Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Jun 16, 2010

FATWA JAKIM 2010( Tariqah Naqshabandi AlAliyah Haqqani telah dikeluarkan dari senarai selepas penyelidikan dibuat)

CAWANGAN AKIDAH


1. Pengenalan Cawangan Akidah

Aspek akidah merupakan fokus utama aktiviti penyelidikan JAKIM. Ini kerana aspek akidah merupakan teras kepada pegangan agama seseorang.
Dalam menjalankan fungsi penyelidikan akidah, JAKIM melaksanakannya berkonsepkan prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang menjadi dasar dan pegangan negara Malaysia. Akidah yang selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak.
2. Konsep penyelidikan akidah
Konsep penyelidikan dalam bidang akidah yang dilaksanakan oleh JAKIM bertujuan seperti berikut;

·:: Memantapkan akidah ummah
·::
Mengawal pengaruh ajaran sesat
·:: Membendung diayah agama-agama lain di kalangan umat Islam


3. Penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat
Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh JAKIM , faktor utama penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat adalah seperti berikut:
:: ·Tasawuf Teosofi atau Tasawuf Falsafah
::· Fahaman Batiniah
::· Syiah
::· Amalan Khurafat
::· Menggunakan akal tanpa batas


Manakala bentuk ancaman penyelewengan akidah dan agama antaranya adalah seperti berikut;

::Mencela ulama muktabar iaitu dengan mendakwa diri atau kumpulan mereka mengetahui ilmu hakikat, sedangkan ulama muktabar dan ulama semasa mengetahui ilmu zahir sahaja. Ilmu zahir bagi mereka tidak lebih daripada perkara kulit sahaja, perkara batinlah yang mereka anggap ilmu sebenar
:: Mengubah keilmuan agama dengan cara membuat takwilan atau seumpamanya dalam agama
:: Kegiatan mereka menyumbang kepada perpecahan umat dan menghancurkan Islam dari dalam
:: Aktiviti pelampau agama yang membawa perpecahan umat dan negara

4. Langkah-langkah yang telah diambil oleh JAKIM
Dalam usaha mengatasi masalah tersebut, pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dan JAKIM telah bekerjasama erat melalui pelbagai program dan jawatankuasa berkaitan bertujuan mengembalikan mereka yang telah tersesat kepada akidah yang sebenar.

Antara usaha yang dilakukan ialah;
:: Mengkaji beberapa konsep yang sering digunapakai dalam masyarakat bagi tujuan mencari jawapan ilmiah sama ada bercanggah atau tidak dengan akidah Islamiah seperti konsep Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Yaqazah, Kasyaf, Ilham, penggunaan hadis maudhu`, wali serta qutub dan lain-lain lagi;
:: Menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-institusi pelajaran
formal dan tidak formal.
:: Mentahqiq kitab-kitab lama yang dikhuatiri mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah;
::·Mengadakan ceramah-ceramah, taklimat, bengkel dan muzakarah;
::·Menerbitkan buku dan risalah berkaitan akidah; dan
:: Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM.




Antara sumbangan Bahagian Penyelidikan
dalam mempertingkat kehidupan umat Islam di negara ini adalah:-


:: Mengkaji fahaman akidah kumpulan tertentu bertujuan untuk diwartakan. Sehingga kini lebih 55 kumpulan ajaran sesat telah difatwa dan diwartakan. Kumpulan tersebut seperti kumpulan al-Arqam, Syiah dan golongan Anti-Hadis.

:: Memantau dan memulih akidah mereka yang terlibat dengan ajaran sesat.


5. Penubuhan Jawatankuasa dan Panel

Bagi melicinkan usaha-usaha pihak JAKIM menangani isu-isu berkaitan dengan akidah beberapa jawatankuasa dan panel telah diwujudkan, antaranya Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS), Jawatankuasa Menangani Isu-Isu Semasa Akidah dan Panel Kajian Akidah.
6. AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar


No comments:

Post a Comment