Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Jun 15, 2010

Gunakan neraca atas setiap perbuatanmu

Suhbah pada 6hb June 2010
Gunakan neraca atas setiap perbuatanmu
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Madad ya Rijallallah. Wahai manusia yg di kurniakan pertolongan dan kekuatan syurgawi. Satu
manusia demikian lebih dari mencukupi utk membantu keperluan bumi ini seratus kali. Ini adalah
kurnia Allah, kpd Sayyidina Muhammad (saw).
Jika kamu memberi penghormatan, kamu akan menerima penghormatan. Jika kamu melakukan
kebaikan, kamu akan menerima kebaikan syurgawi. Setiap perbuatan mu mesti di lakukan hanya utk
Tuhan mu (ikhlas). Walaupun perbuatan kami hanya sebesar zarrah di sisi Allah, balasan Tuhan
mungkin seperti sebsar bumi ini. Kamu mungkin memberi sesuatu yg kecil sahaja, tetapi balasan DIA
mungkin di luar jangkaanmu. Apabila Allah mengurniakan, walaupun pemberian DIA itu sedikit sahaja,
tetapi apa yg kecil di sisiNya, adalah sesautu yg sangat besar di sisi makhlukNYA.
Kurnia Allah adalah menurut kebesaranNYA, DIA memberi sesuatu dari pentadbiranNYA yang hebat,
pemberianNYA adalah sesuatu yg fikiran manusia tidak akan dapat mencapai. Manusia tidak dapat
mencapai kefahaman mengenai walau bahagian yg sekecil sekali dari pemberian Allah yang Maha
Luas. Moga2 Allah mengampunkan kami semua.
Wahai manusia, selamat datang. Allah senang terhadap mereka yang hadir, dan apabila Allah senang
terhadap hambaNYA, Allah mengurniakan kepada hambaNYA tanpa berhenti.
Mengapa kamu mengejar dunia ini? Pemberian Allah yg kecil, melebihi harta dan khazanah dunia ini,
ribuan kali. Sebenarnya, kamu mengejar dunia ini kerana kamu tidak punya akal (yang memahami
haqiqat hidup). Contohnya, jika di sebelah kananmu, kamu di tunjukkan segunung intan berlian dan di
sebelah kiri mu, kamu di tunjukkan segunung sampah. Manakah yang kamu akan memilih?
Manusia sekarang di dalam keadaan yang ia di persembahkan gunung2 yg penuh dengan intan, tetapi
ia meninggalkan gunung2 intan tersebut, dan ia mengejar sampah dan najis dunia ini.
Manusia demikian tidak berakal.
Maka, tinggalkan tabiat tersebut, dan datang dan ambillah dari kurnia ilahi. Kurnia ilahi memberi kamu
nikmat yg kamu tidak dapat gambarkan. Para Nabi dan Rasul di utus oleh Allah utk menunjukkan
manusia cara untuk mencapai gunung2 intan, dan para Nabi dan Rasul mengajar manusia untuk
membandingkan gunung2 intan itu dengan gunung2 sampah dunia ini. Walaupun di beri petunjuk,
sebahgiaan manusia tetap membelakangkan gunung2 intan!
Intan dari bumi ini, hanya mempunyai dua warna - putih dan merah jambu. Tetapi gunung intan yg di
kurniakan kepada manusia, terdiri dari intan yg berbagai warna, warna2 yg sangat menawan hati. Ia
begitu indah, sehingga, jika kamu memandangnya, kamu akan jatuh tersungkur kerana terkejut.
Shaitan berkata, "Wahai manusia, jangan percaya berita ghaib mengenai gunung2 intan, ambillah dari
apa yg saya mempersembahkan dari gunung2 sampah ini, itu lebih baik utk mu."
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani 6hb June 2010
Wahai manusia, assalamu'alaikum. Moga2 Allah memberi kamu kefahaman yg baik. Selagi kamu
belum memiliki kefahaman yg baik, kamu akan tinggalkan gunung2 intan dan mengejar najis dunia ini.
Assalamu'alaikum hamba2 Allah, assalamu'alaikum wahai Qutbul Zaman, yg mentadbir urusan seluruh
bumi ini. Salam kepada mereka yg mencari bahagian dari kehidupan abadi mereka. Manusia demikian
adalah manusia yg berakal, di bandingkan dengan manusia yang sentiasa mencari sesuatu yg sia2
(dunia), yg akan berakhir dengan kerugian.
Manusia zaman ini mentaati shaitan dan kuncu2nya, mereka membelakangkan nasihat dan petunjuk
para Nabi dan Rasul dan pengikut2 mereka. Kami memohon untuk mengikut petunjuk syurgawi,
supaya dapat mewarisi pemberian syurgawi.
Contohnya, ramai manusia mentaati shaitan dengan menghisap rokok. Pasti, itu adalah sesuatu yg
mentaati shaitan. Mereka mengikuti cara hidup shaitan, dan mereka sedang cuba mencari nikmat dari
pokok tembakau itu, dan mereka membelakangkan rasa nikmat akherat. Dalam waktu seorang
menghisap satu batang rokok, manusia yg lain yg beramal dalam waktu itu, boleh sampai kepada
nikmat kehidupan abadi. Ramai mansuia yg mengadu dalam hati mereka, mereka mengadu dalam akal
mereka, dan mereka mencari jalan supaya jasad mereka boleh rasa nikmat dan kebahagiaan. Itu
adalah mustahil (selagi mereka mencari nikmat melalui merokok), kerana mereka menggunakan cara
yg salah. Setiap kali mereka merokok, mereka jatuh kedalam lembah yg gelap sekali. Selagi mereka
merokok, mereka tidak akan rasa nikmat, tetapi mereka akan rasa kesusahan dan penderitaan.
Allah telah memberi kamu cara utk mengukur perbuatan2mu.
Apakah erti Ayat2 Quran in dari Surah AR Rahman "Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas
dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9)"
Untuk siapa mizan (neraca) itu? Untuk binatang? Untuk malakat? Untuk Jinn? Atau untuk manusia?
Ayat itu adalah dari Surah Ar-Rahman, Allah memerintahkan manusia utk menggunakan neraca,
supaya ia menimbangkan perbuatan2 nya, supaya ia tahu nilai setiap perbuatannya jika di timbang
dalam neraca Allah - itu adalah kurnia Allah kepada manusia.
Untuk apakah neraca itu? Untuk menimbang apa? Untuk menimbang gamdum atau beras? Untuk
menimbang apa? Terangkan jika kamu tahu, wahai yg mendakwa dirimu ulamak. Di manakah Allah
meletakkan neraca itu? Di dalam beg2 atau kotak2 dalam rumah kamu? Adakah di situ terletak
neraca?
Neraca adalah untuk manusia! Ia adalah untuk manusia menimbangkan AMAL mereka! Neraca adalah
untuk manusia menimbangkan permintaan mereka juga. Neraca bukan untuk menimbang harta dunia
ini, kerana harta dunia tidak ada nilai di sisi Allah.Sekarang kami menggunakan neraca elektronik
untuk menjual beli. Adakah Allah berniaga bersama manusia (dengan adanya neraca ilahi)? Neraca itu
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani 6hb June 2010
adalah untuk menimbang amal dan usaha manusia. Untuk menimbang akal, hati dan jasad kami.
Seluruh dunia Islam mengejar cara hidup yg kotor sekarang, mereka meninggalkan neraca Allah, dan
mereka ikut cara hidup orang2 Barat/Kafir, iaitu dengan mengamalkan demokrasi. Siapa yang memberi
manusia otoriti untuk melakukan demikian? Adakah undang2 dunia seperti undang2 akherat/Al-
Qur'an? Wahai ulamak2, mengapa kamu tidak bersuara, mengapa kamu tidak mengajar manusia utk
menegakkan hukum2 Islam? Zaman ini, pemerintah2 Islam, mengadakan hukum2 yg menentang
Quran untuk menindas rakyat mereka. Wahai manusia yg tidak takut kpd Allah, mengapa kamu tidak
menerangkan perkara ini kepada pemerintahmu, kamu takut kpd manusia, tetapi tidak takut kepada
Allah.
Gunakan neraca Allah atas setiap perbuatan dan lafaz kata mu. Kamu mesti menggunakan neraca itu!
Apakah nilai undang2 dunia di atas neraca ilahi?
Saya tidak pernah melihat dalam Al Quran, yg manusia di galakkan bersukan, tetapi sekarang, negara2
Islam mempunyai Menteri Sukan! Mengapa negara Arab Saudi mempunyai pasukan bolasepak?
Bolasepak di haramkan dalam ke-empat-empat kitab suci! Sekarang, pemuda2 kami melatihkan
dirinya dalam bolasepak. Itu adalah haram. Allah mencipta Jinn dan manusia utk BERIBADAH kpd NYA,
bukan untuk menumpukan kehidupannya kepada sukan. Kamu berjuang untuk memenangi Piala
Dunai? Apakah erti perjuangan itu? Allah akan menyoal mu di akherat kelak.
Pada suatu ketika, Ibrahim Adham, yg merupai Sultan yg hebat, sedang memburu.
Ada sebahagian manusia yang memburu untuk rizqinya. Tetapi seorang Sultan memburu, sebagai hobi
sahaja. Apabila Ibrahim Adham sedang mengikuti seekor sang kancil, ia terdengar pesan dari alam
ghaib. Suara itu berkata, "Adakah kamu sangka yang kamu di cipta untuk sukan, memburu dan
berpoya2?" Kemudian ia mendengar pesan lagi, "Wahai Ibrahim, adakah kamu sangka yg kamu di
perintahkan oleh Tuhanmu untuk memburu (sebagai tujuan hidup mu)?"
Manusia zaman ini gila bolasepak. Dua puluh dua orang mengejar satu bola, itu adalah perbuatan yg
sangat bodoh sekali, dan permainan ini di tontoni oleh jutaan orang yang juga tidak berakal. Mengapa
ulamak2 Islam tidak mengharamkan sukan ini? Tiada ulamak yg berani menghalalkan sukan itu juga.
Jika kamu tidak dapat membezakan halal dan haram, bagaimana kamu akan menerima kurnia ilahi?
Wahai mansuia, taatilah perintah ilahi, tetanglah ego dan kemahuan mu (berhenti merokok dan
berhenti bermain/menyaksikan bolasepak), jika tidak, kamu akan di bawah pengaruh shaitan dan
pengikut2nya. Gunakan neraca untuk menimbang nilai bolasepak di sisi Allah! Apakah manfaatnya
untuk orang2 beriman?
Mengapa kamu tidak menggunakan neraca untuk menimbang setiap perbuatanmu? Kamu akan di soal
di akherat dan kamu akan di balas, jika bukan hari ini, pada Hari Pembalasan Moga2 Allah mengirim
pembimbing, yg akan membimbing kami menuju kepada kehidupan mulia di dunia dan akherat.
Fatihah. Tasawwuf adalah Ruh Islam, jika sesiapapun menolaknya, mereka akan di timpa bala', maka
belajarlah!

No comments:

Post a Comment