Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Oct 2, 2010

Sebenar2 tugas ulama' adalah untuk menghancurkan kebatilan (Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani, Suhbah pada 22hb June 2010)

Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kekasihmu, KhalifaMu dari pra-abadi sehingga abadi, kurniakan kepada Baginda, dari lautan kemuliaan MU yang tiada akhirnya, kurniakan pada Baginda Puji Pujian Mu. Ya Allah ampunkan kami.
Asalamu'alaikum wahai yang hadir, dari jenis manusia dan Jinn, kerana Jinn juga hadir dalam Suhbah ini, dan bilangan mereka, kami tidak dapat menghitung kerana terlalu ramai sekali. Jika ada 7 billion manusia di atas muka bumi ini, mungkin ada 70 billion Jinn bersama mereka. Ramai Jinn yang mencari kemulian, dengan mencari jalan untuk menjadi HAMBA ALLAH. Ada juga sebahagian Jinn yang mengikuti shaitan.
Allah berfirman, "Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam/Haqq) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur/syirik/kebatilan); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap ." (17:81)
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Waqul jaa alhaqqu wazahaqa albatilu inna albatila kana zahooqan .
Maka shaitan, dan tentera2nya serta kuncu2nya, walaupun berbillion2 ramainya, tetapi mereka tidak berkuasa pada haqiqatnya, sekalipun mereka sangkakan yang mereka punya kekuasaan. Mereka menipu orang2 yang jahil dari kalangan manusia, orang2 ini menyangka yang para Jinn punya kuasa untuk membantu mereka.
Manusia di seluruh bumi, pada zaman ini, mabuk! Orang mabuk, tidak akan memahami apa2. Wahai ulama'2 Salafi... Assalamu'alaikum. jangan bermusuh dengan saya, saya adalah manusia yang lemah sekali. Kamu mesti membantu diri saya.
Sebutlah A'uzubillah himinash shaitan nirrajeem, A'uzubillah min nafsial khabitha.
Manusia sentiasa mahu bersama ego dirinya, maka, wahai ulama'2 Salafi, mengapa kamu tidak menasihati manusia, yang kamu tidak akan mencapai peri kemanusiaan dengan ego mu?
Bismillah hirrahman nirraheem. Kurniakan kepada kami, wahai kamu yang bertanggungjawab atas manusia (saya malu untuk meminta kepada Allah, maka saya merayu kepada wakilNYA). Saya meminta wakil2 Suci Allah, dukungan/pertolongan/bantuan. Saya segan/malu untuk meminta kepada selain mereka yang di beri otoriti sebagai wakil Allah. Itu lebih dari mencukupi.
Wahai ulama'2 Salafi, kamu mesti menerangkan kepada manusia tujuan hidup mereka. Mereka mesti di ajar untuk mengerti sebenar2 personaliti dan identitas manusia itu apa! Pelajaran awal yang kamu mesti sampaikan kepada manusia adalah ini - APAKAH TANGGUNGJAWAB MU SEBAGAI MANUSIA? APAKAH TANGGUNGJAWAB MU DALAM KEHIDUPAN DUNIAWI INI? Haqiqat ini adalah ajaran yang paling penting yang manusia mesti mengetahui dan mentaati! Tetapi saya tidak pernah mendengar kamu mengajar mengenai hal hal ini. Kamu mempunyai banyak harta dunia (dukungan materi dari Allah), mengapa kamu tidak menyebarkan ajaran Haqq ke seluruh dunia, kepada seluruh manusia dari berbilang bangsa dan kaum. Pada manusia yang berkulit putih, hitam, kuning dan hijau juga (Maulana bercanda). Kamu mesti sampaikan dakwah Islam yang benar ke sejauh mana yang kamu mampu! Di mana ada manusia, kamu mesti bawa berita Islam kepada mereka, supaya mereka mengenal identiti mereka sebagai INSAN yang mempunyai peri kemanusiaan.
Manusia yang mendakwa yang mereka mengetahui segalanya (ulama'2 Salafi) patut menerajui usaha untuk menyebarkan ajaran yang benar - mereka di Saudi, Qatar, Oman, Kuwait, Emirates....kamu banyak harta (dari jualan minyak), kamu banyak emas - mengapa kamu menimbun harta? Allah memerintahkan kepada kekasihNya, perintah Suci NYA, "Wahai kekasihKU, bersedekah/berilah dari kurniaKU kepada mu." Kamu memahamai bahasa Arab? Sebenarnya kamu memahami, tetapi kamu tidak mengamalkannya!
Apakah tafsirmu, mengenai perintah Allah itu? Siang dan malam, ribuan rancangan2 TV yang membawa laungan2 shaitan di siarkan! Bumi ini telah di kuasai oleh ribuan pusat2 hiburan dan sebagainya yang menyebarkan ajaran2 shaitan!! Benar atau tidak? Dari timur ke barat, dari utara ke selatan, ajaran2 dan fahaman2 shaitan di sebarkan melalui rancangan2 di TV, radio dan internet! Apakah yang sedang dilakukan oleh orang2 Muslim untuk menangani masalah ini?
Saya adalah manusia yang lemah sekali, apa yang boleh saya lakukan? Suhbah yang disampaikan ini adalah alat yang amat lemah sekali. Tetapi rancangan2 shaitan telah di sebarkan di merata bumi, Nabi (saw) telah bersabda, "Di akhir zaman, fitnah akan di sebarkan ke seluruh bumi." Mengapa kamu tidak mempertahankan perkataan2 Nabi (saw)? Baginda tidak berkata2 dari nafsunya, Baginda hanya berkata2 dari Wahyu Allah.
Saya hanya menyampaikan apa yang muncul dari cermin hati saya. Saya sedang berusaha untuk menyerang/menghancurkan kubu2 shaitan melalui Suhbah2 ini, dan Alhamdulillah, ia berhasil. Kamu (orang2 kaya) yang mempunyai kekuatan untuk menentang usaha2 shaitan, mengapa kamu tidak lakukan demikian? Mengapa kamu tidak mengirim virus untuk menutupi pusat2 yang menyebarkan ajaran2 sesat? Kamu mempunyai kebolehan untuk melakukan demikian, tetapi kamu tidak melakukannya.
Wahai ulama'2, tujuan/misi kamu yang sebenarnya, adalah untuk MEMBINASAKAN KEBATILAN, dan untuk MENGHANCURKAN AJARAN2 SESAT!!! Mengapa kamu tidak menggunakan kekuatanmu untuk melakukan demikian?
Anehnya, kamu lebih sibuk menyerang mereka yang mahu berjuang atas jalan Allah dan RasulNYA (saw) pula, mengapa? Kamu mendakwa yang mereka yang sungguh-sungguh berjuang ini sedang melakukan perkara yang haram, batil, kufur, shirik dan bidaah.
Wahai ulama'2 Salafi, tinggalkan dari berdebat dengan mereka ini, kerana manusia demikian sedang mencari keredahaan Allah. Hentikan tohmahan kamu terhadap mereka yang benar ini! Dalam sebuah Hadees yang terkenal, Nabi (saw) telah bersabda, "Setiap perbuatan akan di balas menuruti NIATnya," maka jangan menghalang amalan baik mereka, dan jangan menghukum mereka, kerana mereka melakukan itu semua, demi mencari keredhaan Allah!
Kamu patut menyerang orang2 yang melakukan, menyebarkan dan menganjurkan kebatilan! Tetapi kamu menghabiskan waktumu dengan menyerang hamba2 yang menyebarkan ajaran2 yang baik2, seperti menganjurkan amalan selawat selepas azan dan membaca Surah Al-Ikhlas di antara solat sunat dan fardhu! Penentangan kamu (wahai ulama'2 Salafi) terhadap amalan2 ini adalah kemuncak kebodohan! Terdapat mereka yang sedemikian (yang menentang amalan2 kebaikan) sekarang ini di Turkey dan Cyprus.
Adakah bacaan selawat menghina Allah dan RasulNYA (saw)? Itu adalah KEMULIAAN bukan penghinaan! Adakah salah untuk mengucap Surah Al Ikhlas? Kamu tidak ada kerja lain ke, selain memfitnah mereka yang berselawat dan membaca Surah Al Ikhlas? Kamu adalah ejen2 shaitan sebenarnya, jika kamu mengahalang pembacaan2 itu.
Kamu menggelar semua itu bidaah? Moga2 Allah mengirim atas mu, penyakit yang tiada obat baginya, kerana orang2 seperti kamu ini membangkitkan kemarahan para Awliya.
Begitu luasnya cara2 untuk berjuang untuk Allah dan untuk menentang shaitan, tetapi kamu memilih untuk menyerang orang2 Islam yang beramal pula? Cukup jahil sekali perbuatan kamu ini! Wahai ulama'2 Salafi, perbuatan kamu itu mengundang laknat Allah, para Nabi dan Rasul, dan para Awliya juga.
Allah tidak senang terhadap mereka yang menghalang pembacaan Suratul Ikhlas! Turkey adalah negara Islam yang paling mulia, mengapa kamu menyebarkan ajaran2 yang sesat? Mungkin kamu akan di landa musibah yang akan bersamamu sehingga kamu mati. Berhati2lah terhadap kemurkaan Allah, jika kamu tidak menentang shaitan2 dan kumpulan2 shaitan!
Moga2 kami di ampuni oleh Allah. Moga2 Allah mengirim kami seorang Sultan untuk memimpin kami. Kami, sebagai Ummatan Habbeeb, telah meninggalkan perintah Allah yang paling penting. Wahai orang Muslim, kamu mesti mengangkat satu Khalifa/Ammerul Mukmineen/Imamul Muslimeen (Pemimpin). Tanpa pemimpin yang tunggal, kamu akan sentiasa mundur, dan shaitan akan membawa Ummat ini ke lembah penghinaan/kesesatan.
Ya Allah, bukalah untuk hamba2MU, kefahaman buat mereka, supaya mereka memahami kepentingan adanya satu Sultan yang berkuasa di atas seluruh Ummat.
Seluruh dunia takut kepada negeri Cina, bukan kerana mereka adalah negeri yang mempunyai rakyat seramai 2 billion insan, tetapi kerana mereka mempunyai SATU pemimpin, yang menguasai seluruh negeri itu. Kamu juga di perintahkan untuk mengangkat SATU pemimpin, tetapi kamu telah membelakangkan perintah/ajaran itu, maka kamu telah berpecah-belah dan jatuh ke dalam kekufuran.
Jika ada sesuatu yang saya ajar atau sebarkan, yang menentang Shariat Allah, balasan Ilahi akan menimpa saya. Begitu juga, kamu mesti bertaqwa, wahai doktor2 Shariat, kemurkaan Allah boleh menimpa kamu dengan tiba2, seperti sambaran petir yang akan meragut nyawa mu dengan serta-merta, maka berhati2 lah.
Fatihah

1 comment:

  1. assalamualaikum

    saudara saya ingin bertanya. adakah bila belajar tariqat kita akan selalu meninggalkan anak,isteri dan keluarga pada tempoh berhari2 bahkan berminggu2 atau berbulan2?

    terima kasih saudara

    n.a.azlan

    ReplyDelete