Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Jun 18, 2010

Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu!


Suhbah pada 3hb June 2010
Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu'alaikum kpd mereka yg beribadah soleh - kami memberi salam kpd mereka yg mentaati
perintah2 Allah, Pencipta Kami. Assalam'alaikum kpd yg hadir. Kamu boleh hadir atau tidak, itu
terpulang kpd diri mu. Jika kamu hadir dalam Suhbah yg tawadduk ini, kamu akan bahagia, kerana,
akan di hilangkan dari dirimu, segala kesusahan.
Ada yg hadir dalam Suhbah, tetapi mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya, dan akibatnya,
mereka mengganggu Suhbah ini, sehingga hubungan saya dengan guruku terputus. Wahai manusia,
kamu mesti beradab/berdisiplin. Allah telah mengajar kehidupan berdisiplin kpd manusia.
Memulakan Suhbah ini dengan Auzubillah dan Bismillah, adalah dari disiplin syurgawi yg kami di
perintahkan supaya mentaati. Berdisiplin adalah sukar utk manusia, kerana manusia adalah makhloq
yg sombong, ia rasa sangat susah utk menuruti perintah atau menjadi PENGIKUT, itu sangat sukar utk
ego kami melakukan, kerana ego lebih suka utk MEMERINTAH.
Seorg hamba tidak semestinya melakukan mengikut sesuka hatinya, kerana seorg hamba, tertakhloq
di bawah perintah Tuhan semesta alam. A'uzubillah, tabiat membaca Ayat ini, adalah sebahgian dari
disiplin syurgawi, yg di amalkan oleh para Nabi dan Rasul dan seterusnya oleh org2 aleem, sehingga
hari ini.
Pemerintahan yg haqiqi adalah hanya bagi Allah yg Maha Kuasa. Tuhan semesta alam adalah Maha
Esa, hanya DIA yg dapat memilih hamba2 utk mewakili diriNYA, mengikut kehendakNYA.
Tiada makhloq yg dapat menjadi Tuhan, atau dapat menjadi Penguasa, hanya DIA lah yg Maha Kuasa.
Tiada yg boleh memberi pangkat di sisi Allah, tanpa izin dariNYA. Ini disebut di dalam Kitab2 Suci. Ia
juga di sebut oleh Sayy Muhammad (saw), yg membawa risalah terakhir, Kitab Suci Al-Quran.
Al-Quran mengandungi mesej yg terakhir utk mengajar manusia mengenai kedudukannya yg sebenar,
kerana manusia, atas dasar ciptaannya, mudah di sentuh shaitan, maka manusia semuanya selalu
berkata 'AKU'!
Sebutan 'AKU' adalah pengakuan seolah dia itu Tuhan, itu adalah sifat yg paling buruk yg di miliki
manusia, iaitu utk mengaku, 'AKU BERADA DI SINI.'
Shaitan meggesa manusia utk membuat pengakuan, "AKU mempunyai kedudukan, AKU adalah yg
berilmu...AKU adalah TUHAN!" Manusia tidak mempuyai haq utk mengaku yg ia mempunyai sesuatu,
tetapi shaitan mengajar manusia utk membuat pengakuan tersebut.
Shaitan mengajar manusia utk mengaku "AKU ADALAH ORG PENTING" kerana manusia itu adalah
presiden, Raja, ketua tentera.....maka manusia demikian membuat pengakuan yg menentang Allah,
"AKU JUGA TUHAN ....selain Allah!"
Seluruh pelajaran manusia sekarang membuahkan kesombongan tersebut! Hanya satu Tuhan, iaitu
Allah, dan kami adalah HAMBAnya sahaja. Selagi kamu tidak mengaku bahawasanya kamu adalah
seorg hamba, kamu masih bersyubhat dengan shaitan.
Wahai ulama', adakah kamu mengajar semua ini kpd pengikut2 mu? Jika tidak, kamu yg duluan yg
akan di azab di akherat, kerana kamu mempunyai tanggungjawab di atas bahu kamu, kamu memikul
tanggungjawab utk mengajar manusia, tetapi kamu tidak menjalankannya.
Ajarlah manusia bahawasanya ego suka mengaku dirinya sebagai tuhan! Maka berbicaralah dengan
egomu - "Apakah seorg yg mengaku dirinya sebagai VIP/Tuhan masih perlu ke tandas? Bagaimana org
yg mengaku dirinya penting, masih perlu ke tandas utk kadar hajatnya?"
Wahai ulama', permudahkanlah ajaran mu supaya senang di fahamai. Bimbinglah murid2mu, supaya
jangan menyombong, Allah tidak senang terhadap hamba yg sombong. Sesiapapun yg membawa
kesombongan, tidak akan jejak syurga! Ini adalah ajaran yg penting, manusia mesti kenal diri mereka
dan mereka mesti mengenal Allah swt.
Setiap ajaran dalam zaman ini, hanya utk mengajar pemuda dan pemudi utk membanggakan sijil2
mereka dari Universiti2 yg terkenal, maka mereka menjadi sombong and angkuh. Mereka merasakan
diri mereka sangat penting/pandai/hebat.
Shaitan meniup ke dalam ego manusia sehingga ego mereka membesar dan mereka tertipu - mereka
sangka yg mereka adalah manusia yg berkedudukan, dan penting!
Wahai ulama' Salafi, mengapa kamu tidak menerangkan kedudukan sebenar manusia kpd diri mereka?
Adakah kamu sangka yg Kitab Suci di turunkan utk memberi manusia pangkat tiruan? Setiap gelaran di
atas bumi ini adalah gelaran palsu/tiruan. Sebenar2 gelaran adalah dari syurga.
Shaitan membisik kpd manusia, sehingga mereka sangka mereka pun adalah Tuhan diatas bumi.
Haqiqatnya- hanya Allah adalah Tuhan, tiada selain DIA yg berkuasa dan berkedudukan.
Seluruh dakwaan kita adalah palsu, maka hancurkan egomu! Sebenarnya, kehebatanmu hanyalah di
dalam khayalanmu, maka hancurkan khayalan2 tersebut. Allah mengirim org2 aleem, utk mengajar
manusia supaya membinasakan gelaran2 palsu yg mereka telah mengada-adakan, supaya manusia
sedar dan bertaubat dan pulang ke pangkal jalan, dan mereka mengaku diri mereka sebagai hamba2
Allah.
Allah berfirman dalam Al Quran mengenai Nabi Ibrahim (as) dan perbuatannya sewaktu di dunia.
Rakyat Namrud mengukir patung2 berhala, yg menggambarkan kesombongan ego mereka.
Sayy Ibrahim (as) berkata , "Aku akan menghancurkan patung2 berhala ini."
Adakah ini cerita dongeng? Sayy Ibrahim (as) berkata, "Aku akan menghancurkan seluruh patung2
berhala yg didakwa mewakili Tuhan. Hanya DIA adalah Tuhan"
Al Quran bukan buku cerita, ia adalah ajaran buat manusia. Setiap manusia mempunyai patung
berhala di dalam diri mereka, dan selagi kamu tidak menghancurkan patung berhala tersebut, kamu
belum benar2 beriman kpd Allah. Sebenarnya, manusia memelihara patung2 berhala ini, dengan teliti
sekali.
Allah mengajar manusia - "Kamu mesti menghancurkan patung berhala ego kamu. Jika tidak, kamu
bukan hambaKU, kamu adalah hamba shaiatn, keluar dari sini!"
Allah tidak mencipta manusia utk mengaku diri mereka adalah TUHAN. Tidak!
Allah adalah Tuhan yg mutlak kuasaNYA.
Selepas perang Badr yg cukup hebat, Nabi (saw) bersabda kpd Sahabat2 Baginda, "Wahai Sahabat2
ku, kami baru habis berperang dengan tentera yg di atas jalan yg batil, dan Allah telah mengurniakan
kami kemenangan. Tetapi kami akan memulakan perang yg baru, dengan musuh yg lebih dasyat,
musuh yg paling ketara!"
Sahabat2 bertanya dengan terkejut, "Siapakah musuh ini?"
Nabi (saw) bersabda, "Jihadun nafs!" Itu bermaksud, "Berperanglah dengan ego mu, hancurkan
patung berhala mu."
Kamu pernah berperang dengan ego mu? Manusia yg tidak berbuat demikian adalah makhloq yg tidak
memperolehi penghormatan di langit, dan di akherat mereka akan di lontar ke dalam neraka
jahannam, kerana niat/sifat mereka yg buruk.
Cuba memahami, jangan izinkan egomu bersuara dan melaungkan kehebatan dan kebesaran dirimu!
Tinggalkan pakaian kehebatan dan pakailah pakaian seorg hamba! Dengan berbuat demikian, Allah
akan memakaikan kamu dengan pakaian perhambaan, Allah suka hambaNYA berpakaian demikian,
DIA tidak suka manusia pakaian selain dengan perhambaan.
Fatihah.

No comments:

Post a Comment