Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Dec 4, 2009

Cuba Renungkan

Cerita Guruku
“Bagaimanakah rupa bukit itu” tanyaku dengan perasaan ingin tahu.”Peh!!! jalannya susah gila, berliku liku. Silap haribulan kau akan sesat. Kau lebih baik pakai kasut boot yang tinggi kerana kat sana banyak pacat… Banyak batu batu lumut dan senang tergelincir.Tapi pasal air kau jangan risau, banyak air mata air kat sana, tapiii.. aku sampai separuh jalan sahaja… tak larat plak..” kata razak bersungguh sungguh. Dia tahu kawannya ni memang tidak pernah langsung berkhemah apatahlagi mendaki bukit.
Kecut perut aku dibuatnya mendengar cerita si razak, tapi hatinya terpanggil untuk menyaksikan keindahan alam ciptaan Illahi, selama ini aku hanya dapat melihat dari tv, internet atau mendengar cerita orang saje. Meluap luap jiwaaku untuk alami sendiri keAgungan Ilahi.”Ahh!! takpe baik aku pergi tanya si leman, dia pun pernah juga panjat bukit tu,” bisik hati kecilku.”Man, kalau aku bawak boot ni ok tak??” tanyaku sambil menanyang kasut timberland baruku. “Kau ni membazir aje, pakai kasut sekolah lagi baik, jalan mendaki tu landai ajer, mungkin Cuma 2 atau 3 chekpoint je ko kene panjat batu.. yang lain semua ada tangga tapi berpasir lah. Kasut mahal kau tu buat kaki kau melecet je.. yang penting ko kene bawak air minum.. haus giler.” Kata si leman bersahaja. “Man, kat sana takda mata air ke???” tanya ku kehairanan.. “Mana ada… kau kalau nak solat takde air boleh lah ko tayamum.. kau ingat tak cara dan niat tayamum??” jawap si leman dengan sinis.”Man, puncaknye cantik tak??? Tanyaku lemah.. “Ntah?? Aku pun tak tau, aku cuma daki sampai kaki bukit je, tak larat aku nak sampai puncak.” Kata si leman dengan nada malu.
Fikiranku terus dihantui oleh cerita cerita kawan kawanku. Aku bertambah binggung dan keliru. Aku cuma nak tahu pengalaman mereka supaya aku dapat siapkan kelengkapan yang berguna untuk pendakian.. aku jadi binggung. Ahhggg aku tak peduli yang penting aku dapat menyaksikan sendiri panorama indah di puncak bukit tu.. persetan kan pesan kawan kawan ku. Aku nak merasai angin sepoi sepoi bahasa, dan pemandangan mentari merah di ufuk timur, Jiwaku seperti disentap sentap bila membayangkan keindahan ciptaan Illahi.. Aku terlena….
“Assalamualaikum!!” terkejut aku bila ditegur oleh renjer Jabatan Perhutanan Bukit Puteri. Aku memang tengah berkhayal memikirkan tentang kasut apa nak pakai?? Berapa botol air nak bawa?? Terngiang ngiang cerita kawan kawan ku tentang pengalaman mereka mendaki, berdetik juga hati kecil ni untuk membatalkan niat mendaki bukit puteri tetapi jiwa ini meronta ronta untuk menjadi saksi keindahan alam semulajadi yang menjadi buah mulut masyarakat setempat.”Anak ni kali pertama ke nak daki bukit ni?” tanya Hj isa renjer jabatan perhutanan tadi. Aku hanya mampu mengangguk lemah, fikiran ku berkocak camok. Nak pergi ke tak pergi… Peliknya hj isa hanya mengukirkan senyuman, senyuman yang mengandungi seribu satu makna dalam jiwaku.. hatiku semakin bergejolak… sehinggakan aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasakan.. “Anak jangan risau,dengan izin Allah pakcik akan bawa anak sampai ke puncak bukit” kata hj isa sambil tersenyum… Tiba tiba jiwaku terbakar, semangatku berkobar kobar, sinar mentari di ufuk timur mula aku bayangkan. Timbul perasaan percaya yang jitu kepada hj isa. Seperti pesakit mempercayai doctor yang hendak membedahnya. Gusar hatiku padam seperti api yang dijirus air mawar… Perjalanan bermula…
“Pakcik, boleh saya tanya sesuatu?” walaupun hati ini telah hilang keraguan tetapi sebagai budak yang tiada pengalaman aku seperti gelojoh nak tahu nikmat keindahan dan masih lagi memikirkan cerita kawan kawan.”Betulke jalan mendaki ni banyak pacat dan berlumut??”
“Betul!!!” kata hj isa bersahaja. “Betul ke jalannya landai dan bertangga lagi berdebu? Betul ke disini ada banyak mata air?” tanya ku lagi dengan niat untuk menguji.. “Betul!!!” jawapnya ringkas. “Betul ke kita kene bawa air botol yang banyak? Kalau ada mata air buat ape bawak air botol??? Soalan ku bertalu talu. Sesungguhnya nafsu mazmumah aku telah menguasai aku.. Kepastian yang aku mahukan membuatkan aku hilang pertimbangan sebagai seorang insan. “mana satu yang betul pakcik?”, Hj isa tersenyum, senyum seorang renjer jabatan perhutanan yang banyak pengalaman tentang selok belok hutan bukit puteri. Senyuman itu ibarat menampar pipiku. Aku malu dengan soalan soalan ku yang gelojoh dan penuh nafsu… Aku malu dengan hj isa.”Pakcik maafkan saya, saya bersikap kurang ajar tadi” kata ku dengan seribu satu penyesalan… Hj isa hanya tersenyum diam.
Latifah aku bergetar dengan irama seribu satu penyesalan. Perjalanan bermula bisu.. Cuma diiringi oleh kicauan burung dan mergastua sahaja. Kalbuku tidak lagi teruja dengan keindahan tetapi penyesalan dan menharapkan kemaafan hj isa. Aku mula sedar soalanku itu adalah sia sia. Bukan berguna pun kasut mahal ku.. buat apa kalau aku bawak air botol banyak banyak. Sepatutnya aku patuh dengan arahan hj isa tentang selok belok hutan ini sebab dia lebih berpengalaman… Aku menyesal… menyesal…menyesal…
“Kita berehat sekejap” hj isa bersuara. Aku debgan penuh takzim mendekatinya “Hj, saya nak mintak maaf pasal awal tadi.. Saya tidak bermaksud untuk meninggi suara tetapi saya binggung dengan jawapan haji tadi.. Saya benar benar menyesal dan minta maaf” kata ku dengan nafas yang termengah mengah. Hj isa tersenyum sambil menganguk kepalanya. Hati ku melompat keriangan. Kemaafan yang hj isa berikan menyuburkan lagi bunga bunga kepercayaan ku kepadanya. Yakin ku kepadanya ibaratkan bayi di dalam rahim si ibu. Keindahan puncak bukit bermain kembali didalam benak hatiku, tapi kali ini aku harus lebih berwaspada terhadap nafsu ku… bila bila masa ianya akan menunjukan belangnya..
Aku mula keletihan, langkahku mula kaku, mazmumahku mula tunjukan protesnya, tapi aku tekatkan pendirian ku untuk sampai ke puncak… Disini aku lihat kasihsayang yang ditunjukan oleh hj isa membantuku mendaki, aku semakin lemah, lemah dari segi fizikal dan mental. Hj isa terus cekal membantu ku. Di sini aku yakin dengan ketulusan hj isa. Yakin seperti sekujur mayat yang sedang di mandikan. Jasad ku mengikut saja arahan hj isa sedangkan akal ku sudah tidak berdaya keletihan. Akal ku seolah olah sudah mati kerana keletihan…
“Alhamdulillah,Kita sudah sampai” kata hj isa lembut. Hanya itu yang dapat ditangkap oleh anak telinga ku. Aku benar benar sudah tidak berdaya. Urat dalam jasadku ibarat telah putus dimamah keringat hutan bukit pueri. Aku hanya mampu duduk tersandar pada batu besar di puncak bukit. Hj isa tersenyum seolah olah mengetahui penderitaan yang aku alami. Aku lihat dia menghidupkan api dan aku terus terlena…
“Anak, bangun minum air ni!!!” kejut hj isa dengan penuh mesra, lalu aku minum dengan lahapnya, aku tersedak… “perlahan perlahan, ini air akar kayu, ia akan menghilangkan keletihan” kata hj isa lembut. Aku tersipu sipu malu. Selepas lima minit aku mula bertenaga, akalku mula menguasai nafsu ku. Hawa puncak bukit sepertinya menari nari dikulit tubuhku. Aku terpesona dengan iramanya…
“Mari pakcik tunjukan pemandangan bukit ini” kata hj isa sambil memegang tanganku erat.”cuba anak lihat di sebelah selatan bukit ni, memang landai dan bertangga debu, belah sini memang takde punca air, sebab itu pakcik jawap soalan anak tadi betul. Tapi ramai yang naik ikut sini tak dapat sampai kepuncak. Belah sini pulak ikut jalan barat daya, memang banyak pacat dan punca air pun banyak, jalan ni pun betul tapi meraka kene redah tebing tinggi tu baru boleh sampai kepuncak!!! Tak ramai yang sampai. Jalan yang anak ikut tadilah jalan yang paling mudah dan terbukti ramai orang yang telah sampai ke puncak. Sudahkah terjawab semua persoalan anak???” kata hj isa lembut dengan penuh berhemah.
Aku berdiri sendirian setelah ditinggalkan oleh hj isa, aku terfikir patut pun si leman dan si razak mempunyai pengalaman yang berbeza. Jalan pendakiannya pun berbeza. Ternyata cerita mereka bercanggah kerana mereka tidak sampai ke puncak… perbezaan pengalaman mereka hanya dapat di saring sekiranya mereka sampai kematlamat. Dan puncak bukit ini adalah matlamat. Aku melepaskan lelah letih ku sambil merenung kenikmatan ciptaan Illahi. Basirah aku terbuka. Titik Latifahku teruja dengan keindahan ciptaanNYA. Pengalaman ku bersafar mengajarkan ku satu penyedaran akan kemulian ahlak, dan hinanya nafsu. Dan was was itu senjata nafsu. Nafsu hanya akan tewas sekiranya kita menyerah secara mutlak kepada yang maha ESA.. Aku bersyukur kerana ada pebimbing yang telah menunjukku jalan sampai ke puncak bukit puteri. Aku benar benar telah saksikan keindahan ciptaanNYA, dan bukit puteri menjadi saksi keatas penyaksian ku.

Perjalanan seorang saliq menuju keHadrat Ilahi memerlukan bimbingan seorang Murabbi yang Mursyid kerana perjalan ini selalunya sangat sukar dan mengelirukan. Hanya Murabbi yang Mursyid saja yang dapat membimbing sisaliq dari was was, keraguan dan kesesatan. Selalunya diingatkan kepada sisaliq supaya jangan menceritakan pengalaman perjalanannya kepada mureed dan orang awam selagi belum sampai ke matlamat penyerahan mutlak kerana ianya hanya akan menyebabkan kekeliruan dan salah faham.

No comments:

Post a Comment