menguji. perasaan aku serbah salah bercampur baur. " baik aku tanyakan kepada Syeikh Shahrul Rizal, Tuan Guru ku mungkin dia dapat menjawab persoalan ini " bisik hati kecilku.
Truuuttttt sms berbunyi lagi. "ana akan ke zawiya malam ni" pendek tapi padat. Itulah Tuan Guruku setiap kata atau sms begitu padat walaupun tiga patah pekataan. Aku tersenyum girang.
"Sidi Azmi, jikalau rahsia Bismillah itu sudah diketahui maka ianya bukanlah rahsia, Makanya rahsia itu tiada menjadi rahsia jika telah diketahui, kan dahulu ana dah bincangkan panjang lebar tentang bismillah pada pengajian Hadist di Masjid Jamik Plentong. Tapi tidak mengapa ana terangkan lagi, menurut Tuan Guru ana Bismillah mengandungi 3 nama Agung ALLAh SWT iaitu ALLAH, ArRahman dan ArRahim. Dari mana dapatnya perkataan ALLAH kita dah bincangkan, sidi faham bukan?" tanya Syeikh Shahrul. Aku cuma boleh mengaguk seperti burung kakak tua.... (cuba mengingatkan kembali cerita itu.)
"Sidi pernah dengar tak Kalau kamu ingin menulis nikmat Ku(ALLAH) dan tujuh lautan menjadi tinta maka kering dakwat tinta lalu ku tambah tujuh lautan lagi, masih tidak dapat menulis segala nikmat yang telah diberikan kepadamu" katanya dengan penuh hikmah.
"Segala Rahasia Ilmu ALLAh SWT hanya dapat difahami oleh mereka yang telah sampai ketahap Makrifatullah. Dan mereka itu adalah Wali ALLAH. Dan mereka yang masih belum memahami Rahasia ALLAH masih ditahap bodoh (anak anak). Justeru itu marilah kita memperbanyakkan ibadah yang wajib dan yang sunat supaya kita sampai kemakam itu. Dewasa ini berapa ramai yang berzikir tetapi semakin tinggi diri, kita hendaklah berzikir dan berfikir( merenung kebesaran ILLAHI) supaya bertambahnya Ubudiyah dalam diri." tambahnya lagi. Sebaknya aku. Macam roket menusuk kalbu.
"Sidi janganlah berzikir untuk meninggi diri tetapi berzikir dan berfikir untuk menjadi hamba yang menyaksikan Kebesaran dan keAgunganNya." katanya tajam merenungku. Aku cuma mampu tersipu."Sidi tahukan ayat pertama diturunkan,' Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan'. Maka perhatikan kejadian alam dengan nama ALLAH itulah Rahasia Bismillah. Faham????" kata nya lembut tapi tegas. Aku cuma mampu mengangguk saling tak tumpah macam burung kakak tua.
Alamak aku belum solat Isyak.... Tuan Guruku dan rakan rakan ku sudah pun menuju ke tempat hidangan."baik aku solat dulu". Dalam aku berada dalam rakaat keempat, mata ku tepat di depan sejadah memohon keredhaan Rabul Izzati, aku terpandang seekor lipan yang merah sedang menguit ditempat sujudku. Hatiku menjadi gerun lalu terpacul dalam hati ini, "Seekor lipan dah gerun inikan pula nak mengetahui Rahasia Bismillah".

p/s -aku teruskan solat
     -harap ALLAH SWT terima solatku walaupun hati berdebar nampak lipan.