Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Jun 20, 2010

Seorang hamba tidak patut menyombong diri

Suhbah pada 7hb June 2010
Seorang hamba tidak patut menyombong diri
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu'alaikum kepada semua para Nabi dan orang2 aleem. Salam ini adalah seruan ilahi yg
membawa kurnia untuk kami dari syurga. Dengar, wahai manusia, saya berada di sini untuk mewakili
guruku. Saya adalah hamba yang lemah, hamba yang tawadduk, yg tidak mempunyai apa2. Saya
sedang cuba untuk mengosongkan diriku, saya sedang berusaha untuk menafikan yang diri ini punya
kehebatan dan kebolehan. Saya sedang berusaha untuk menjadi zarrah kecil dalam lautan hamba2 yg
mulia. Wahai manusia, kamu mesti hadir dan kamu mesti belajar.
Assalamu'alaikum, salam itu berasal dari syurga. Salam membawa rahmat, barokah, nikmat dan
cahaya ke dalam kehidupanmu. Assalamu'alaikum, saya tujukan salam ini kepada kamu dan keatas
mereka yg beribadah soleh. Kami mesti ikut contoh Nabi akhir zaman! Dia adalah manusia yang paling
dikasihi, yang paling mulia, yang paling di puji, yang paling banyak di kurniakan kebaikan, di sisi Allah!
Kami patut berasa bangga menjadi Ummat Baginda Rasul (saw).
Sebutlah A'uzubillah....supaya kamu jauh dari shaitan, kerana shaitan mahu menjauhkan manusia dari
kurnia Allah. Maka sebutlah A'uzubillah....wahai pemimpin kami yang suci, lindungi kami supaya kami
tidak terjatuh ke dalam jerat2 shaitan. Wahai manusia, hadirlah dalam Suhbah ini dan dengarlah
nasihat.
Pelajaran ini bukan satu persembahan, yang saya mengadakan untuk menyombong kepada kamu.
Tidak ada erti untuk seorang hamba menyombong! Wahai manusia yg lalai! Mengapa kamu
menyombong? Adakah kamu fikir, yang seorang hamba, yang memakai pakaian perhambaan, patut
menyombong? Perbuatan yang di lakukan atas dasar menyombong diri, adalah perbuatan yg sangat
bodoh sekali. Itu adalah sesuatu yang sangat menghinakan manusia, sehingga ia jatuh ke derajat yg
paling rendah sekali. Tiada erti untuk menyombong di hadapan Allah, itu adalah perbuatan yang tiada
erti. Tidak patut bagi seorang hamba untuk menyombong di hadapan Raja sekalian Raja. Itu adalah
kemuncak kebodohan dan kejahilan. Itu adalah derajat yang PALING RENDAH sekali. Manusia yang
menyombong adalah demikian!
Wahai manusia, tinggalkan tabiat shaitan itu! Itu adalah keinginan shaitan, yang ia masukkan ke dalam
diri sebenar manusia, shaitan meniup ke dalam manusia sifat untuk ingin di kenal dan di sebut dan
menggalakkannya untuk menonjolkan dirinya supaya di pandang dan di puji, supaya ia jatuh ke
tingkatan yg paling rendah ddi antara seluruh makhluk. Penyombongan adalah perbuatan yg tiada erti.
Perbuatan menyombong itu di arahklan kepada siapa? Kepada manusia lain! Manusia lain adalah
seperti kamu, mereka juga di pakaikan dengan pakaian yg sama seperti mu, iaitu mereka pun hamba
seperti kamu juga! Bayangkan, dua orang hamba, yang sama miskin, yang sama fakir, yang kedua2nya
bergantung kepada Allah untuk rezqi dan hidupnya, menyombong diri terhadap satu sama lain! Dan
mereka lakukan kesombongan itu di hadapan Raja yang memerhatikan mereka berdua!
Tetapi ini adalah cara fikiran manusia dalam abad ke 21! Kamu menyombong kerana kamu mempunyai
pakaian yang cantik? Kamu menyombong atas gelaran tiruan kamu? Atas harta mu? Atas kedudukan
mu? Atas dunia mu? Sedarlah wahai manusia, kamu adalah seorang hamba! Hamba tidak boleh
menyombong! Itu adalah ajaran yang di ketahui oleh seluruh orang2 aleem!
Adalah terlarang untuk orang2 menyombong. Shaitan jatuh kerana ia menyombong! Ia menyombong
terhadap seluruh ciptaan. Apabila Allah memakaikan manusia dengan pakaian kemuliaan.
Shaitan berkata, "Saya telah cuba mempamerkan diri saya kepada seluruh alam, tetapi sekarang Allah
telah memuliakan manusia (dan bukan diriku) dengan kemuliaan, saya tidak boleh menerima haqiqat
itu!" Itulah sebab shaitan jatuh.
Manusia memikirkan dalam akal mereka, yg mereka mempunyai haq untuk menyombong. Wahai
manusia, datang dan belajar! Kesombongan menjatuhkan manusia ke dalam kegelapan yg berterusan,
ke dalam masaalah yg tidak ada akhirnya, ke dalam penderitaan yg tidak berhenti.
Manusia yang suka menyombong, mahu di pandang sebagai manusia yg melebihi yang lain, "Kami
bukan orang biasa seperti kamu." Ulama'2 suka menonjolkan dirinya sebagai manusia yg berlainan
dari manusia biasa.
Manusia suka memandu kereta yg baru, dan mahu di pandang dan di puji! Siapakah dirimu? Siapakah
dirimu utk menyombong?
Nabi (saw) bersabda, "Aku duduk seperti hamba, aku makan seperti hamba." Tidak perlu ribuan
hadees utk membimbing mu ke jalan yg benar! Ajaib sekali! Allahu akbar! Manusia yg sombong
mengatakan, "Aku Maha Besar!" Ia tidak mengatakan, "Allah Maha Besar. Baginda mengajar kami
dengan satu hadees. Hadees itu bermakna, “Aku datang kepada mu, wahai manusia, sebagai hamba,
untuk mengajar manusia, yang mereka adalah HAMBA ALLAH.”
Jika Rasulullah (saw) mengajar hanya hadees ini sahaja, pelajaran dalam hadees itu cukup untuk
memimpin manusia ke atas jalan siratal mustaqeema! Mencukupi!!
Saya hanya mengajar apa yg perlu (utk perjalanan mu). Untuk mempelajari sesuatu, kamu mesti
merenungkan ilmu itu. Ramai yg belajar, tetapi mereka tidak memahami! Mencukupi bagimu untuk
mempelajari hadees ini sahaja! Tulis lah dengan khat dari dakwat emas! Letakkan hadees ini di
hadapan Raja2 dan Presiden2 dan org2 yg mengaku tinggi derajat mereka. Letakkan hadees ini di
hadapan mereka ini, supaya mereka sedar! Tiada yg dapat menyamakan dirinya dengan derajat
Rasulullah, tetapi Baginda tidak sombong. Hadees ini mengajar seluruh Ummah, dan ia memberi
keamanan kepada seluruh Ummah, dan hadees ini mendatangkan ketenangan kepada manusia di
dalam perbuatan mereka dan di dalam hati mereka, manusia yang memahami hadees ini akan berada
di dalam lautan ketenangan.
Kamu faham apakah penyakit yg menyebabkan seluruh Ummah jatuh tanpa boleh bangun kembali?
(soalan ini di tujukan kpd doktor2 shariat). Kesombongan! Jika Rasulullah (saw) mengajar HANYA
Hadees ini, maka ia mencukupi bagi seluruh Ummat. Hadees itu mengandungi pelajaran yang
terkandung di dalam ke-empat2 kitab2 suci. Lapan patah perkataan, yang erangkumi ajaran seluruh
Kitab2 suci.
Hadees itu menerangkan misi hidup manusia. Misi Nabi isa (as) bukan untuk di salib! Tidaklah
demikian! Nabi Isa (as) mengajar bahawasanya, misi sebenarnya, adalah untuk mengajar manusia
yang ia adalah manusia yg paling lemah di sisi Allah. "Aku tidak mempunyai apa2
kebolehan/kehebatan/kehandalan. Aku adalah makhluk yang lemah sekali, hanya Allah yang Maha
Hebat!"
Manusia yang tidak mengaku apa2 kebolehan, tidak boleh di cederakan oleh senjata dunia ini, hanya
mereka yang mengaku kehebatannya dapat di cederakan. Misi manusia adalah utk menjadi HAMBA.
Manusia di cipta untuk menjadi hamba kepada Tuhan semesta alam.
Ajaran awal yang di perintahkan atas mansuia, adalah ini - Allah mencipta Adam (as) , dan Adam di
pakaikan dengan pakaian perhambaan (Adam tidak di biarkan bertelanjang). Adam di pakaikan
dengan pakaian kemulian dan kedudukan nya adalah kedudukan kemulian dan ketinggian NYA, dia di
pakaikan dari lautan Kemuliaan dan Ketinggian Allah.
Adam (as) tetap tidak sombong, walau di pakaikan dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian. Maka
Allah berfirman, "Aku pakaikan Adam dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian KU, untuk menjadi
wakil KU, di antara kamu. Sujudlah kpd Adam!" Allah memerintahkan malaikat2 untuk sujud kepada
Adam (as). Malaikat2 sujud apabila mereka melihat ketinggian Allah yang di beri kepada manusia,
kerana manusia telah di pakaikan dengan pakaian kemuliaan syurgawi.
Shaykh Muhideen berkata, "Kemuliaan bagi Adam (as) adalah, bahasanya dia di jadikan dari sesuatu
yang tidak pernah ada, dan di kembalikan kpd kekosongan (iaitu menafikan kebolehannya)." (Dari
kosong, kembali kosong). Tiada yg boleh mengaku dirinya HEBAT, hanya Allah sahajalah yg Maha
Hebat. Manusia di beri kemuliaan, ia tidak di beri kehebatan, kerana hanya Allah yg Maha Hebat.
Shaitan mengaku dirinya hebat, maka ia jatuh.
Tiada sekutu bagiNYA, hanya DIA yg Maha hebat, tiada yg dapat menjadi sekutu bagiNYA. Manusia
hanya di beri kemuliaan, tetapi Allah tetap yg Maha Kuasa. Mustahil ada di dalam alam ini, yang
mempunyai kehebatan, selain Allah.
Ya Allah, ampunkan kami, demi kemuliaan dia yang paling mulia di sisi MU, Sayyidina Muhammad
(saw).
Fatihah

No comments:

Post a Comment