Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Jun 15, 2010

Bukalah ikatan belenggu dunia, dari dirimu!

Suhbah pada 4hb June 2010
Bukalah ikatan belenggu dunia, dari dirimu!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalam'ualaikum wahai yg beribadah soleh, wahai mukmineen, wahai hadirin sekalian.
Assalamu'alaikum wahai yg hadir, selamat datang. Kami berharap bahawasanya seluruh org2 yg beriman berada dalam keadaan yg baik, di dunia dan di aklherat. A'uzubillahiminash shaitan nirrajeem dan Bismillahirrahmanirraheem....kami adalah makhluk yg lemah sekali, maka sebab itulah Allah telah mengurniakan kami bacaan Bismillahhirrahman nirraheem, kerana bacaan itu adalah lautan kekuatan dan sumber pertolongan ilahi (barokah dan rahmat) untuk kami, tanpa sudahan.
Apabila manusia berzikir dengan Basmalah, mereka dia di hujani dengan barokah ilahi. Wahai manusia, kami semua adalah makhluk yang lemah sekali, dan saya tidak pernah mendakwa yg saya mempunyai kehebatan. Jgn sangka yg teknologi canggih zaman ini dapat memberi kamu kekuatan. Fahami bahawasanya, seluruh yang wujud di atas bumi ini, berada di dalam lautan kelemahan. Seluruh bumi ini di penuhi dengan makhluk2 yg akan menggigil dalam keadaan kelemahan, jika mereka tidak di dukung oleh pertolongan ilahi. Makhluk tidak akan dapat wujud tanpa kehendak dan pertolongan ilahi, setiap zarrah dalam alam ini bergantung kepada Allah, tetapi manusia merasakan dirinya telah mencapai kehebatan sehingga ia dapat berdikari (tanpa pertolongan Allah). Maka, di atas bumi ini, hanya manusia yg berpendapat demikian, kerana ia adalah makhluk yg lalai, dan manusia bergantung kpd alat2 canggih kepunyaan nya, seolah2 alat2 demikian dapat memberi mereka kekuatan. Manusia terpedaya oleh apa yg ia lihat di depan dirinya, ia bergantung kpd alat2 yg zahir, ia tidak beriman kpd pertolongan dari yg ghaib. Bumi ini telah sampai ke akhir hayatnya. Setiap yg bermula, pasti akan berakhir. Bumi ini sedang menuju kpd ajalnya, dan ia akan lenyap ke dalam lautan kekuasaan Allah apabila sangkakala di tiup nanti. Maulana berdoa, "Ya Tuhan kami, wahai Tuhan kami, ampunkan kami, dan berilah kami peluang utk memahami, Ya Allah."Maulana berdoa demikian, supaya manusia yg hadir memahami yg mereka adalah makhluk yg baru di cipta semalam, dan esok hari, mereka akan lenyap (mati dan hilang dari dunia ini). Dunia ini adalah pentas persembahan yg sangat singkat sekali!Jgn sangka bahawa apa yg menimpa kamu pada hari ini, adalah (persis) sama seperti yg menimpa kamu semalam. Tidak!
Kamu mesti sedar yg kejadian dan kehidupan yg akan kamu akan lalui pada esok hari, tidak sama seperti apa yg kamu mengalami pada hari ini. Setiap hari, apa yg kamu menghadapi dan mengatasi, adalah berlainan. Setiap dalam alam ini akan bergerak menuju ajalnya dengan keadaan yg berbeza beza. Setiap saat, alam ini berubah, dan ia sedang bergerak menuju kpd ajalnya, dengan pantas. Dunia ini adalah alam materi. Alam materi ini akan mengakhiri perjalanannya di maqam syurgawi. Apabila sampai ke maqam itu, perjalanan dunia ini akan berakhir - bumi ini tidak akan wujud lagi. Tetapi, walaupun bumi ini akan lenyap, manusia tidak akan lenyap begitu sahaja - ia akan menghadapi hukuman dan balasan! Wahai manusia, kamu mesti merenungkan perkara itu. Allah telah mengurniakan kpd manusia kerohanian yg berasal dari syurga, supaya manusia dapat memahami haqiqat kehidupannya. Akal fikiran kamu bukan dari bumi ini, ia adalah dari dunia ghaib, jika ia berpenyakit, maka kami tidak akan dapat memahami haqiqat itu. Apa yg kamu faham mengenai kehidupan kamu, akan mengikut kamu ke dunia yg berikutnya. Selain itu, kamu tidak akan membawa apapun dari dunia yg fana' ini! Sedarlah, setiap yg bernyawa pasti menghadap kematian satu hari nanti. Satu hari kelak, makhluk yg sedang hidup pada hari ini, pasti akan mati. Apabila dukungan ilahi terputus, kami akan menjadi debu (mayat). Allah tidak mencipta sesuatu tanpa gunanya/faedahnya, tiada yg di cipta sia2 sahaja. Setiap ciptaan mempunyai tugas/misi masing2. Maka Allah tidak mencipta manusia itu hanya utk hidup buat sementara di dunia dan kemudian lenyap dari bumi ini, tanpa mencapai apa2. Walau setiap zarrah pun ada tugasnya yg tersendiri, apatah lagi manusia. Setiap elemen di atas bumi pun di kurniakan sesuatu dalam kewujudannya, dan selepas tugasnya selesai, ia akan di pindahkan kpd lautan kekuasaan Allah yg tidak di kenal.
Ada manusia yg menyangka yg ia terwujud dengan tersendirinya, dan mereka tidak sedar akan tugas/misi mereka di atas bumi ini. Ia sangka ia hidup dan mati begitu sahaja, seperti haiwan, tanpa pembangkitan, hukuman dan balasan. Manusia sangka yg kehidupan dunia ini mudah sekali – hidup dengan mencari nikmat dan kepuasan dan keseronokan, kemudian ia akan mati begitu sahaja, tanpa apa2 tanggungjawab terhadap Tuhannya. Mereka tidak pernah menyoal, bagaimana mereka boleh terwujud di atas bumi ini? Siapa yg mengurniakan kewujudan itu? Manusia tidak pernah bertanya, mengapa ia harus mati, dan mengapa tiada yg dapat menghidupkan org yg telah mati, walaupun seluruh tenaga, obat2an dan alat2 yg canggih, di gunakan ke atas mayat itu? Manusia yg mati, tidak akan kembali lagi. Jasadnya menjadi seperti batu yg berat, ia tidak dapat bergerak lagi. Bagaimana seorg yg pada suatu ketika berupa makhluk yg hidup, boleh tiba2 mati, dan menjadi seperti batu yg tidak bergerak? Kemana ruhnya telah pergi? Setiap org, selepas kematiannya, akan melihat mayatnya sendiri! Ia akan terfikir, "Begitu hodohnya mayat saya! Mayat saya sudah mula membusuk!" Begitu lah keadaan Ruh apabila ia melihat mayatnya yg sudah mula membusuk dan menjadi bangkai yg busuk sekali. Ruh itu akan melarikan diri dari jasad yg membusuk, maka sebab itulah manusia yg mati tidak pernah hidup kembali, kerana Ruhnya tidak mahu kembali kpd jasad (bangkai) yg hodoh dan busuk. Ruh akan memanjatkan kesyukurannya kpd Allah yg ia dapat melarikan diri dari jasad yg membusuk itu. Ruh yg telah berpisah dari jasad, akan rasa ringan sekali (tanpa jasadnya), dan ia tidak mahu masuk kedalam jasadnya yg berat lagi, buat selama2nya.
Jasad tercipta dari empat anasir - api, air, tanah dan angin. Selepas kematian, keempat-empat anasir tersebut akan merasa gembira yg mereka dapat kembali kpd alam asalnya, maka sebab itulah mayat itu akan menjadi debu dalam perut bumi. Wahai manusia, hari itu (iaitu hari kematianmu) sudah hampir, ia menghampiri mu setiap saat. Setiap kali anak Adam meninggal dunia, bumi ini gembira sekali, ia berkata, "Aku senang sekali, aku gembira sekali, kerana manusia yg dahulunya bergerak di atasku, sudah meniggal dunia, aku tidak perlu memikul beban manusia itu lagi. Ruh itu telah bergerak ke destinasinya, dan aku pun bebas dari beban mereka." Itu adalah ucapan bumi, terutama sekali terhadap org2 yg berdosa, kerana org2 demikian memikul dosa2 yg berat sewaktu kehidupan mereka, apabila mereka berjalan di atas muka bumi. Masa sedang bergerak dengan pantas, kamu tidak mungkin dapat menghentikan nya, maka jangan mensia2kan waktumu. Destinasi kamu menjadi lebih hampir setiap saat. Bumi ini menanti saat yg ia akan bersama dirinya sendiri, tanpa makhluk2 di atas dirinya. Manusia pun patut demikian, memikirkan waktu yg ia akan berseorang diri dalam kuburnya, bersama amalannya.Manusia tidak pernah mencari jati dirinya yg sebenar. Maka sebab itulah, manusia demikian tidak pernah marasakan ketenangan dalam kehidupannya. Manusia demikian tergolong dalam golongan mereka yang lalai. Mereka patut sedar, yg manusia yg telah mati, tidak akan dapat kembali lagi ke dunia ini untuk beriman dan beramal soleh. Maka hanya manusia yg telah berbuat persiapkan untuk kematian, yang akan menemui ketenangan dan kegembiraan dalam kematiannya. Ramai yg telah mati, akan menyesal dan kecundang, mereka akan berdoa utk di beri peluang kedua untuk hidup di atas bumi ini untuk beramal soleh, tetapi mustahil mereka akan di hidupkan kembali. Maka jangan mensia2kan kehidupan mu!
Manusia yg meninggalkan cinta dan perjuangan untuk mencapai kemewahan kehidupan materi ini, mereka akan sampai satu tahap yg mereka tidak akan memerlukan apa2 selepas itu, itu adalah lautan yg manusia tidak akan memahami sehingga mereka telah sampai kpd nya. Usaha ke arah pencapaian tersebut, supaya kamu terlepas dari belenggu dunia, jgn mensia2kan kehidupan mu. Hanya manusia yg sedar akan tujuan akhirnya, dan berusaha utk mencapai tujuan itu di akherat, akan selamat. Sebenar2 kebahgiaan akan tercapai dengan menceraikan dunia ini dari kehidupan kami. Maka bangkitlah, dan berjuanglah!
Mengapa kamu mengejar dunia dengan tungkus lumus, dengan seluruh tenaga mu? Kamu sedang mengejar sesuatu yg sedang melarikan diri dari mu, kamu tidak akan mungkin dapat meraih seluruh dunia ini. Bangkitlah, dan lepaskan ikatan kehidupan dunia ini dari dirimu. Manusia tidak sedar yg ia telah di ikat dengan ikatan belenggu dunia ini. Apabila mereka (yg terikat kpd dunia ini) menghampiri kematian, mereka akan menyesal dan rasa sedih utk meninggalkan dunia ini. Manusia tidak memahami bagaimana menuju kpd jalan yg menghasilkan kemanisan Ruh mereka.
Seperti setiap titisan air hujan yg jatuh ke dalam laut, setiap titisan air itu rasa bahagia dan aman sekali! Setiap titisan air (dan setiap insan) mesti tenggelam dalam lautan haqiqat, lautan kehidupan yg sebenarnya, barulah ia akan mencapai keamanan dan kebahagian. Jika kamu sampai kpd lautan itu, kamu akan memahami apa yg kamu tidak pernah fahami sebelum itu, dan kamu akan rasa nikmat yg belum kamu tercapai sebelumnya.
Zikirlah La ila ha illallah muhammadur rasulullah 100 kali setiap hari.
Dan zikir Bismillah hirrahmanir raheem 100 kali sehari juga, moga2 Allah akan membuka kefahamanmu utk menghadapi kejadian hari2 yg akan datang.
Moga2 kamu akan bahagia apabila kamu mengamalkan. Kamu akan sampai kpd lautan nikmat dan kebahagian yg tidak terputus, dengan kefahaman tersebut. Tanpa kefahaman yg benar, kamu akan jatuh ke lembah yg gelap, yg semakin dalam kamu jatuh ke dalam lembah itu, semakin bertambah kesengsaraan dan penderitaan yg kamu akan alami. Cubalah utk memasuki lautan rahmatNYA, demi kemuliaan dia (Rasulullah) yg berada di sisiNYA.
Fatihah.

No comments:

Post a Comment