Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Oct 2, 2010

Sebenar2 tugas ulama' adalah untuk menghancurkan kebatilan (Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani, Suhbah pada 22hb June 2010)

Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kekasihmu, KhalifaMu dari pra-abadi sehingga abadi, kurniakan kepada Baginda, dari lautan kemuliaan MU yang tiada akhirnya, kurniakan pada Baginda Puji Pujian Mu. Ya Allah ampunkan kami.
Asalamu'alaikum wahai yang hadir, dari jenis manusia dan Jinn, kerana Jinn juga hadir dalam Suhbah ini, dan bilangan mereka, kami tidak dapat menghitung kerana terlalu ramai sekali. Jika ada 7 billion manusia di atas muka bumi ini, mungkin ada 70 billion Jinn bersama mereka. Ramai Jinn yang mencari kemulian, dengan mencari jalan untuk menjadi HAMBA ALLAH. Ada juga sebahagian Jinn yang mengikuti shaitan.
Allah berfirman, "Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam/Haqq) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur/syirik/kebatilan); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap ." (17:81)
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Waqul jaa alhaqqu wazahaqa albatilu inna albatila kana zahooqan .
Maka shaitan, dan tentera2nya serta kuncu2nya, walaupun berbillion2 ramainya, tetapi mereka tidak berkuasa pada haqiqatnya, sekalipun mereka sangkakan yang mereka punya kekuasaan. Mereka menipu orang2 yang jahil dari kalangan manusia, orang2 ini menyangka yang para Jinn punya kuasa untuk membantu mereka.
Manusia di seluruh bumi, pada zaman ini, mabuk! Orang mabuk, tidak akan memahami apa2. Wahai ulama'2 Salafi... Assalamu'alaikum. jangan bermusuh dengan saya, saya adalah manusia yang lemah sekali. Kamu mesti membantu diri saya.
Sebutlah A'uzubillah himinash shaitan nirrajeem, A'uzubillah min nafsial khabitha.
Manusia sentiasa mahu bersama ego dirinya, maka, wahai ulama'2 Salafi, mengapa kamu tidak menasihati manusia, yang kamu tidak akan mencapai peri kemanusiaan dengan ego mu?
Bismillah hirrahman nirraheem. Kurniakan kepada kami, wahai kamu yang bertanggungjawab atas manusia (saya malu untuk meminta kepada Allah, maka saya merayu kepada wakilNYA). Saya meminta wakil2 Suci Allah, dukungan/pertolongan/bantuan. Saya segan/malu untuk meminta kepada selain mereka yang di beri otoriti sebagai wakil Allah. Itu lebih dari mencukupi.
Wahai ulama'2 Salafi, kamu mesti menerangkan kepada manusia tujuan hidup mereka. Mereka mesti di ajar untuk mengerti sebenar2 personaliti dan identitas manusia itu apa! Pelajaran awal yang kamu mesti sampaikan kepada manusia adalah ini - APAKAH TANGGUNGJAWAB MU SEBAGAI MANUSIA? APAKAH TANGGUNGJAWAB MU DALAM KEHIDUPAN DUNIAWI INI? Haqiqat ini adalah ajaran yang paling penting yang manusia mesti mengetahui dan mentaati! Tetapi saya tidak pernah mendengar kamu mengajar mengenai hal hal ini. Kamu mempunyai banyak harta dunia (dukungan materi dari Allah), mengapa kamu tidak menyebarkan ajaran Haqq ke seluruh dunia, kepada seluruh manusia dari berbilang bangsa dan kaum. Pada manusia yang berkulit putih, hitam, kuning dan hijau juga (Maulana bercanda). Kamu mesti sampaikan dakwah Islam yang benar ke sejauh mana yang kamu mampu! Di mana ada manusia, kamu mesti bawa berita Islam kepada mereka, supaya mereka mengenal identiti mereka sebagai INSAN yang mempunyai peri kemanusiaan.
Manusia yang mendakwa yang mereka mengetahui segalanya (ulama'2 Salafi) patut menerajui usaha untuk menyebarkan ajaran yang benar - mereka di Saudi, Qatar, Oman, Kuwait, Emirates....kamu banyak harta (dari jualan minyak), kamu banyak emas - mengapa kamu menimbun harta? Allah memerintahkan kepada kekasihNya, perintah Suci NYA, "Wahai kekasihKU, bersedekah/berilah dari kurniaKU kepada mu." Kamu memahamai bahasa Arab? Sebenarnya kamu memahami, tetapi kamu tidak mengamalkannya!
Apakah tafsirmu, mengenai perintah Allah itu? Siang dan malam, ribuan rancangan2 TV yang membawa laungan2 shaitan di siarkan! Bumi ini telah di kuasai oleh ribuan pusat2 hiburan dan sebagainya yang menyebarkan ajaran2 shaitan!! Benar atau tidak? Dari timur ke barat, dari utara ke selatan, ajaran2 dan fahaman2 shaitan di sebarkan melalui rancangan2 di TV, radio dan internet! Apakah yang sedang dilakukan oleh orang2 Muslim untuk menangani masalah ini?
Saya adalah manusia yang lemah sekali, apa yang boleh saya lakukan? Suhbah yang disampaikan ini adalah alat yang amat lemah sekali. Tetapi rancangan2 shaitan telah di sebarkan di merata bumi, Nabi (saw) telah bersabda, "Di akhir zaman, fitnah akan di sebarkan ke seluruh bumi." Mengapa kamu tidak mempertahankan perkataan2 Nabi (saw)? Baginda tidak berkata2 dari nafsunya, Baginda hanya berkata2 dari Wahyu Allah.
Saya hanya menyampaikan apa yang muncul dari cermin hati saya. Saya sedang berusaha untuk menyerang/menghancurkan kubu2 shaitan melalui Suhbah2 ini, dan Alhamdulillah, ia berhasil. Kamu (orang2 kaya) yang mempunyai kekuatan untuk menentang usaha2 shaitan, mengapa kamu tidak lakukan demikian? Mengapa kamu tidak mengirim virus untuk menutupi pusat2 yang menyebarkan ajaran2 sesat? Kamu mempunyai kebolehan untuk melakukan demikian, tetapi kamu tidak melakukannya.
Wahai ulama'2, tujuan/misi kamu yang sebenarnya, adalah untuk MEMBINASAKAN KEBATILAN, dan untuk MENGHANCURKAN AJARAN2 SESAT!!! Mengapa kamu tidak menggunakan kekuatanmu untuk melakukan demikian?
Anehnya, kamu lebih sibuk menyerang mereka yang mahu berjuang atas jalan Allah dan RasulNYA (saw) pula, mengapa? Kamu mendakwa yang mereka yang sungguh-sungguh berjuang ini sedang melakukan perkara yang haram, batil, kufur, shirik dan bidaah.
Wahai ulama'2 Salafi, tinggalkan dari berdebat dengan mereka ini, kerana manusia demikian sedang mencari keredahaan Allah. Hentikan tohmahan kamu terhadap mereka yang benar ini! Dalam sebuah Hadees yang terkenal, Nabi (saw) telah bersabda, "Setiap perbuatan akan di balas menuruti NIATnya," maka jangan menghalang amalan baik mereka, dan jangan menghukum mereka, kerana mereka melakukan itu semua, demi mencari keredhaan Allah!
Kamu patut menyerang orang2 yang melakukan, menyebarkan dan menganjurkan kebatilan! Tetapi kamu menghabiskan waktumu dengan menyerang hamba2 yang menyebarkan ajaran2 yang baik2, seperti menganjurkan amalan selawat selepas azan dan membaca Surah Al-Ikhlas di antara solat sunat dan fardhu! Penentangan kamu (wahai ulama'2 Salafi) terhadap amalan2 ini adalah kemuncak kebodohan! Terdapat mereka yang sedemikian (yang menentang amalan2 kebaikan) sekarang ini di Turkey dan Cyprus.
Adakah bacaan selawat menghina Allah dan RasulNYA (saw)? Itu adalah KEMULIAAN bukan penghinaan! Adakah salah untuk mengucap Surah Al Ikhlas? Kamu tidak ada kerja lain ke, selain memfitnah mereka yang berselawat dan membaca Surah Al Ikhlas? Kamu adalah ejen2 shaitan sebenarnya, jika kamu mengahalang pembacaan2 itu.
Kamu menggelar semua itu bidaah? Moga2 Allah mengirim atas mu, penyakit yang tiada obat baginya, kerana orang2 seperti kamu ini membangkitkan kemarahan para Awliya.
Begitu luasnya cara2 untuk berjuang untuk Allah dan untuk menentang shaitan, tetapi kamu memilih untuk menyerang orang2 Islam yang beramal pula? Cukup jahil sekali perbuatan kamu ini! Wahai ulama'2 Salafi, perbuatan kamu itu mengundang laknat Allah, para Nabi dan Rasul, dan para Awliya juga.
Allah tidak senang terhadap mereka yang menghalang pembacaan Suratul Ikhlas! Turkey adalah negara Islam yang paling mulia, mengapa kamu menyebarkan ajaran2 yang sesat? Mungkin kamu akan di landa musibah yang akan bersamamu sehingga kamu mati. Berhati2lah terhadap kemurkaan Allah, jika kamu tidak menentang shaitan2 dan kumpulan2 shaitan!
Moga2 kami di ampuni oleh Allah. Moga2 Allah mengirim kami seorang Sultan untuk memimpin kami. Kami, sebagai Ummatan Habbeeb, telah meninggalkan perintah Allah yang paling penting. Wahai orang Muslim, kamu mesti mengangkat satu Khalifa/Ammerul Mukmineen/Imamul Muslimeen (Pemimpin). Tanpa pemimpin yang tunggal, kamu akan sentiasa mundur, dan shaitan akan membawa Ummat ini ke lembah penghinaan/kesesatan.
Ya Allah, bukalah untuk hamba2MU, kefahaman buat mereka, supaya mereka memahami kepentingan adanya satu Sultan yang berkuasa di atas seluruh Ummat.
Seluruh dunia takut kepada negeri Cina, bukan kerana mereka adalah negeri yang mempunyai rakyat seramai 2 billion insan, tetapi kerana mereka mempunyai SATU pemimpin, yang menguasai seluruh negeri itu. Kamu juga di perintahkan untuk mengangkat SATU pemimpin, tetapi kamu telah membelakangkan perintah/ajaran itu, maka kamu telah berpecah-belah dan jatuh ke dalam kekufuran.
Jika ada sesuatu yang saya ajar atau sebarkan, yang menentang Shariat Allah, balasan Ilahi akan menimpa saya. Begitu juga, kamu mesti bertaqwa, wahai doktor2 Shariat, kemurkaan Allah boleh menimpa kamu dengan tiba2, seperti sambaran petir yang akan meragut nyawa mu dengan serta-merta, maka berhati2 lah.
Fatihah

Jun 20, 2010

Seorang hamba tidak patut menyombong diri

Suhbah pada 7hb June 2010
Seorang hamba tidak patut menyombong diri
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu'alaikum kepada semua para Nabi dan orang2 aleem. Salam ini adalah seruan ilahi yg
membawa kurnia untuk kami dari syurga. Dengar, wahai manusia, saya berada di sini untuk mewakili
guruku. Saya adalah hamba yang lemah, hamba yang tawadduk, yg tidak mempunyai apa2. Saya
sedang cuba untuk mengosongkan diriku, saya sedang berusaha untuk menafikan yang diri ini punya
kehebatan dan kebolehan. Saya sedang berusaha untuk menjadi zarrah kecil dalam lautan hamba2 yg
mulia. Wahai manusia, kamu mesti hadir dan kamu mesti belajar.
Assalamu'alaikum, salam itu berasal dari syurga. Salam membawa rahmat, barokah, nikmat dan
cahaya ke dalam kehidupanmu. Assalamu'alaikum, saya tujukan salam ini kepada kamu dan keatas
mereka yg beribadah soleh. Kami mesti ikut contoh Nabi akhir zaman! Dia adalah manusia yang paling
dikasihi, yang paling mulia, yang paling di puji, yang paling banyak di kurniakan kebaikan, di sisi Allah!
Kami patut berasa bangga menjadi Ummat Baginda Rasul (saw).
Sebutlah A'uzubillah....supaya kamu jauh dari shaitan, kerana shaitan mahu menjauhkan manusia dari
kurnia Allah. Maka sebutlah A'uzubillah....wahai pemimpin kami yang suci, lindungi kami supaya kami
tidak terjatuh ke dalam jerat2 shaitan. Wahai manusia, hadirlah dalam Suhbah ini dan dengarlah
nasihat.
Pelajaran ini bukan satu persembahan, yang saya mengadakan untuk menyombong kepada kamu.
Tidak ada erti untuk seorang hamba menyombong! Wahai manusia yg lalai! Mengapa kamu
menyombong? Adakah kamu fikir, yang seorang hamba, yang memakai pakaian perhambaan, patut
menyombong? Perbuatan yang di lakukan atas dasar menyombong diri, adalah perbuatan yg sangat
bodoh sekali. Itu adalah sesuatu yang sangat menghinakan manusia, sehingga ia jatuh ke derajat yg
paling rendah sekali. Tiada erti untuk menyombong di hadapan Allah, itu adalah perbuatan yang tiada
erti. Tidak patut bagi seorang hamba untuk menyombong di hadapan Raja sekalian Raja. Itu adalah
kemuncak kebodohan dan kejahilan. Itu adalah derajat yang PALING RENDAH sekali. Manusia yang
menyombong adalah demikian!
Wahai manusia, tinggalkan tabiat shaitan itu! Itu adalah keinginan shaitan, yang ia masukkan ke dalam
diri sebenar manusia, shaitan meniup ke dalam manusia sifat untuk ingin di kenal dan di sebut dan
menggalakkannya untuk menonjolkan dirinya supaya di pandang dan di puji, supaya ia jatuh ke
tingkatan yg paling rendah ddi antara seluruh makhluk. Penyombongan adalah perbuatan yg tiada erti.
Perbuatan menyombong itu di arahklan kepada siapa? Kepada manusia lain! Manusia lain adalah
seperti kamu, mereka juga di pakaikan dengan pakaian yg sama seperti mu, iaitu mereka pun hamba
seperti kamu juga! Bayangkan, dua orang hamba, yang sama miskin, yang sama fakir, yang kedua2nya
bergantung kepada Allah untuk rezqi dan hidupnya, menyombong diri terhadap satu sama lain! Dan
mereka lakukan kesombongan itu di hadapan Raja yang memerhatikan mereka berdua!
Tetapi ini adalah cara fikiran manusia dalam abad ke 21! Kamu menyombong kerana kamu mempunyai
pakaian yang cantik? Kamu menyombong atas gelaran tiruan kamu? Atas harta mu? Atas kedudukan
mu? Atas dunia mu? Sedarlah wahai manusia, kamu adalah seorang hamba! Hamba tidak boleh
menyombong! Itu adalah ajaran yang di ketahui oleh seluruh orang2 aleem!
Adalah terlarang untuk orang2 menyombong. Shaitan jatuh kerana ia menyombong! Ia menyombong
terhadap seluruh ciptaan. Apabila Allah memakaikan manusia dengan pakaian kemuliaan.
Shaitan berkata, "Saya telah cuba mempamerkan diri saya kepada seluruh alam, tetapi sekarang Allah
telah memuliakan manusia (dan bukan diriku) dengan kemuliaan, saya tidak boleh menerima haqiqat
itu!" Itulah sebab shaitan jatuh.
Manusia memikirkan dalam akal mereka, yg mereka mempunyai haq untuk menyombong. Wahai
manusia, datang dan belajar! Kesombongan menjatuhkan manusia ke dalam kegelapan yg berterusan,
ke dalam masaalah yg tidak ada akhirnya, ke dalam penderitaan yg tidak berhenti.
Manusia yang suka menyombong, mahu di pandang sebagai manusia yg melebihi yang lain, "Kami
bukan orang biasa seperti kamu." Ulama'2 suka menonjolkan dirinya sebagai manusia yg berlainan
dari manusia biasa.
Manusia suka memandu kereta yg baru, dan mahu di pandang dan di puji! Siapakah dirimu? Siapakah
dirimu utk menyombong?
Nabi (saw) bersabda, "Aku duduk seperti hamba, aku makan seperti hamba." Tidak perlu ribuan
hadees utk membimbing mu ke jalan yg benar! Ajaib sekali! Allahu akbar! Manusia yg sombong
mengatakan, "Aku Maha Besar!" Ia tidak mengatakan, "Allah Maha Besar. Baginda mengajar kami
dengan satu hadees. Hadees itu bermakna, “Aku datang kepada mu, wahai manusia, sebagai hamba,
untuk mengajar manusia, yang mereka adalah HAMBA ALLAH.”
Jika Rasulullah (saw) mengajar hanya hadees ini sahaja, pelajaran dalam hadees itu cukup untuk
memimpin manusia ke atas jalan siratal mustaqeema! Mencukupi!!
Saya hanya mengajar apa yg perlu (utk perjalanan mu). Untuk mempelajari sesuatu, kamu mesti
merenungkan ilmu itu. Ramai yg belajar, tetapi mereka tidak memahami! Mencukupi bagimu untuk
mempelajari hadees ini sahaja! Tulis lah dengan khat dari dakwat emas! Letakkan hadees ini di
hadapan Raja2 dan Presiden2 dan org2 yg mengaku tinggi derajat mereka. Letakkan hadees ini di
hadapan mereka ini, supaya mereka sedar! Tiada yg dapat menyamakan dirinya dengan derajat
Rasulullah, tetapi Baginda tidak sombong. Hadees ini mengajar seluruh Ummah, dan ia memberi
keamanan kepada seluruh Ummah, dan hadees ini mendatangkan ketenangan kepada manusia di
dalam perbuatan mereka dan di dalam hati mereka, manusia yang memahami hadees ini akan berada
di dalam lautan ketenangan.
Kamu faham apakah penyakit yg menyebabkan seluruh Ummah jatuh tanpa boleh bangun kembali?
(soalan ini di tujukan kpd doktor2 shariat). Kesombongan! Jika Rasulullah (saw) mengajar HANYA
Hadees ini, maka ia mencukupi bagi seluruh Ummat. Hadees itu mengandungi pelajaran yang
terkandung di dalam ke-empat2 kitab2 suci. Lapan patah perkataan, yang erangkumi ajaran seluruh
Kitab2 suci.
Hadees itu menerangkan misi hidup manusia. Misi Nabi isa (as) bukan untuk di salib! Tidaklah
demikian! Nabi Isa (as) mengajar bahawasanya, misi sebenarnya, adalah untuk mengajar manusia
yang ia adalah manusia yg paling lemah di sisi Allah. "Aku tidak mempunyai apa2
kebolehan/kehebatan/kehandalan. Aku adalah makhluk yang lemah sekali, hanya Allah yang Maha
Hebat!"
Manusia yang tidak mengaku apa2 kebolehan, tidak boleh di cederakan oleh senjata dunia ini, hanya
mereka yang mengaku kehebatannya dapat di cederakan. Misi manusia adalah utk menjadi HAMBA.
Manusia di cipta untuk menjadi hamba kepada Tuhan semesta alam.
Ajaran awal yang di perintahkan atas mansuia, adalah ini - Allah mencipta Adam (as) , dan Adam di
pakaikan dengan pakaian perhambaan (Adam tidak di biarkan bertelanjang). Adam di pakaikan
dengan pakaian kemulian dan kedudukan nya adalah kedudukan kemulian dan ketinggian NYA, dia di
pakaikan dari lautan Kemuliaan dan Ketinggian Allah.
Adam (as) tetap tidak sombong, walau di pakaikan dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian. Maka
Allah berfirman, "Aku pakaikan Adam dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian KU, untuk menjadi
wakil KU, di antara kamu. Sujudlah kpd Adam!" Allah memerintahkan malaikat2 untuk sujud kepada
Adam (as). Malaikat2 sujud apabila mereka melihat ketinggian Allah yang di beri kepada manusia,
kerana manusia telah di pakaikan dengan pakaian kemuliaan syurgawi.
Shaykh Muhideen berkata, "Kemuliaan bagi Adam (as) adalah, bahasanya dia di jadikan dari sesuatu
yang tidak pernah ada, dan di kembalikan kpd kekosongan (iaitu menafikan kebolehannya)." (Dari
kosong, kembali kosong). Tiada yg boleh mengaku dirinya HEBAT, hanya Allah sahajalah yg Maha
Hebat. Manusia di beri kemuliaan, ia tidak di beri kehebatan, kerana hanya Allah yg Maha Hebat.
Shaitan mengaku dirinya hebat, maka ia jatuh.
Tiada sekutu bagiNYA, hanya DIA yg Maha hebat, tiada yg dapat menjadi sekutu bagiNYA. Manusia
hanya di beri kemuliaan, tetapi Allah tetap yg Maha Kuasa. Mustahil ada di dalam alam ini, yang
mempunyai kehebatan, selain Allah.
Ya Allah, ampunkan kami, demi kemuliaan dia yang paling mulia di sisi MU, Sayyidina Muhammad
(saw).
Fatihah

Rahsia Bismillah

Suhbah pada 2hb June 2010
Rahsia Bismillah!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Madad ya Sahibal Imdad, kami memohon pertolongan syurgawi, wahai Gr Shaykh di atas bumi, moga2
kamu di kurniakan tambahan ilmu dan kuasa. Assalamu'alaiakum wahai yg hadir, dari jenis manusia dan Jinn. A'uzubillahiminash shaitan nirrajeem Bismillah hirrahman nirraheem.
Bismillah hirrahman nirraheem memberi kami kuasa dan kemuliaan dunia dan akherat. Kamu di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang2 nya 100 kali setiap hari.
Setiap kali kamu berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan menemui khazanah2 yg
tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2). Manusia akan menyesal pada Hari Pembangkitan, "Mengapa aku tidak berzikir dengan Bismillahirrahmanirrahim dengan sebanyak2nya sewaktu saya di dunia?" Mereka akan menyesal, apabila mereka melihat kurnia2 Allah yg di kurniakan keatas mereka yg telah berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem. Wahai manusia, jika kamu sedang duduk bersantai2 dan kamu tidak sibuk, zikirlah dengan Bismillah hirrahman nirraheem, maka semua di keliling mu akan di atur ......dengan
sempurna, dan kamu akan tenang dan bahagia. Kamu tidak perlu berusaha dan berhuru-hara utk
mencapai apa2, segala2nya akan terurus dalam kehidupan mu, melalui zikir Bismillah hirrahman
nirraheem. Wahai ulamak2 Salafi, benar atau tidak, apa yg saya katakan ini? Kamu akan mengatakan (jika kamu tahu), "Wahai Shaykh, Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang ilahi (sebutan Bismillah hirrahman nirraheem)" Jika kamu mahu berceramah mengenai fadhilat yg di kurniakan kpd manusia apabila ia zikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, dan kamu berceramah seluruh hidup mu, kamu hanya akan dapat menerangkan segelintir dari fadhilat nya sahaja.
Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang. Jika kamu
dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem. Jika kamu tahu
rahsia Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan buang segala teknologi dunia ini, kedalam tandas
(kerana ia tidak ada manfaat yg dapat di bandingkan dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem)!
Kamu mesti kembali kpd kerohanian, kamu mesti singkirkan teknologi, jgn habiskan kehidupan yg
sangat berharga ini, dengan menjadi hamba shaitan. Teknologi di bawa shaitan, maka jgn menjadi
hamba shaitan. Sebut sahaja Bismillah hirrahman nirraheem sentiasanya. Ia mempunyai fadhilat yg banyak, tetapi kamu telah menerokai hanya SEDIKIT dari kehebatannya sahaja! Jika kamu memohon utk satu cawan susu, dan kamu ke penjual susu, dia akan bertanya, "Di mana cawan mu?" Dan jika kamu mengeluarkan cawan yg sangat KECIL sekali, dan kamu memohon utk susu sebanyak satu liter, tidak mungkin cawan yg begitu kecil dapat di isi dengan susu yg sebegitu banyak.
Apakah maksud kiasan ini? Wahai manusia, bukalah hati mu, buka akal mu, siapkan dirimu supaya
kamu dapat bergerak dalam Lautan Bismillah hirrahman nirraheem! Sayy Isa membangkitkan mayat
dengan Bismillah hirrahman nirraheem! Jangan was2 atas kehebatan zikir Bismillah hirrahman nirraheem! YAQINlah!
Kami menggunakan hanya sedikit dari kehebatan Bismillah hirrahman nirraheem. Wali2 yg di kurniakan rahsia Bismillah hirrahman nirraheem, jika ia menendang bumi ini dan memerintahkan bumi ini keluar dari lingkarannya, pasti bumi akan terkeluar dari lingkaran/orbitnya.Wahai manusia , kamu mesti yaqeen, kamu telah meninggalkan keyakinan akherat, dan kamu menyelam ke dalam najis dunia, dan itu menyebabkan kamu kehilangan peluang keemasanmu utk meningkat kehadrat ilahi.
Selepas Allah mencipta Luh Mahfuz, Allah telah mencipta PENA, maka PENA itu berdiri dan bertanya, "
Ya Tuhanku, apakah yg patut saya menulis di Luh Mahfuz?" Menjawab soalan Pena itu, Allah memerintahkan PENA utk menulis Bismillah hirrahman nirraheem! Itulah perintah pertama utk PENA menulis di Luh Mahfuz, gambarkan kehebatan Bismillah hirrahman nirraheem! Berapa lamakan PENA itu menulis Bismillah hirrahman nirraheem? Menurut ilmu syurgawi yg telah sampai ke Wali2, ia telah menulis selama 700 tahun. Bukan waktu menurut waktu di dunia ini! Hanya Allah tahu berapa lamakah tulisan pena itu menulis Bismillah hirrahman nirraheem, menurut waktu dunia ini. Dan wakilNYA (Sayy Muhammad) di beritahu berapa lamakah pena itu telah bertulis sebenarnya. Maka apabila seorg menyebut Basmalah, Allah memberinya pahala seperti 700 tahun berzikir dengannya Maka manusia mesti berzikri dan bergantung kepada Bismillah hirrahman nirraheem, jika tidak, mereka akan menyesal. Mengapa kamu tidak berzikir dengannya?
Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd Nabi Adam sekali sahaja dalam hidupnya, supaya
taubatnya di terima, kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di angkat kembali (waktu yg
singkat sah aja, kemudian Nabi Adam di lupakan bacaannya). Lihatlah, bacaan yg sekali menculupi utk
taubat Nabi Adam di terima. Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan ke atas Nabi Nuh, supaya ia membaca Bismillahi majreha wa mursaha, iinna rabbi la ghafururraheem , baccan ini adalah supaya Bahtera Nuh itu selamat dalam banjir yg hebat . Lihatlah, bacaan yg sekali mencukupi utk menyelamatkan mereka dari balak/musibah yg paling hebat sekali. Kemudian bacaan ini di angkat kembali oleh Allah (Nabi Nuh di lupakan bacaannya).
"Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah
bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (11:41)"
Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di turunkan kpd Nabi Ibrahim (as) dan ia di gunakan
oleh Nabi Ibrahim supaya ia di selamatkan dari Api yg di nyalakan Namrud (apabila ia di lontar ke
dalam Api itu), kemudian bacaannya di angkat dari Nabi Ibrahim. Lihatlah, bacaan sekali mencukupi
utk mengalahkan musuh dan meredakan Api! Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd Nabi Sulaiman (as) supaya ia dapat menguasai Jinn dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat
darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhloq di bawah
pemerintahan Nabi Sulaiman (as).
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
(27:30)"
Kemudian Bismillah hirrahman nirraheem di kuirnaikan kpd Nabi Musa (as) supaya ia dapat membelah
lautan merah, kemudian di angkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman
nirraheem dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak munglkin tercapai
dengan teknologi. Dan kemudina di kurniakan kpd Nabi Isa (as), supaya ia di angkat dari bumi dan tidak di salib,kemudian bacaannya di angkat dari Nabi Isa (as). Lihatlah bacaan sekali dapat menyelamatkan Nabi isa
(as) dalam keadaan yg cukup merbahaya. Maka Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd sebahgiaan Nabi sahaja (sebelum Rasulullah) dan hanya utk waktu yg singkat, utk di gunakan pada waktu yg genting.
Hanya UMMAT Muhammad (saw), yg di kurniakan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem (Ummat2
dahulu tidak di beri ini), kamilah yg paling bertuah sekali, kami adalah ummat kpd dia yg paling di
kasihi di sisi ALLAH, Sayyidina Muhammad (saw).
Hanya Awliya mengenal karamah dalam Bismillah hirrahman nirraheem, Awliya menggunakan
Bismillah hirrahman nirraheem utk membantu ummat Nabi Muhammad (saw), tanpa Bismillahhirrahman nirraheem mereka tidak boleh membantu sesiapa pun. Syurga/Langitlah yg mentadbirkan bumi ini. Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir, maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhloq2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.
Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem. Bismillah hirrahman nirraheem membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem kamu akan kecundang. Jika kamu menanan tumbuhan tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, ia tidak akan hidup. Seluruh teknologi tidak ada erti (tidak dapat memberi penghidupan/nyawa)! Satu Wali yg sebut Bismillahhirrahman nirraheem lebih hebat dari seluruh teknologi.
Wahai manusi, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari
Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem akan membuka hati yg terkunci dan
akal yg buntu - seluruh penyakit zahir dan bathin dapat obati oleh Bismillah hirrahman nirraheem -
Bismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.
Ini adalah sedikit ilmu dari lautan yg luas sekali. Kehidupan syurgawi kamu adalah kehidupan yg manis,
maka jgn menjadikan ia masam kerana di tipu shaitan. Shaitan menipu manusia dengan teknologi,
kerana ia yg menganjurkan manusia supaya bergantung kpd nya (dan bukan kpd Allah). Setiap kali
manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah
dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman
nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.
Fatihah.

Jun 18, 2010

Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu!


Suhbah pada 3hb June 2010
Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu'alaikum kpd mereka yg beribadah soleh - kami memberi salam kpd mereka yg mentaati
perintah2 Allah, Pencipta Kami. Assalam'alaikum kpd yg hadir. Kamu boleh hadir atau tidak, itu
terpulang kpd diri mu. Jika kamu hadir dalam Suhbah yg tawadduk ini, kamu akan bahagia, kerana,
akan di hilangkan dari dirimu, segala kesusahan.
Ada yg hadir dalam Suhbah, tetapi mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya, dan akibatnya,
mereka mengganggu Suhbah ini, sehingga hubungan saya dengan guruku terputus. Wahai manusia,
kamu mesti beradab/berdisiplin. Allah telah mengajar kehidupan berdisiplin kpd manusia.
Memulakan Suhbah ini dengan Auzubillah dan Bismillah, adalah dari disiplin syurgawi yg kami di
perintahkan supaya mentaati. Berdisiplin adalah sukar utk manusia, kerana manusia adalah makhloq
yg sombong, ia rasa sangat susah utk menuruti perintah atau menjadi PENGIKUT, itu sangat sukar utk
ego kami melakukan, kerana ego lebih suka utk MEMERINTAH.
Seorg hamba tidak semestinya melakukan mengikut sesuka hatinya, kerana seorg hamba, tertakhloq
di bawah perintah Tuhan semesta alam. A'uzubillah, tabiat membaca Ayat ini, adalah sebahgian dari
disiplin syurgawi, yg di amalkan oleh para Nabi dan Rasul dan seterusnya oleh org2 aleem, sehingga
hari ini.
Pemerintahan yg haqiqi adalah hanya bagi Allah yg Maha Kuasa. Tuhan semesta alam adalah Maha
Esa, hanya DIA yg dapat memilih hamba2 utk mewakili diriNYA, mengikut kehendakNYA.
Tiada makhloq yg dapat menjadi Tuhan, atau dapat menjadi Penguasa, hanya DIA lah yg Maha Kuasa.
Tiada yg boleh memberi pangkat di sisi Allah, tanpa izin dariNYA. Ini disebut di dalam Kitab2 Suci. Ia
juga di sebut oleh Sayy Muhammad (saw), yg membawa risalah terakhir, Kitab Suci Al-Quran.
Al-Quran mengandungi mesej yg terakhir utk mengajar manusia mengenai kedudukannya yg sebenar,
kerana manusia, atas dasar ciptaannya, mudah di sentuh shaitan, maka manusia semuanya selalu
berkata 'AKU'!
Sebutan 'AKU' adalah pengakuan seolah dia itu Tuhan, itu adalah sifat yg paling buruk yg di miliki
manusia, iaitu utk mengaku, 'AKU BERADA DI SINI.'
Shaitan meggesa manusia utk membuat pengakuan, "AKU mempunyai kedudukan, AKU adalah yg
berilmu...AKU adalah TUHAN!" Manusia tidak mempuyai haq utk mengaku yg ia mempunyai sesuatu,
tetapi shaitan mengajar manusia utk membuat pengakuan tersebut.
Shaitan mengajar manusia utk mengaku "AKU ADALAH ORG PENTING" kerana manusia itu adalah
presiden, Raja, ketua tentera.....maka manusia demikian membuat pengakuan yg menentang Allah,
"AKU JUGA TUHAN ....selain Allah!"
Seluruh pelajaran manusia sekarang membuahkan kesombongan tersebut! Hanya satu Tuhan, iaitu
Allah, dan kami adalah HAMBAnya sahaja. Selagi kamu tidak mengaku bahawasanya kamu adalah
seorg hamba, kamu masih bersyubhat dengan shaitan.
Wahai ulama', adakah kamu mengajar semua ini kpd pengikut2 mu? Jika tidak, kamu yg duluan yg
akan di azab di akherat, kerana kamu mempunyai tanggungjawab di atas bahu kamu, kamu memikul
tanggungjawab utk mengajar manusia, tetapi kamu tidak menjalankannya.
Ajarlah manusia bahawasanya ego suka mengaku dirinya sebagai tuhan! Maka berbicaralah dengan
egomu - "Apakah seorg yg mengaku dirinya sebagai VIP/Tuhan masih perlu ke tandas? Bagaimana org
yg mengaku dirinya penting, masih perlu ke tandas utk kadar hajatnya?"
Wahai ulama', permudahkanlah ajaran mu supaya senang di fahamai. Bimbinglah murid2mu, supaya
jangan menyombong, Allah tidak senang terhadap hamba yg sombong. Sesiapapun yg membawa
kesombongan, tidak akan jejak syurga! Ini adalah ajaran yg penting, manusia mesti kenal diri mereka
dan mereka mesti mengenal Allah swt.
Setiap ajaran dalam zaman ini, hanya utk mengajar pemuda dan pemudi utk membanggakan sijil2
mereka dari Universiti2 yg terkenal, maka mereka menjadi sombong and angkuh. Mereka merasakan
diri mereka sangat penting/pandai/hebat.
Shaitan meniup ke dalam ego manusia sehingga ego mereka membesar dan mereka tertipu - mereka
sangka yg mereka adalah manusia yg berkedudukan, dan penting!
Wahai ulama' Salafi, mengapa kamu tidak menerangkan kedudukan sebenar manusia kpd diri mereka?
Adakah kamu sangka yg Kitab Suci di turunkan utk memberi manusia pangkat tiruan? Setiap gelaran di
atas bumi ini adalah gelaran palsu/tiruan. Sebenar2 gelaran adalah dari syurga.
Shaitan membisik kpd manusia, sehingga mereka sangka mereka pun adalah Tuhan diatas bumi.
Haqiqatnya- hanya Allah adalah Tuhan, tiada selain DIA yg berkuasa dan berkedudukan.
Seluruh dakwaan kita adalah palsu, maka hancurkan egomu! Sebenarnya, kehebatanmu hanyalah di
dalam khayalanmu, maka hancurkan khayalan2 tersebut. Allah mengirim org2 aleem, utk mengajar
manusia supaya membinasakan gelaran2 palsu yg mereka telah mengada-adakan, supaya manusia
sedar dan bertaubat dan pulang ke pangkal jalan, dan mereka mengaku diri mereka sebagai hamba2
Allah.
Allah berfirman dalam Al Quran mengenai Nabi Ibrahim (as) dan perbuatannya sewaktu di dunia.
Rakyat Namrud mengukir patung2 berhala, yg menggambarkan kesombongan ego mereka.
Sayy Ibrahim (as) berkata , "Aku akan menghancurkan patung2 berhala ini."
Adakah ini cerita dongeng? Sayy Ibrahim (as) berkata, "Aku akan menghancurkan seluruh patung2
berhala yg didakwa mewakili Tuhan. Hanya DIA adalah Tuhan"
Al Quran bukan buku cerita, ia adalah ajaran buat manusia. Setiap manusia mempunyai patung
berhala di dalam diri mereka, dan selagi kamu tidak menghancurkan patung berhala tersebut, kamu
belum benar2 beriman kpd Allah. Sebenarnya, manusia memelihara patung2 berhala ini, dengan teliti
sekali.
Allah mengajar manusia - "Kamu mesti menghancurkan patung berhala ego kamu. Jika tidak, kamu
bukan hambaKU, kamu adalah hamba shaiatn, keluar dari sini!"
Allah tidak mencipta manusia utk mengaku diri mereka adalah TUHAN. Tidak!
Allah adalah Tuhan yg mutlak kuasaNYA.
Selepas perang Badr yg cukup hebat, Nabi (saw) bersabda kpd Sahabat2 Baginda, "Wahai Sahabat2
ku, kami baru habis berperang dengan tentera yg di atas jalan yg batil, dan Allah telah mengurniakan
kami kemenangan. Tetapi kami akan memulakan perang yg baru, dengan musuh yg lebih dasyat,
musuh yg paling ketara!"
Sahabat2 bertanya dengan terkejut, "Siapakah musuh ini?"
Nabi (saw) bersabda, "Jihadun nafs!" Itu bermaksud, "Berperanglah dengan ego mu, hancurkan
patung berhala mu."
Kamu pernah berperang dengan ego mu? Manusia yg tidak berbuat demikian adalah makhloq yg tidak
memperolehi penghormatan di langit, dan di akherat mereka akan di lontar ke dalam neraka
jahannam, kerana niat/sifat mereka yg buruk.
Cuba memahami, jangan izinkan egomu bersuara dan melaungkan kehebatan dan kebesaran dirimu!
Tinggalkan pakaian kehebatan dan pakailah pakaian seorg hamba! Dengan berbuat demikian, Allah
akan memakaikan kamu dengan pakaian perhambaan, Allah suka hambaNYA berpakaian demikian,
DIA tidak suka manusia pakaian selain dengan perhambaan.
Fatihah.

Jun 16, 2010

FATWA JAKIM 2010( Tariqah Naqshabandi AlAliyah Haqqani telah dikeluarkan dari senarai selepas penyelidikan dibuat)

CAWANGAN AKIDAH


1. Pengenalan Cawangan Akidah

Aspek akidah merupakan fokus utama aktiviti penyelidikan JAKIM. Ini kerana aspek akidah merupakan teras kepada pegangan agama seseorang.
Dalam menjalankan fungsi penyelidikan akidah, JAKIM melaksanakannya berkonsepkan prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang menjadi dasar dan pegangan negara Malaysia. Akidah yang selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak.
2. Konsep penyelidikan akidah
Konsep penyelidikan dalam bidang akidah yang dilaksanakan oleh JAKIM bertujuan seperti berikut;

·:: Memantapkan akidah ummah
·::
Mengawal pengaruh ajaran sesat
·:: Membendung diayah agama-agama lain di kalangan umat Islam


3. Penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat
Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh JAKIM , faktor utama penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat adalah seperti berikut:
:: ·Tasawuf Teosofi atau Tasawuf Falsafah
::· Fahaman Batiniah
::· Syiah
::· Amalan Khurafat
::· Menggunakan akal tanpa batas


Manakala bentuk ancaman penyelewengan akidah dan agama antaranya adalah seperti berikut;

::Mencela ulama muktabar iaitu dengan mendakwa diri atau kumpulan mereka mengetahui ilmu hakikat, sedangkan ulama muktabar dan ulama semasa mengetahui ilmu zahir sahaja. Ilmu zahir bagi mereka tidak lebih daripada perkara kulit sahaja, perkara batinlah yang mereka anggap ilmu sebenar
:: Mengubah keilmuan agama dengan cara membuat takwilan atau seumpamanya dalam agama
:: Kegiatan mereka menyumbang kepada perpecahan umat dan menghancurkan Islam dari dalam
:: Aktiviti pelampau agama yang membawa perpecahan umat dan negara

4. Langkah-langkah yang telah diambil oleh JAKIM
Dalam usaha mengatasi masalah tersebut, pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dan JAKIM telah bekerjasama erat melalui pelbagai program dan jawatankuasa berkaitan bertujuan mengembalikan mereka yang telah tersesat kepada akidah yang sebenar.

Antara usaha yang dilakukan ialah;
:: Mengkaji beberapa konsep yang sering digunapakai dalam masyarakat bagi tujuan mencari jawapan ilmiah sama ada bercanggah atau tidak dengan akidah Islamiah seperti konsep Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Yaqazah, Kasyaf, Ilham, penggunaan hadis maudhu`, wali serta qutub dan lain-lain lagi;
:: Menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-institusi pelajaran
formal dan tidak formal.
:: Mentahqiq kitab-kitab lama yang dikhuatiri mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah;
::·Mengadakan ceramah-ceramah, taklimat, bengkel dan muzakarah;
::·Menerbitkan buku dan risalah berkaitan akidah; dan
:: Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM.




Antara sumbangan Bahagian Penyelidikan
dalam mempertingkat kehidupan umat Islam di negara ini adalah:-


:: Mengkaji fahaman akidah kumpulan tertentu bertujuan untuk diwartakan. Sehingga kini lebih 55 kumpulan ajaran sesat telah difatwa dan diwartakan. Kumpulan tersebut seperti kumpulan al-Arqam, Syiah dan golongan Anti-Hadis.

:: Memantau dan memulih akidah mereka yang terlibat dengan ajaran sesat.


5. Penubuhan Jawatankuasa dan Panel

Bagi melicinkan usaha-usaha pihak JAKIM menangani isu-isu berkaitan dengan akidah beberapa jawatankuasa dan panel telah diwujudkan, antaranya Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS), Jawatankuasa Menangani Isu-Isu Semasa Akidah dan Panel Kajian Akidah.
6. AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar


Hizb Bahr Syeikh Abu Hassan As Syazilli

 حِـزْبُ الْبَحْر
اَلإِْمَام اَبُو حَسَـنْ اَلشَاذِيلِي

بِسْـمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ يَا اَللَّهُ يَا عَلِيُّ يَا عَظِيْمُ يَا حَلِيْمُ يَا عَلِيْمُ اَنْتَ رَبِّـي، وَعِلْمُكَ حَسْـبِي، فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّي، وَنِعْمَ الْحَسْبُ حَسْبِي،
تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ، وَأَنْتَ الْعَزِيزُ الرَّحِيْمُ،

نَسْـأَلُكَ الْعِصْـمَةَ فِـي الْحَرَكَـاتِ وَالسَّـكَنَاتِ والْكَلِمَـاتِ وَاْلإِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ، مِنَ الشُّـكُوْكِ وَالظُّنُـوْنِ
وَاْلأَوْهَامِ السَّاتِرَةِ للْقُلُوْبِ عنْ مُطَالَعَـةِ الْغُيُوْبِ.

فَقَدِ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُـوْنَ وَزُلْزِلُـوْا زِلْزَالاً شَدِيْدًا. وَإِذْ يَقُـوْلُ الْمُنَـافِقُوْنَ وَالَّذِيْنَ فِي قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُوْلُهُ
إِلاَّ غُرُوْرًا.

فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا الْبَحْـرَ كَمَا سَخَّرْتَ الْبَحْـرَ لِمُوْسَـى عَلَيْـهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ النَّارَ ْلإِبْرَاهِيْمَ عَلَيْـهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ الْجِبَالَ وَالْحَدِيْـدَ لِدَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ الـرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ والْجِـنَّ لِسُـلَيْمَانَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَسَخِّرْلَنَا كُلَّ بَحْرٍ هُوَ لَكَ فِي الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَالْمُلْكِ وَالْمَلَكُوْتِ، وَبَحْرِ الدُّنْيَا وَبَحْرِ الآخِرَةِ، وَسَخِّرْ لَنَا كُلَّ شَيْءٍ، يَا مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُـوْتُ كُلِّ شَيْءٍ،

كهيعص،كهيعص،كهيعص

أُنْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ،
وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الفَاتِحِيْنَ،
وَاغْفِرْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الغَافِرِيْنَ،
وَارْحَمْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ،
وَارْزُقْنَّا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ،
وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ القَوْمِ الظَّالِمِيْنَ،

وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيِّبَةً كَمَا هِيَ فِي عِلْمِكَ، وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَـزَائِنِ رَحْمَتِكَ، وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ الْكَرَامَةِ مَعَ
السَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ فِي الـدِّيْنِ وَالـدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

اَللَّهُمَّ يَسِّرْ لَنَا أُمُوْرَنَا مَـعَ الرَّاحَـةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا، وَالسَّلاَمَةِ وَالْعَافِيَةِ ِفِيْ دِيْنَنَا وَدُنْيَانَا، وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا وَحَضَرِنَا، وَخَلِيْفَةً فِي أَهْلِنَا، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ أَعْدَائِنَا، وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ الْمُضِـيَّ وَلاَ الْمَجِيْءَ إِلَيْنَا.

وَلَوْ نَشَآءُ لَطَمَسْنَا عَلَى أَعْيُـنِهِمْ فَاسْتَبَقُوْا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُوْنَ، وَلَـوْ نَشَـآءُ لَمَسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَـانَتِهِمْ فَمَـا اسْتَطَاعُوْا مُضِيًّا وَلاَ يَرْجِعُوْنَ

يس. وَالْقُرْآنِ الْحَكِيْمِ. إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَ. عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ. تَنْزِيْلَ الْعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ. لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَـا أُنْـذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُوْنَ. لَقَدْ حَقَّ القَـوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُوْنَ. إِنَّا جَعَلْنَا فِى أَعْنَاقِهِمْ أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَـانِ فَهُمْ مُقْمَحُوْنَ. وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُوْنَ

شَاهَتِ الوُجُوْهُ

وَعَنَتِ الوُجُوْهُ لِلْحَيِّ القَيُّوْمِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا

طس

حمعسق

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ

حم حم حم حم حم حم حم

حُمَّ الأَمْرُ وَجَاءَ النَّصْـرُ فَعَلَيْنَـا لاَ يُنْصَرُوْنَ.

حم. تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ العَزِيْزِ العَلِيْمِ. غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ العِقَابِ ذِي الطَّوْلِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيْرُ

بِسْمِ اللَّهِ بَا بُنَا، تَبَارَكَ حِيْطَانُنَا، يس سَقْفُنَا، كهـيعص كِفَايَتُنَـا، حمعسـق حِمَايَتُنَـا، ق. وَالْقُوْآنِ الْمَجِيْدِ وِقَايَتُنَا.

فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللَّهُ، وَهُوَ السَّـمِيْعُ العَلِيْمُ

سِتْرُ العَرْشِ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا، وَعَيْنُ اللَّهِ نَاظِرَةٌ إِلَيْنَا، بِحَوْلِ اللَّهِ لاَ يُقْدَرُ عَلَيْنَا.
وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ. بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ. فِي لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ

فَا للَّهُ خَيْرٌ حَافِظَا، وَهُوَ أَرْحَـمُ الرَّاحِمِيْنَ

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَـابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ

حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُـوَ، عَلَيْـهِ تَوَكَّلْتُ، وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمِ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَـعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بـِاللَّهِ العَلِـيِّ العَظِيْمِ

وَصَلَّى اللُّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَـلُّوْنَ عَلَـى النَّبِيِّ، يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْـهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

اَللَّهُ لاَإِلَهَ إِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا في السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي اْلأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ. وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ واْلأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ.

يَا اللَّهُ يَا نُوْرُ يَا حَقُّ يَا مُبِيْنُ، اُكْسُنِي مِنْ نُوْرِكَ، وَعَلِّمْنِـي مِـنْ عِلْمِـكَ، وَأَفْهِمْنِي عَنْـكَ، وَاسْـمِعْنِي مِنْـكَ، وَبَصِّرْنِي بِكَ، وأَقِمْنِـي بِشُـهُوْدِكَ، وَأَلْبِسْنِي لِبَاسِ التَّقْوَى مِنْكَ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، يَا سَمِيْعُ يَا عَليْمُ يَا حَلِيْمُ يَا عَلِيُّ يَا عَظِيْمُ يَا اللَّهُ، اِسْمَعْ دُعَـائِي بِخَصَائِصِ لُطْفِكَ آمِيْنَ.

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.

يَا عَظِـيْمَ السُّـلْطَانِ، يَا قَدِيْمَ اْلإِحْسَانِ، يَا دَائِمَ النَّعْمَاءِ، يَا بَاسِـطَ الرِّزْقِ، يَا كَثِيْرَ الْخَيْرَاتِ، يَا وَاسِعَ العَطَاءِ، يَا دَافِعَ البَلاَءِ، يَا سَامِعَ الدُّعَاءِ، يَا حَاضِرًا لَيْسَ بِغَائِبٍ، يَا مَوْجُوْدًا عِنْدَ الشَّدَائِدِ، يَا خَفِيِّ اللُّطْفِ، يَا لَطِيْـفَ الصُّنْعِ، يَا حَلِيْمًا لاَ يَعْجَلُ، اِقْضِ حَاجَتِي بِرَحْمَتِيكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

 بِسْـمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نَحْنُ فِيْهِ، وَمَـا نَطْلُبُهُ وَنَرْتَجِيْهِ مِنْ رَحْمَتِكَ فِيْ أَمْرِنَـا كُلِّهِ، فَيَسِّرْ لَنَا مَا نَحنُ فِيْهِ مِنْ سَـفَرِنَا وَمَا نَطْلُبُهُ مِنْ حَوَائِجِنَا، وَقَرِّبْ عَلَيْنَـا الْمَسَافَاتِ، وَسَلِّّمْنَا مِنَ العِلَلِ وَالآفاتِ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلاَ مَبْلَـغَ عِلْمِنَا، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.