"Jika tidak kerna adanya guruku, pastinya tidak ku kenal Tuhanku"
Al Hafiz Abdullah ibn Siddiq al Ghumari رضي الله عنه
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Kenali Ulama’mu, Sekilas Biografi ;
‘‘ Musnid al Dunya, al Allamah al Sayyid Abdullah ibn Siddiq al Ghumari’’
رضي الله عن
(1910-1993M / 1328-1413H)
……………………
Pengenalan.
Benarlah kata para pensyair, bahawa ‘mana mungkin terik cahaya matahari itu dapat didustakan oleh si buta.’ Begitulah kehebatan ketinggian syakhsiah dan keilmuan Syeikh yang ulung ini, yang sinar mentari kelebihannya, dapat dirasai semua orang sama ada kekasih atau musuhnya. Beliaulah guru para ulama’, sandaran segala fuqaha’ dan harapan segala fuqara’. Ulama’ al Asyari agung yang berani menegakkan kebenaran dengan lisan dan mata pena untuk menggapai redha Khaliqnya (Allah), tanpa takut ugutan dan tentangan makhlukNya. Moga-moga rahmat Allah sentiasa tercucur ke atasmu selama mana kerinduan membakar di hati-hati kekasihnya…
Saya telah membaca sebuah buku biografi yang menceritakan kisah-kisah para ulama Islam yang muktabar. Malangnya penulis telah mencampur-adukkan di antara manaqib (biografi) ulama’ Ahli Sunnah dikalangan ulama' ahli tafsir, ahli hadith, Fuqaha dan penghulu-penghulu ahli sufi dengan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka; seolah-olah telah mengkategorikan ulama-ulama’ Sunni tersebut sekumpulan dengan golongan-golongan yang menyeleweng tersebut. Di antara ulama Sunni mutakhir yang terdapat di dalam buku tersebut ialah Syeikh Abdullah al Ghumari, Syeikh Mutawalli al Sya’rawi, al Muhaddith Badruddin al Hasani dan ramai lagi. Maka tujuan saya mengeluarkan risalah ini khas untuk memberikan penjelasan secara jelas kepada pembaca bahawa sekelian ulama tersebut khasnya Syeikh Abdullah al Ghumari adalah Ulama’ Ahli Sunnah wal Jamaah, al Asyari, yang berpegang kepada mazhab yang empat.
Hakikatnya, diri ini bukanlah orang yang benar-benar berkeahlian untuk mengungkapkan perihal dirinya yang mulia, tetapi sekadar menadah hujan rahmatNya dengan menyebut sirah mereka. Kata para ulama’:
الا بذكر الصالحين تنزيل الرحمة
Ketahuilah dengan menyebut nama-nama orang soleh itu turunlah Rahmat Allah.
Firman Allah Taala :
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
‘‘ Musnid al Dunya, al Allamah al Sayyid Abdullah ibn Siddiq al Ghumari’’
رضي الله عن
(1910-1993M / 1328-1413H)
……………………
Pengenalan.
Benarlah kata para pensyair, bahawa ‘mana mungkin terik cahaya matahari itu dapat didustakan oleh si buta.’ Begitulah kehebatan ketinggian syakhsiah dan keilmuan Syeikh yang ulung ini, yang sinar mentari kelebihannya, dapat dirasai semua orang sama ada kekasih atau musuhnya. Beliaulah guru para ulama’, sandaran segala fuqaha’ dan harapan segala fuqara’. Ulama’ al Asyari agung yang berani menegakkan kebenaran dengan lisan dan mata pena untuk menggapai redha Khaliqnya (Allah), tanpa takut ugutan dan tentangan makhlukNya. Moga-moga rahmat Allah sentiasa tercucur ke atasmu selama mana kerinduan membakar di hati-hati kekasihnya…
Hakikatnya, diri ini bukanlah orang yang benar-benar berkeahlian untuk mengungkapkan perihal dirinya yang mulia, tetapi sekadar menadah hujan rahmatNya dengan menyebut sirah mereka. Kata para ulama’:
Moga dengan penghayatan yang benar, Allah Taala akan membuka hati kita kearah hidayahNya, menguatkan semangat kita dengan meniti perjalanan sirah kekasihNya amin.
____________________________
2 ) Syeikh Muhammad ibn al Haj ibn al Muhasyi (Syarh al Makudi Hasyiah Ibn al Haj/Syarh al Bukhari oleh Imam Qustollani)
3 ) Syeikh Muhammad al Haj, sepupu Syeikh Muhammad ibn al Haj (Syarh Ibn Aqil & Hasyiah al Sujai’e )
4 ) Syeikh Ahmad al Qadiri (kitab al Jinayat dari kitab Syarah al Kharsyi)
5 ) Al Allamah al Sayyid Ahmad ibn al Jailani al Amghari
6 ) Al Allamah Abdullah al Fudhaili(sebahagian Muhktasar Syarh al Zarqani/Risalah al Wadh’ie)
7 ) Syeikh Abdul Rahman al Qurasyi
8 ) Al Faqih Abu Syita’ al Sonhaji (Hasyiah Ahmad ibn al Khayyat)
9 ) Syeikh Muhammad al Sonhaji- saudara kandung Syeikh Abu Syita’ (Syarah al Kharsyi dari bab al Buyu’)
10 ) Syeikh al Husain al Iraqi (Jam’ul Jawami’ Hasyiah al Mahalli)
11 ) Syeikh Abdul Hay al Kattani (Hasyiah al Syinwani ‘Ala Ibn Abi Jamrah)
12 ) Al Allamah al Syeikh al Qadhi al Abbas ibn Abi Bakar Banani (Jam’ul Jawami’/al Maqulat al ‘Asyr/al Tauhid oleh Ibn ‘Asyur)
13 ) Sayyid Muhammad ibn Jaa’far al Kattani
14 ) Sayyid Mahdi al ‘Azuzi
15 ) Syeikh Fathullah al Banani al Ribathi
16 ) Al Allamah al Syeikh al Radhi al Sinani yang masyhur dengan al Hamsh
Tashyidul Mabani Litaudhih Ma Hawathu al Ajrumiyah Min al Haqaiq wal Ma’aani.
(Di dalam kurungan adalah nama kitab yang dipelajari dari guru tersebut.)
1. Syeikh Muhammad Bakhit al Muti’ey.Beliau adalah Mufti Mesir, dan di antara ulama’ hebat al Azhar. (Tafsir al Quran/ al Hidayah fi al Fiqh al Hanafi )
2. Syeikh Abdul Majid al Labban, iaitu pensyarah di Kuliah Usuluddin.
3. Syeikh Muhammad ibn Hasanain ibn Muhammad Makhluf al Adawi al Maliki (Jam’ul Jawami’ Bisyarh al Mahalli dari bab al Qiyas hingga akhir/ al Risalah al Samarqandiah fi Adab al Bahath wal Munazoroh).
4. Syeikh Abdul Qadir al Zintani al Tarabulusi(Syarh al Malawi ‘Ala al Sullam/Hasyiah al Sobban )
5. Syeikh Hamid Jad (Syarh al Asnawi ‘Ala Minhaj al Usul karangan Imam al Baidhawi/ )
6. Syeikh Mahmud Imam Abdul Rahman al Mansuri al Hanafi (Tahzib al Sa’ad Bisyarhi al Khabisi dalam ilmu Mantiq, beliau mendengar Hadith Musalsal Bil Awwaliyah daripadanya.)
7. Syeikh Muhammad ‘Izzat (al Minhaj karangan Syeikh Zakaria)
8. Syeikh Abdul Majid al Syarqawi (Syarah al Khotib ‘Ala Abi Syuja’)
9. Syeikh Muhammad ibn Ibrahim al Hamidi al Samaluthi al Maliki (Sunan al Tirmizi)
10. Syeikh Muhammad Imam ibn Burhanuddin Ibrahim yang masyhur dengan gelaran al Saqqa al Syafi’e.
- Jam’ul Jawami’ karangan Imam al Suyuti
- Syarh al Malawi ‘ala a Sullam
- Sullam al Wusul ila Ilmi al Usul karangan Imam Ibn Abi Hijab
- Al Jauhar al Maknun fi al Balaghah karangan al Akhdhari
- Syarah al Makudi A’la Alfiyyah
- Tafsir al Nasafi
- Al Ahkam karangan al Aamidi
- Al Khabisi A’la Tahzib al Sa’ad fil Mantiq
- Tafsir al Baidhawi
1. Syeikh Muhammad Zahid ibn al Hasan al Kauthari yang merupakan salah seorang ulama’ Khilafah Uthmaniah. Beliau telah bermastautin di Kaherah selepas kejatuhan empayar Islam tersebut. Maka para ahli ilmu Kaherah mengerumuni majlis pengajian beliau kerana periwayatannya yang luas dan banyak serta mempunyai jumlah guru-guru yang ramai.
2. Syeikh Muhammad al Khidr Husain,berasal dari Tunisia dan menetap di Kaherah. Beliau antara anggota Persatuan Majlis Bahasa, yang kemudian menjawat Syeikh al Azhar.
3. Malik (Sultan) Idris al Sanusi, raja Libya yang alim lagi soleh yang bermukim di Kaherah.
4. Syeikh Jami’ al Zaitunah Syeikh al Tohir ibn ‘Asyur al Tunisi al Maliki
2 ) Al Syeikh al Muhaddith Abdul Qadir ibn Taufiq al Syalabi al Tarabulusi
3 ) Al Syeikh al Mu’ammar (usianya menjangkau/melebihi 100 tahun) Muhammad al Marzuqi ibn Abdul Rahman Abu al Husain al Makki al Hanafi.
2 ) Syeikh Badruddin ibn Yusuf al Hasani al Dimasyqi Al Syafie, Syeikh Darul Hadith di Damsyik.
3 ) Syeikh Muhammad Raghib ibn Mahmud al Tabbakh al Halabi al Hanafi
4 ) Ummul Banin Aminah binti Abdul Jalil bin Salim al Zura al Dimasyqiyyah
Sesungguhnya angin badai hasad dengki dan kezaliman telah bertiup laju menghantam siapa sahaja yang berdiri di hadapannya, walaupun mereka dikalangan ulama Mesir yang alim dan berakhlak mulia. Orang-orang yang hasad telah melontarkan tuduhan yang kononnya beliau terbabit dengan persatuan Ikhwan Muslimin, kerana berasa dakwah Syeikh akan menggugat kedudukan mereka. Dengan tuduhan tidak berasas ini, Syeikh al Ghumari telah meringkuk di dalam penjara selama 11 tahun! Ya, selama 11 tahun dari 15/12/1959 hingga 26/12/1969. Setelah keluar dari penjara, beliau terus melakukan usaha dakwah seperti dahulu dalam penulisan dan pengajaran.
Syeikh Abdullah mempunyai banyak kitab-kitab dalam subjek Fekah dan Hadith yang menjangkau seratus buah kitab. Umpama bunga-bunga di taman yang mengandungi pelbagai warna dan rupa, begitulah jenis buku-buku karangannya yang mengandungi pelbagai disiplin ilmu dan makrifat. Antara kitab yang termasyhur ialah:
* Dilalah al Quran al Mubin A’la Anna al Nabi (صلى الله عليه وآله وسلم ) Afdhal Alamin
* Kaifa Takun Muhaddithan
* Taujih al ‘Inayah bi Ta’rif al Hadith Riwayatan wa Dirayatan
* Al Kanzul Thamin Fi Ahadith al Nabi al Amin
* Nihayah al Aamal fi Syarah wa Tashih Hadith ‘Aradh al A’maal
* Al Saif al Battar Li Man Sabba al Nabi al Mukhtar (membincangkan hukuman penghina Rasulullah)
* Al Rad al Muhkam al Matin Ala al Qaul al Mubin (merupakan penolakan terhadap golongan yang menolak keharusan bertawassul)
* Ittihaf al Anbiya’ bi Jawaz al Tawassul Bi Sayyidil Anbiya’ (mengandungi dalil keharusan Tawassul dengan Rasulullah)
* Irgham al Mubtadi’ al Ghabi bi Jawaz al Tawassul Bi al Nabi (mengandungi dalil keharusan Tawassul dengan Rasulullah)
* Al Qaul al Muqni’ fi al Rad ‘Ala al Albani al Mubtadi’ (penolakan terhadap pemuka bidaah)
* Khawatir Diniyyah
* Al Fathul Mubin li Syarhi al Kanzil Thamin
* Al Arba’un al Siddiqiyah Fi Masail Ijtima’iyyah.
* Al Hujaj al Bayyinat Fi Ithbat al Karamaat
* Taudhih al Bayan li Wusul Thawab al Quran (menerangkan sampainya pahala bacaan Al Quran kepada para arwah.)
* Al I’lam Bi Anna al Tasauf min Syariat al Islam (menerangkan bahawa Tasauf adalah termasuk dalam syariat Islam. )
* Al Mahdi al Muntazar
* Itqan al Sunah fi Bayan Ma’na al Bidaah.(penerangan sebenar maksud bidaah)
* Rafu’ al Syak wa al Irtiyab ‘an Tahrim Nisa’ Ahlil Kitab (menerangkan pengharaman berkahwin dengan Ahli Kitab.)
* Al Fatawa
* Ajwibah Hammah fi al Tib (perubatan)
Beliau juga telah mentahqiq kitab-kitab turath seperti:
* Al Maqasid al Hasanah oleh Imam al Sakhawi
* Bulugh al Maram oleh Imam Ibn Hajar al ‘Asqalani
* Musnad Abi Bakar al Siddiq oleh Imam al Suyuti
* Al Istikhraj li Ahkam al Kharaj oleh Imam Ibnu Rajab al Hanbali.
Beliaulah al Hafiz (pakar Hadith), Usuli (pakar Tauhid), Nahwi (pakar Nahu), Faqih (alim fekah), Mufassir (ulama Tafsir), Mantiqi (ahli logika), Baligh (petah berkata-kata), penyelidik, pentahqiq dan pengkritik yang cerdik. Beliau telah mengarang kitab, mensyarah, dan mentahqiqnya serta menyebarkannya disamping mengajar dan mengeluarkan fatwa.
Syeikh al Hafiz telah pulang ke tanah airnya Tonjah al Mahrusah (yang dilindungi Allah) pada 10 Januari 1971M selepas 40 tahun meninggalkannya. Sesungguhnya ia adalah hari yang amat bersejarah dan dinanti-nantikan semua. Maka bermulalah episod baru beliau dengan penduduk tempatan, dalam menyambungkan karier dakwah dan irsyad, mengajar, menyampai khutbah dan menulis kitab. Sesungguhnya benar-benar beliau telah meninggalkan kesan ilmiah yang penuh keberkatan, yang tidak pernah dikurniakan oleh orang sebelumnya.
Pemergiannya…
سبيل التوفيق للعلامة الحافظ عبد الله الغماري
No comments:
Post a Comment