Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Dec 17, 2009

Jadilah Seorang Pendengar

Dengan “Bismillah” kita dapat mulai. Tanpa “Bismillah” tidak ada kekuatan Ilahi yang boleh membantu hamba-hamba-Nya. Grandsyaikh ‘Abdullah Fa’iz ad-Daghestani berbicara mengenai sebuah perilaku yang baik bagi setiap orang, beliau mengatakan bahawa kita adalah ummat manusia. Suatu ketika seorang yang terpandang datang berkunjung, dalam hatinya dia merasa bahawa dia adalah sesuatu. Kita harus menggunakan bahasa yang lain untuk berbicara kepadanya daripada berbicara kepada orang yang berkata, “Saya bukan apa-apa.” Grandsyaikh berkata kepadanya, “Bicaralah kepada kami, atau izinkan kami untuk berbicara.” Dia menjawab, “Anda boleh bicara, saya mendengarkan.”

Apakah kalian fikir menjadi seorang pendengar itu adalah sesuatu yang mudah? Benar atau salah. Setiap orang boleh berbicara, kerana itu adalah suatu kesenangan bagi dirinya. Ego senang untuk berbicara dan menonjolkan dirinya, tetapi seorang pendengar harus bersifat rendah hati. Grandsyaikh membalas kepada orang itu, “Wahai saudaraku, orang yang mahu mendengar adalah orang yang tidak sombong.” Seorang pendengar selalu mendapatkan sesuatu. Seorang pembicara terlebih dahulu harus menjadi pendengar, kalau tidak maka kata-katanya akan menjadi racun dan membawa penyakit bagi yang mendengarkan.

Dalam setiap agama dan kepercayaan, hal pertama yang diberikan kepada para pengikutnya adalah, “dimohon untuk tenang dan diam.” Jika seseorang tidak boleh memandang orang lain lebih tinggi darinya, dia tidak boleh menjadi seorang pendengar dan dengan demikian dia tidak bersifat rendah hati. Allah boleh memberi hikmah kepada siapa saja, jika kalian mendengarkan, kita boleh mendapatkannya dari orang itu.

Menjadi seorang pendengar adalah krateria utama yang dimiliki seorang Rasul, kerana mereka semua mendengarkan malaikat Jibril. Pendengar adalah pembeli sedangkan pembicara adalah penjual. Pembeli adalah orang yang mendapat sesuatu. Sebuah perilaku yang baik bagi semua Rasul dan Awliya serta para ulama adalah memiliki paling sedikit satu orang yang boleh didengarkan. Jika seseorang tidak menerima bahawa orang lain lebih tinggi darinya, bererti dia mempunyai level yang sama dengan Syaitan, yang berkata, “Di alam semesta ini tidak ada yang lebih tinggi dariku!”

Seorang anak kecil yang duduk di bangkunya di sekolah bersama seorang anak di depannya berpura-pura mengendarai kereta kuda yang membawa mereka pergi ke Aleppo. Anak yang di depan bertindak sebagai kuda yang dikekang, dan seperti inilah orang-orang yang tidak mahu mendengar, mengalami kemajuan.
"Wa min Allah at Taufiq"
Pautan Zawiyah Johor Bahru

No comments:

Post a Comment