Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Mar 27, 2015


لَوْ لاَ اْلمُرَبِّيْ مَا عَرَفْتُ رَبِّيْ
"Jika tidak kerna adanya guruku, pastinya tidak ku kenal Tuhanku"

Beliau adalah salah seorang ulamak Jordan. Berketurunan dari nasab yang mulia iaitu Ali Bayt Rasulullah yang dinasabkan dengan Saqqaf. Hasan bin Ali bin Hasyim bin Ahmad bin Alawie(seorang Mufti Syafieyyah di Makkah al Mukarramah. Pengarang kitab yang termahsyur dikalangan penuntut mazhab syafie iaitu " Tarsyih al Mustafidin ". Ramai pelajar melayu pada waktu itu mempelajari ilmu feqh bersama beliau. Wafat pada tahun1335 H.)
Nasab keluarganya bersambung silsilahnya sampai ke cucu Rasulullah, Sayyidina Husein kepada Sayyidina Ali kepada Rasulullah s.a.w. Keturunannya berasal dari Makkah kemudian berpindah sewaktu revolusi arab dengan mengikut Syarif Husein ke Jordan. Beliau pernah ditawarkan untuk memegang jawatan " wazir al auqaf Jordan " ( Menteri Hal Ehwal Agama Islam ), tetapi beliau menolaknya kerana tidak berhajat dalam urusan politik yang akan turut memberi impak dalam perjalanan intelektual beliau.

Al Hafiz Al Muhaddist Sayyid Hassan Ali Seqqaf adalah seorang yang berakidah Asyairah, bermazhabkan Syafie dan bermasyhrabkan Syazili, bernasabkan alawie. Beliau adalah seorang Ahli Sunnah wal Jamaah.
Seorang ulamak yang amat mahir dalam bidang hadis dan usulnya. Namun begitu beliau juga menguasai hampir keseluruhan ilmu agama dan mengatasi ulamak sezamannya. Bermula dengan menguasai ilmu bahasa dan sastera dengan mempelajari dalam bidang itu disalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Lubnan. Persis seperti kemunculan Imam al Syafie. Seorang ulamak unggul yang tidak terikat dengan taqlid malah seringkali berijtihad melampaui keterbatasan pemikiran manusia.

Beliau yang saya kenal, adalah seorang yang amat jelas perjalanan intelektualnya. Pencari hakikat bagi sebuah kebenaran dalam menyelusuri sunnah-sunnah baginda S.A.W. Ulamak taqrib baina mazahib dan seringkali dijemput ke Morocco untuk persidangan mempereratkan mazhab-mazhab muslim. Bahkan beliau seringkali membentang kertas kerja diperingkat antarabangsa bersama intelektual Islam yang lain.
Kepakarannya dalam keilmuwan Islam tidak perlu dipertikaikan lagi.

Beliau menuntut ilmu dengan bukan calang-calang orang, antaranya ialah Syeikh Abdullah bin Siddiq al Ghumarie dan ulamak –ulamak besar seperti yang terkandung di dalam kitab Al Ittihaf bi asanid wa syuyukh Hasan bin Ali al saqqaf. Dalam penulisan guru beliau, nama beliau sering ditulis, malah dipuji-puji pula. Penulisan karya sayyidi sudah mempunyai 80 muallafat ( selepas saya pulang ke Malaysia, sekitar tahun 2000. Mungkin sekarang sudah bertambah ). Penulisan artikel –artikel beliau pula sudah tentu tidak terbilang. Antara karya beliau yang cukup dikenali ialah "
*Sahih Syarah Aqidah Tohawiyyah
*Sahih Sifat Solat al Nabi
*Al Uluw lil aliyyil Ghaffar ( Suntingan )
*Syarah Umdatus salik
*Tanaqudhat al Albani wal wadihat
*Al Ittihaf bi asanid wa syuyukh Hasan bin Ali al saqqaf
Dan banyak lagi.

Beliau kini menjawat jawatan professor di Universiti Zarqo al Ahliyyah. Semoga Allah menetapkan beliau di atas perjuangan menegakkan yang haq dan menghancurkan kebatilan.

Salasilah Nasab Beliau.

1. Hassan Bin Ali
2. Ali Bin Hasyim
3. Hasyim Bin Ahmad
4. Ahmad Bin 'Alawi
5. 'Alawi Bin Ahmad (mufti syafi'iyah Mekah, wafat 1335H merupakan pengarang kitab Tarsyih al-Mustafidin )
6. Ahmad Bin Abdul Rahman
7. Abdul Rahman Bin Muhamad
8. Muhamad Bin Abdullah
9. Abdullah Bin Hussin
10. Hussin Bin 'Idrus
11. 'Idrus Bin Ahmad
12. Ahmad Bin ( Abu Bakar Bin 'Aqil)
13. Abu Bakar Bin 'Aqil Ibn Abd Rahman.
14. Abdul Rahman Bin Umar
15. Umar Bin Abdul Rahman
16. Abdul Rahman Bin 'Aqil
17. 'Aqil Bin Abdul Rahman As Saqqaf
18. Abdul Rahman As Saqqaf Bin Muhammad
19. Muhammad Bin 'Alawi
20. 'Alawi Bin Al - Faqih Muqaddam Muhammad
21. Muhammad Bin Ali
22. Ali bin Muhammad
23. Muhammad Bin Ali
24. Ali Bin 'Alawi
25. 'Alawi Bin Muhammad
26. Muhammad Bin 'Alawi
27. 'Alawi Bin Ubaidullah
28. Ubaidullah Bin Ahmad Al Muhajir
29. Ahmad Al Muhajir Bin Isa
30. Isa Bin Muhammad Al Naqib
31. Muhammad Al Naqib Bin Ali Al Uraidhi
32. Ali Al Uraidhi Bin Ja'far Soddiq
33. Ja'far Al Soddiq Bin Muhammad Al Baqir
34. Muhammad Al Baqir Bin Ali Zainal Abidin
35. Ali Zainal Abidin Bin Sayyidina Hussin.
36. Sayyidina Hussin Bin Sayyidina Ali Bin Abi Thalib(merupakan anak kepada Sayidatina Fatimah Al Zahra' Binti Rasul SAW)

Rasulullah SAW bersabda : " Setiap sebab dan nasab terputus pada hari kiamat melainkan dengan sebab dan nasabKu."

*Riwayat Al Hakim m/s 142 juz 3 daripada Sayyidina Umar. Dan diriwayatkan juga daripada Al Thabrani daripada Ibn Abbas r.a. Al Haithami di dalam kitab Al Majma' Al Zawa'id m/s 179 juz 9: "Perawi perawinya adalah tsiqah" . Lihat juga Siyar A'lam al Nubala' m/s 500 juz 3. Dan Hadist ini adalah sahih.

###Penambahan Dari Penulis###

Beliau memiliki LAUTAN ILMU dari Nasab BA'ALAWY  dari SAYYIDINA HUSSIEN. Menerima curahan LAUTAN ILMU dari Nasab SAYYIDINA HASSAN. Dan diadun dari LAUTAN ILMU dari JALAN HIJJAZ. Membesar dgn LAUTAN ILMU dari JALAN SHAMS. Dan diPERTEGUH Ilmu dari JALAN MAGHRIB. Beliaulah Mutiara Ilmu Yang Bergemerlapan.

No comments:

Post a Comment