Khadam Nabawi

Khadam Nabawi

Jun 20, 2010

Seorang hamba tidak patut menyombong diri

Suhbah pada 7hb June 2010
Seorang hamba tidak patut menyombong diri
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu'alaikum kepada semua para Nabi dan orang2 aleem. Salam ini adalah seruan ilahi yg
membawa kurnia untuk kami dari syurga. Dengar, wahai manusia, saya berada di sini untuk mewakili
guruku. Saya adalah hamba yang lemah, hamba yang tawadduk, yg tidak mempunyai apa2. Saya
sedang cuba untuk mengosongkan diriku, saya sedang berusaha untuk menafikan yang diri ini punya
kehebatan dan kebolehan. Saya sedang berusaha untuk menjadi zarrah kecil dalam lautan hamba2 yg
mulia. Wahai manusia, kamu mesti hadir dan kamu mesti belajar.
Assalamu'alaikum, salam itu berasal dari syurga. Salam membawa rahmat, barokah, nikmat dan
cahaya ke dalam kehidupanmu. Assalamu'alaikum, saya tujukan salam ini kepada kamu dan keatas
mereka yg beribadah soleh. Kami mesti ikut contoh Nabi akhir zaman! Dia adalah manusia yang paling
dikasihi, yang paling mulia, yang paling di puji, yang paling banyak di kurniakan kebaikan, di sisi Allah!
Kami patut berasa bangga menjadi Ummat Baginda Rasul (saw).
Sebutlah A'uzubillah....supaya kamu jauh dari shaitan, kerana shaitan mahu menjauhkan manusia dari
kurnia Allah. Maka sebutlah A'uzubillah....wahai pemimpin kami yang suci, lindungi kami supaya kami
tidak terjatuh ke dalam jerat2 shaitan. Wahai manusia, hadirlah dalam Suhbah ini dan dengarlah
nasihat.
Pelajaran ini bukan satu persembahan, yang saya mengadakan untuk menyombong kepada kamu.
Tidak ada erti untuk seorang hamba menyombong! Wahai manusia yg lalai! Mengapa kamu
menyombong? Adakah kamu fikir, yang seorang hamba, yang memakai pakaian perhambaan, patut
menyombong? Perbuatan yang di lakukan atas dasar menyombong diri, adalah perbuatan yg sangat
bodoh sekali. Itu adalah sesuatu yang sangat menghinakan manusia, sehingga ia jatuh ke derajat yg
paling rendah sekali. Tiada erti untuk menyombong di hadapan Allah, itu adalah perbuatan yang tiada
erti. Tidak patut bagi seorang hamba untuk menyombong di hadapan Raja sekalian Raja. Itu adalah
kemuncak kebodohan dan kejahilan. Itu adalah derajat yang PALING RENDAH sekali. Manusia yang
menyombong adalah demikian!
Wahai manusia, tinggalkan tabiat shaitan itu! Itu adalah keinginan shaitan, yang ia masukkan ke dalam
diri sebenar manusia, shaitan meniup ke dalam manusia sifat untuk ingin di kenal dan di sebut dan
menggalakkannya untuk menonjolkan dirinya supaya di pandang dan di puji, supaya ia jatuh ke
tingkatan yg paling rendah ddi antara seluruh makhluk. Penyombongan adalah perbuatan yg tiada erti.
Perbuatan menyombong itu di arahklan kepada siapa? Kepada manusia lain! Manusia lain adalah
seperti kamu, mereka juga di pakaikan dengan pakaian yg sama seperti mu, iaitu mereka pun hamba
seperti kamu juga! Bayangkan, dua orang hamba, yang sama miskin, yang sama fakir, yang kedua2nya
bergantung kepada Allah untuk rezqi dan hidupnya, menyombong diri terhadap satu sama lain! Dan
mereka lakukan kesombongan itu di hadapan Raja yang memerhatikan mereka berdua!
Tetapi ini adalah cara fikiran manusia dalam abad ke 21! Kamu menyombong kerana kamu mempunyai
pakaian yang cantik? Kamu menyombong atas gelaran tiruan kamu? Atas harta mu? Atas kedudukan
mu? Atas dunia mu? Sedarlah wahai manusia, kamu adalah seorang hamba! Hamba tidak boleh
menyombong! Itu adalah ajaran yang di ketahui oleh seluruh orang2 aleem!
Adalah terlarang untuk orang2 menyombong. Shaitan jatuh kerana ia menyombong! Ia menyombong
terhadap seluruh ciptaan. Apabila Allah memakaikan manusia dengan pakaian kemuliaan.
Shaitan berkata, "Saya telah cuba mempamerkan diri saya kepada seluruh alam, tetapi sekarang Allah
telah memuliakan manusia (dan bukan diriku) dengan kemuliaan, saya tidak boleh menerima haqiqat
itu!" Itulah sebab shaitan jatuh.
Manusia memikirkan dalam akal mereka, yg mereka mempunyai haq untuk menyombong. Wahai
manusia, datang dan belajar! Kesombongan menjatuhkan manusia ke dalam kegelapan yg berterusan,
ke dalam masaalah yg tidak ada akhirnya, ke dalam penderitaan yg tidak berhenti.
Manusia yang suka menyombong, mahu di pandang sebagai manusia yg melebihi yang lain, "Kami
bukan orang biasa seperti kamu." Ulama'2 suka menonjolkan dirinya sebagai manusia yg berlainan
dari manusia biasa.
Manusia suka memandu kereta yg baru, dan mahu di pandang dan di puji! Siapakah dirimu? Siapakah
dirimu utk menyombong?
Nabi (saw) bersabda, "Aku duduk seperti hamba, aku makan seperti hamba." Tidak perlu ribuan
hadees utk membimbing mu ke jalan yg benar! Ajaib sekali! Allahu akbar! Manusia yg sombong
mengatakan, "Aku Maha Besar!" Ia tidak mengatakan, "Allah Maha Besar. Baginda mengajar kami
dengan satu hadees. Hadees itu bermakna, “Aku datang kepada mu, wahai manusia, sebagai hamba,
untuk mengajar manusia, yang mereka adalah HAMBA ALLAH.”
Jika Rasulullah (saw) mengajar hanya hadees ini sahaja, pelajaran dalam hadees itu cukup untuk
memimpin manusia ke atas jalan siratal mustaqeema! Mencukupi!!
Saya hanya mengajar apa yg perlu (utk perjalanan mu). Untuk mempelajari sesuatu, kamu mesti
merenungkan ilmu itu. Ramai yg belajar, tetapi mereka tidak memahami! Mencukupi bagimu untuk
mempelajari hadees ini sahaja! Tulis lah dengan khat dari dakwat emas! Letakkan hadees ini di
hadapan Raja2 dan Presiden2 dan org2 yg mengaku tinggi derajat mereka. Letakkan hadees ini di
hadapan mereka ini, supaya mereka sedar! Tiada yg dapat menyamakan dirinya dengan derajat
Rasulullah, tetapi Baginda tidak sombong. Hadees ini mengajar seluruh Ummah, dan ia memberi
keamanan kepada seluruh Ummah, dan hadees ini mendatangkan ketenangan kepada manusia di
dalam perbuatan mereka dan di dalam hati mereka, manusia yang memahami hadees ini akan berada
di dalam lautan ketenangan.
Kamu faham apakah penyakit yg menyebabkan seluruh Ummah jatuh tanpa boleh bangun kembali?
(soalan ini di tujukan kpd doktor2 shariat). Kesombongan! Jika Rasulullah (saw) mengajar HANYA
Hadees ini, maka ia mencukupi bagi seluruh Ummat. Hadees itu mengandungi pelajaran yang
terkandung di dalam ke-empat2 kitab2 suci. Lapan patah perkataan, yang erangkumi ajaran seluruh
Kitab2 suci.
Hadees itu menerangkan misi hidup manusia. Misi Nabi isa (as) bukan untuk di salib! Tidaklah
demikian! Nabi Isa (as) mengajar bahawasanya, misi sebenarnya, adalah untuk mengajar manusia
yang ia adalah manusia yg paling lemah di sisi Allah. "Aku tidak mempunyai apa2
kebolehan/kehebatan/kehandalan. Aku adalah makhluk yang lemah sekali, hanya Allah yang Maha
Hebat!"
Manusia yang tidak mengaku apa2 kebolehan, tidak boleh di cederakan oleh senjata dunia ini, hanya
mereka yang mengaku kehebatannya dapat di cederakan. Misi manusia adalah utk menjadi HAMBA.
Manusia di cipta untuk menjadi hamba kepada Tuhan semesta alam.
Ajaran awal yang di perintahkan atas mansuia, adalah ini - Allah mencipta Adam (as) , dan Adam di
pakaikan dengan pakaian perhambaan (Adam tidak di biarkan bertelanjang). Adam di pakaikan
dengan pakaian kemulian dan kedudukan nya adalah kedudukan kemulian dan ketinggian NYA, dia di
pakaikan dari lautan Kemuliaan dan Ketinggian Allah.
Adam (as) tetap tidak sombong, walau di pakaikan dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian. Maka
Allah berfirman, "Aku pakaikan Adam dengan pakaian kemuliaan dan ketinggian KU, untuk menjadi
wakil KU, di antara kamu. Sujudlah kpd Adam!" Allah memerintahkan malaikat2 untuk sujud kepada
Adam (as). Malaikat2 sujud apabila mereka melihat ketinggian Allah yang di beri kepada manusia,
kerana manusia telah di pakaikan dengan pakaian kemuliaan syurgawi.
Shaykh Muhideen berkata, "Kemuliaan bagi Adam (as) adalah, bahasanya dia di jadikan dari sesuatu
yang tidak pernah ada, dan di kembalikan kpd kekosongan (iaitu menafikan kebolehannya)." (Dari
kosong, kembali kosong). Tiada yg boleh mengaku dirinya HEBAT, hanya Allah sahajalah yg Maha
Hebat. Manusia di beri kemuliaan, ia tidak di beri kehebatan, kerana hanya Allah yg Maha Hebat.
Shaitan mengaku dirinya hebat, maka ia jatuh.
Tiada sekutu bagiNYA, hanya DIA yg Maha hebat, tiada yg dapat menjadi sekutu bagiNYA. Manusia
hanya di beri kemuliaan, tetapi Allah tetap yg Maha Kuasa. Mustahil ada di dalam alam ini, yang
mempunyai kehebatan, selain Allah.
Ya Allah, ampunkan kami, demi kemuliaan dia yang paling mulia di sisi MU, Sayyidina Muhammad
(saw).
Fatihah

Rahsia Bismillah

Suhbah pada 2hb June 2010
Rahsia Bismillah!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Madad ya Sahibal Imdad, kami memohon pertolongan syurgawi, wahai Gr Shaykh di atas bumi, moga2
kamu di kurniakan tambahan ilmu dan kuasa. Assalamu'alaiakum wahai yg hadir, dari jenis manusia dan Jinn. A'uzubillahiminash shaitan nirrajeem Bismillah hirrahman nirraheem.
Bismillah hirrahman nirraheem memberi kami kuasa dan kemuliaan dunia dan akherat. Kamu di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang2 nya 100 kali setiap hari.
Setiap kali kamu berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan menemui khazanah2 yg
tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2). Manusia akan menyesal pada Hari Pembangkitan, "Mengapa aku tidak berzikir dengan Bismillahirrahmanirrahim dengan sebanyak2nya sewaktu saya di dunia?" Mereka akan menyesal, apabila mereka melihat kurnia2 Allah yg di kurniakan keatas mereka yg telah berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem. Wahai manusia, jika kamu sedang duduk bersantai2 dan kamu tidak sibuk, zikirlah dengan Bismillah hirrahman nirraheem, maka semua di keliling mu akan di atur ......dengan
sempurna, dan kamu akan tenang dan bahagia. Kamu tidak perlu berusaha dan berhuru-hara utk
mencapai apa2, segala2nya akan terurus dalam kehidupan mu, melalui zikir Bismillah hirrahman
nirraheem. Wahai ulamak2 Salafi, benar atau tidak, apa yg saya katakan ini? Kamu akan mengatakan (jika kamu tahu), "Wahai Shaykh, Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang ilahi (sebutan Bismillah hirrahman nirraheem)" Jika kamu mahu berceramah mengenai fadhilat yg di kurniakan kpd manusia apabila ia zikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, dan kamu berceramah seluruh hidup mu, kamu hanya akan dapat menerangkan segelintir dari fadhilat nya sahaja.
Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang. Jika kamu
dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem. Jika kamu tahu
rahsia Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan buang segala teknologi dunia ini, kedalam tandas
(kerana ia tidak ada manfaat yg dapat di bandingkan dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem)!
Kamu mesti kembali kpd kerohanian, kamu mesti singkirkan teknologi, jgn habiskan kehidupan yg
sangat berharga ini, dengan menjadi hamba shaitan. Teknologi di bawa shaitan, maka jgn menjadi
hamba shaitan. Sebut sahaja Bismillah hirrahman nirraheem sentiasanya. Ia mempunyai fadhilat yg banyak, tetapi kamu telah menerokai hanya SEDIKIT dari kehebatannya sahaja! Jika kamu memohon utk satu cawan susu, dan kamu ke penjual susu, dia akan bertanya, "Di mana cawan mu?" Dan jika kamu mengeluarkan cawan yg sangat KECIL sekali, dan kamu memohon utk susu sebanyak satu liter, tidak mungkin cawan yg begitu kecil dapat di isi dengan susu yg sebegitu banyak.
Apakah maksud kiasan ini? Wahai manusia, bukalah hati mu, buka akal mu, siapkan dirimu supaya
kamu dapat bergerak dalam Lautan Bismillah hirrahman nirraheem! Sayy Isa membangkitkan mayat
dengan Bismillah hirrahman nirraheem! Jangan was2 atas kehebatan zikir Bismillah hirrahman nirraheem! YAQINlah!
Kami menggunakan hanya sedikit dari kehebatan Bismillah hirrahman nirraheem. Wali2 yg di kurniakan rahsia Bismillah hirrahman nirraheem, jika ia menendang bumi ini dan memerintahkan bumi ini keluar dari lingkarannya, pasti bumi akan terkeluar dari lingkaran/orbitnya.Wahai manusia , kamu mesti yaqeen, kamu telah meninggalkan keyakinan akherat, dan kamu menyelam ke dalam najis dunia, dan itu menyebabkan kamu kehilangan peluang keemasanmu utk meningkat kehadrat ilahi.
Selepas Allah mencipta Luh Mahfuz, Allah telah mencipta PENA, maka PENA itu berdiri dan bertanya, "
Ya Tuhanku, apakah yg patut saya menulis di Luh Mahfuz?" Menjawab soalan Pena itu, Allah memerintahkan PENA utk menulis Bismillah hirrahman nirraheem! Itulah perintah pertama utk PENA menulis di Luh Mahfuz, gambarkan kehebatan Bismillah hirrahman nirraheem! Berapa lamakan PENA itu menulis Bismillah hirrahman nirraheem? Menurut ilmu syurgawi yg telah sampai ke Wali2, ia telah menulis selama 700 tahun. Bukan waktu menurut waktu di dunia ini! Hanya Allah tahu berapa lamakah tulisan pena itu menulis Bismillah hirrahman nirraheem, menurut waktu dunia ini. Dan wakilNYA (Sayy Muhammad) di beritahu berapa lamakah pena itu telah bertulis sebenarnya. Maka apabila seorg menyebut Basmalah, Allah memberinya pahala seperti 700 tahun berzikir dengannya Maka manusia mesti berzikri dan bergantung kepada Bismillah hirrahman nirraheem, jika tidak, mereka akan menyesal. Mengapa kamu tidak berzikir dengannya?
Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd Nabi Adam sekali sahaja dalam hidupnya, supaya
taubatnya di terima, kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di angkat kembali (waktu yg
singkat sah aja, kemudian Nabi Adam di lupakan bacaannya). Lihatlah, bacaan yg sekali menculupi utk
taubat Nabi Adam di terima. Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan ke atas Nabi Nuh, supaya ia membaca Bismillahi majreha wa mursaha, iinna rabbi la ghafururraheem , baccan ini adalah supaya Bahtera Nuh itu selamat dalam banjir yg hebat . Lihatlah, bacaan yg sekali mencukupi utk menyelamatkan mereka dari balak/musibah yg paling hebat sekali. Kemudian bacaan ini di angkat kembali oleh Allah (Nabi Nuh di lupakan bacaannya).
"Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah
bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (11:41)"
Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di turunkan kpd Nabi Ibrahim (as) dan ia di gunakan
oleh Nabi Ibrahim supaya ia di selamatkan dari Api yg di nyalakan Namrud (apabila ia di lontar ke
dalam Api itu), kemudian bacaannya di angkat dari Nabi Ibrahim. Lihatlah, bacaan sekali mencukupi
utk mengalahkan musuh dan meredakan Api! Kemudian bacaan Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd Nabi Sulaiman (as) supaya ia dapat menguasai Jinn dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat
darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhloq di bawah
pemerintahan Nabi Sulaiman (as).
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
(27:30)"
Kemudian Bismillah hirrahman nirraheem di kuirnaikan kpd Nabi Musa (as) supaya ia dapat membelah
lautan merah, kemudian di angkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman
nirraheem dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak munglkin tercapai
dengan teknologi. Dan kemudina di kurniakan kpd Nabi Isa (as), supaya ia di angkat dari bumi dan tidak di salib,kemudian bacaannya di angkat dari Nabi Isa (as). Lihatlah bacaan sekali dapat menyelamatkan Nabi isa
(as) dalam keadaan yg cukup merbahaya. Maka Bismillah hirrahman nirraheem di kurniakan kpd sebahgiaan Nabi sahaja (sebelum Rasulullah) dan hanya utk waktu yg singkat, utk di gunakan pada waktu yg genting.
Hanya UMMAT Muhammad (saw), yg di kurniakan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem (Ummat2
dahulu tidak di beri ini), kamilah yg paling bertuah sekali, kami adalah ummat kpd dia yg paling di
kasihi di sisi ALLAH, Sayyidina Muhammad (saw).
Hanya Awliya mengenal karamah dalam Bismillah hirrahman nirraheem, Awliya menggunakan
Bismillah hirrahman nirraheem utk membantu ummat Nabi Muhammad (saw), tanpa Bismillahhirrahman nirraheem mereka tidak boleh membantu sesiapa pun. Syurga/Langitlah yg mentadbirkan bumi ini. Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir, maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhloq2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.
Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem. Bismillah hirrahman nirraheem membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem kamu akan kecundang. Jika kamu menanan tumbuhan tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, ia tidak akan hidup. Seluruh teknologi tidak ada erti (tidak dapat memberi penghidupan/nyawa)! Satu Wali yg sebut Bismillahhirrahman nirraheem lebih hebat dari seluruh teknologi.
Wahai manusi, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari
Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem akan membuka hati yg terkunci dan
akal yg buntu - seluruh penyakit zahir dan bathin dapat obati oleh Bismillah hirrahman nirraheem -
Bismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.
Ini adalah sedikit ilmu dari lautan yg luas sekali. Kehidupan syurgawi kamu adalah kehidupan yg manis,
maka jgn menjadikan ia masam kerana di tipu shaitan. Shaitan menipu manusia dengan teknologi,
kerana ia yg menganjurkan manusia supaya bergantung kpd nya (dan bukan kpd Allah). Setiap kali
manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah
dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman
nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.
Fatihah.

Jun 18, 2010

Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu!


Suhbah pada 3hb June 2010
Musnahkan patung2 berhala dalam dirimu!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu'alaikum kpd mereka yg beribadah soleh - kami memberi salam kpd mereka yg mentaati
perintah2 Allah, Pencipta Kami. Assalam'alaikum kpd yg hadir. Kamu boleh hadir atau tidak, itu
terpulang kpd diri mu. Jika kamu hadir dalam Suhbah yg tawadduk ini, kamu akan bahagia, kerana,
akan di hilangkan dari dirimu, segala kesusahan.
Ada yg hadir dalam Suhbah, tetapi mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya, dan akibatnya,
mereka mengganggu Suhbah ini, sehingga hubungan saya dengan guruku terputus. Wahai manusia,
kamu mesti beradab/berdisiplin. Allah telah mengajar kehidupan berdisiplin kpd manusia.
Memulakan Suhbah ini dengan Auzubillah dan Bismillah, adalah dari disiplin syurgawi yg kami di
perintahkan supaya mentaati. Berdisiplin adalah sukar utk manusia, kerana manusia adalah makhloq
yg sombong, ia rasa sangat susah utk menuruti perintah atau menjadi PENGIKUT, itu sangat sukar utk
ego kami melakukan, kerana ego lebih suka utk MEMERINTAH.
Seorg hamba tidak semestinya melakukan mengikut sesuka hatinya, kerana seorg hamba, tertakhloq
di bawah perintah Tuhan semesta alam. A'uzubillah, tabiat membaca Ayat ini, adalah sebahgian dari
disiplin syurgawi, yg di amalkan oleh para Nabi dan Rasul dan seterusnya oleh org2 aleem, sehingga
hari ini.
Pemerintahan yg haqiqi adalah hanya bagi Allah yg Maha Kuasa. Tuhan semesta alam adalah Maha
Esa, hanya DIA yg dapat memilih hamba2 utk mewakili diriNYA, mengikut kehendakNYA.
Tiada makhloq yg dapat menjadi Tuhan, atau dapat menjadi Penguasa, hanya DIA lah yg Maha Kuasa.
Tiada yg boleh memberi pangkat di sisi Allah, tanpa izin dariNYA. Ini disebut di dalam Kitab2 Suci. Ia
juga di sebut oleh Sayy Muhammad (saw), yg membawa risalah terakhir, Kitab Suci Al-Quran.
Al-Quran mengandungi mesej yg terakhir utk mengajar manusia mengenai kedudukannya yg sebenar,
kerana manusia, atas dasar ciptaannya, mudah di sentuh shaitan, maka manusia semuanya selalu
berkata 'AKU'!
Sebutan 'AKU' adalah pengakuan seolah dia itu Tuhan, itu adalah sifat yg paling buruk yg di miliki
manusia, iaitu utk mengaku, 'AKU BERADA DI SINI.'
Shaitan meggesa manusia utk membuat pengakuan, "AKU mempunyai kedudukan, AKU adalah yg
berilmu...AKU adalah TUHAN!" Manusia tidak mempuyai haq utk mengaku yg ia mempunyai sesuatu,
tetapi shaitan mengajar manusia utk membuat pengakuan tersebut.
Shaitan mengajar manusia utk mengaku "AKU ADALAH ORG PENTING" kerana manusia itu adalah
presiden, Raja, ketua tentera.....maka manusia demikian membuat pengakuan yg menentang Allah,
"AKU JUGA TUHAN ....selain Allah!"
Seluruh pelajaran manusia sekarang membuahkan kesombongan tersebut! Hanya satu Tuhan, iaitu
Allah, dan kami adalah HAMBAnya sahaja. Selagi kamu tidak mengaku bahawasanya kamu adalah
seorg hamba, kamu masih bersyubhat dengan shaitan.
Wahai ulama', adakah kamu mengajar semua ini kpd pengikut2 mu? Jika tidak, kamu yg duluan yg
akan di azab di akherat, kerana kamu mempunyai tanggungjawab di atas bahu kamu, kamu memikul
tanggungjawab utk mengajar manusia, tetapi kamu tidak menjalankannya.
Ajarlah manusia bahawasanya ego suka mengaku dirinya sebagai tuhan! Maka berbicaralah dengan
egomu - "Apakah seorg yg mengaku dirinya sebagai VIP/Tuhan masih perlu ke tandas? Bagaimana org
yg mengaku dirinya penting, masih perlu ke tandas utk kadar hajatnya?"
Wahai ulama', permudahkanlah ajaran mu supaya senang di fahamai. Bimbinglah murid2mu, supaya
jangan menyombong, Allah tidak senang terhadap hamba yg sombong. Sesiapapun yg membawa
kesombongan, tidak akan jejak syurga! Ini adalah ajaran yg penting, manusia mesti kenal diri mereka
dan mereka mesti mengenal Allah swt.
Setiap ajaran dalam zaman ini, hanya utk mengajar pemuda dan pemudi utk membanggakan sijil2
mereka dari Universiti2 yg terkenal, maka mereka menjadi sombong and angkuh. Mereka merasakan
diri mereka sangat penting/pandai/hebat.
Shaitan meniup ke dalam ego manusia sehingga ego mereka membesar dan mereka tertipu - mereka
sangka yg mereka adalah manusia yg berkedudukan, dan penting!
Wahai ulama' Salafi, mengapa kamu tidak menerangkan kedudukan sebenar manusia kpd diri mereka?
Adakah kamu sangka yg Kitab Suci di turunkan utk memberi manusia pangkat tiruan? Setiap gelaran di
atas bumi ini adalah gelaran palsu/tiruan. Sebenar2 gelaran adalah dari syurga.
Shaitan membisik kpd manusia, sehingga mereka sangka mereka pun adalah Tuhan diatas bumi.
Haqiqatnya- hanya Allah adalah Tuhan, tiada selain DIA yg berkuasa dan berkedudukan.
Seluruh dakwaan kita adalah palsu, maka hancurkan egomu! Sebenarnya, kehebatanmu hanyalah di
dalam khayalanmu, maka hancurkan khayalan2 tersebut. Allah mengirim org2 aleem, utk mengajar
manusia supaya membinasakan gelaran2 palsu yg mereka telah mengada-adakan, supaya manusia
sedar dan bertaubat dan pulang ke pangkal jalan, dan mereka mengaku diri mereka sebagai hamba2
Allah.
Allah berfirman dalam Al Quran mengenai Nabi Ibrahim (as) dan perbuatannya sewaktu di dunia.
Rakyat Namrud mengukir patung2 berhala, yg menggambarkan kesombongan ego mereka.
Sayy Ibrahim (as) berkata , "Aku akan menghancurkan patung2 berhala ini."
Adakah ini cerita dongeng? Sayy Ibrahim (as) berkata, "Aku akan menghancurkan seluruh patung2
berhala yg didakwa mewakili Tuhan. Hanya DIA adalah Tuhan"
Al Quran bukan buku cerita, ia adalah ajaran buat manusia. Setiap manusia mempunyai patung
berhala di dalam diri mereka, dan selagi kamu tidak menghancurkan patung berhala tersebut, kamu
belum benar2 beriman kpd Allah. Sebenarnya, manusia memelihara patung2 berhala ini, dengan teliti
sekali.
Allah mengajar manusia - "Kamu mesti menghancurkan patung berhala ego kamu. Jika tidak, kamu
bukan hambaKU, kamu adalah hamba shaiatn, keluar dari sini!"
Allah tidak mencipta manusia utk mengaku diri mereka adalah TUHAN. Tidak!
Allah adalah Tuhan yg mutlak kuasaNYA.
Selepas perang Badr yg cukup hebat, Nabi (saw) bersabda kpd Sahabat2 Baginda, "Wahai Sahabat2
ku, kami baru habis berperang dengan tentera yg di atas jalan yg batil, dan Allah telah mengurniakan
kami kemenangan. Tetapi kami akan memulakan perang yg baru, dengan musuh yg lebih dasyat,
musuh yg paling ketara!"
Sahabat2 bertanya dengan terkejut, "Siapakah musuh ini?"
Nabi (saw) bersabda, "Jihadun nafs!" Itu bermaksud, "Berperanglah dengan ego mu, hancurkan
patung berhala mu."
Kamu pernah berperang dengan ego mu? Manusia yg tidak berbuat demikian adalah makhloq yg tidak
memperolehi penghormatan di langit, dan di akherat mereka akan di lontar ke dalam neraka
jahannam, kerana niat/sifat mereka yg buruk.
Cuba memahami, jangan izinkan egomu bersuara dan melaungkan kehebatan dan kebesaran dirimu!
Tinggalkan pakaian kehebatan dan pakailah pakaian seorg hamba! Dengan berbuat demikian, Allah
akan memakaikan kamu dengan pakaian perhambaan, Allah suka hambaNYA berpakaian demikian,
DIA tidak suka manusia pakaian selain dengan perhambaan.
Fatihah.

Jun 16, 2010

FATWA JAKIM 2010( Tariqah Naqshabandi AlAliyah Haqqani telah dikeluarkan dari senarai selepas penyelidikan dibuat)

CAWANGAN AKIDAH


1. Pengenalan Cawangan Akidah

Aspek akidah merupakan fokus utama aktiviti penyelidikan JAKIM. Ini kerana aspek akidah merupakan teras kepada pegangan agama seseorang.
Dalam menjalankan fungsi penyelidikan akidah, JAKIM melaksanakannya berkonsepkan prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang menjadi dasar dan pegangan negara Malaysia. Akidah yang selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak.
2. Konsep penyelidikan akidah
Konsep penyelidikan dalam bidang akidah yang dilaksanakan oleh JAKIM bertujuan seperti berikut;

·:: Memantapkan akidah ummah
·::
Mengawal pengaruh ajaran sesat
·:: Membendung diayah agama-agama lain di kalangan umat Islam


3. Penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat
Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh JAKIM , faktor utama penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat adalah seperti berikut:
:: ·Tasawuf Teosofi atau Tasawuf Falsafah
::· Fahaman Batiniah
::· Syiah
::· Amalan Khurafat
::· Menggunakan akal tanpa batas


Manakala bentuk ancaman penyelewengan akidah dan agama antaranya adalah seperti berikut;

::Mencela ulama muktabar iaitu dengan mendakwa diri atau kumpulan mereka mengetahui ilmu hakikat, sedangkan ulama muktabar dan ulama semasa mengetahui ilmu zahir sahaja. Ilmu zahir bagi mereka tidak lebih daripada perkara kulit sahaja, perkara batinlah yang mereka anggap ilmu sebenar
:: Mengubah keilmuan agama dengan cara membuat takwilan atau seumpamanya dalam agama
:: Kegiatan mereka menyumbang kepada perpecahan umat dan menghancurkan Islam dari dalam
:: Aktiviti pelampau agama yang membawa perpecahan umat dan negara

4. Langkah-langkah yang telah diambil oleh JAKIM
Dalam usaha mengatasi masalah tersebut, pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dan JAKIM telah bekerjasama erat melalui pelbagai program dan jawatankuasa berkaitan bertujuan mengembalikan mereka yang telah tersesat kepada akidah yang sebenar.

Antara usaha yang dilakukan ialah;
:: Mengkaji beberapa konsep yang sering digunapakai dalam masyarakat bagi tujuan mencari jawapan ilmiah sama ada bercanggah atau tidak dengan akidah Islamiah seperti konsep Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Yaqazah, Kasyaf, Ilham, penggunaan hadis maudhu`, wali serta qutub dan lain-lain lagi;
:: Menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-institusi pelajaran
formal dan tidak formal.
:: Mentahqiq kitab-kitab lama yang dikhuatiri mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah;
::·Mengadakan ceramah-ceramah, taklimat, bengkel dan muzakarah;
::·Menerbitkan buku dan risalah berkaitan akidah; dan
:: Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM.




Antara sumbangan Bahagian Penyelidikan
dalam mempertingkat kehidupan umat Islam di negara ini adalah:-


:: Mengkaji fahaman akidah kumpulan tertentu bertujuan untuk diwartakan. Sehingga kini lebih 55 kumpulan ajaran sesat telah difatwa dan diwartakan. Kumpulan tersebut seperti kumpulan al-Arqam, Syiah dan golongan Anti-Hadis.

:: Memantau dan memulih akidah mereka yang terlibat dengan ajaran sesat.


5. Penubuhan Jawatankuasa dan Panel

Bagi melicinkan usaha-usaha pihak JAKIM menangani isu-isu berkaitan dengan akidah beberapa jawatankuasa dan panel telah diwujudkan, antaranya Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS), Jawatankuasa Menangani Isu-Isu Semasa Akidah dan Panel Kajian Akidah.
6. AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar


Hizb Bahr Syeikh Abu Hassan As Syazilli

 حِـزْبُ الْبَحْر
اَلإِْمَام اَبُو حَسَـنْ اَلشَاذِيلِي

بِسْـمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ يَا اَللَّهُ يَا عَلِيُّ يَا عَظِيْمُ يَا حَلِيْمُ يَا عَلِيْمُ اَنْتَ رَبِّـي، وَعِلْمُكَ حَسْـبِي، فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّي، وَنِعْمَ الْحَسْبُ حَسْبِي،
تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ، وَأَنْتَ الْعَزِيزُ الرَّحِيْمُ،

نَسْـأَلُكَ الْعِصْـمَةَ فِـي الْحَرَكَـاتِ وَالسَّـكَنَاتِ والْكَلِمَـاتِ وَاْلإِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ، مِنَ الشُّـكُوْكِ وَالظُّنُـوْنِ
وَاْلأَوْهَامِ السَّاتِرَةِ للْقُلُوْبِ عنْ مُطَالَعَـةِ الْغُيُوْبِ.

فَقَدِ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُـوْنَ وَزُلْزِلُـوْا زِلْزَالاً شَدِيْدًا. وَإِذْ يَقُـوْلُ الْمُنَـافِقُوْنَ وَالَّذِيْنَ فِي قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُوْلُهُ
إِلاَّ غُرُوْرًا.

فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا الْبَحْـرَ كَمَا سَخَّرْتَ الْبَحْـرَ لِمُوْسَـى عَلَيْـهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ النَّارَ ْلإِبْرَاهِيْمَ عَلَيْـهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ الْجِبَالَ وَالْحَدِيْـدَ لِدَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ الـرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ والْجِـنَّ لِسُـلَيْمَانَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَسَخِّرْلَنَا كُلَّ بَحْرٍ هُوَ لَكَ فِي الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَالْمُلْكِ وَالْمَلَكُوْتِ، وَبَحْرِ الدُّنْيَا وَبَحْرِ الآخِرَةِ، وَسَخِّرْ لَنَا كُلَّ شَيْءٍ، يَا مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُـوْتُ كُلِّ شَيْءٍ،

كهيعص،كهيعص،كهيعص

أُنْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ،
وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الفَاتِحِيْنَ،
وَاغْفِرْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الغَافِرِيْنَ،
وَارْحَمْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ،
وَارْزُقْنَّا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ،
وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ القَوْمِ الظَّالِمِيْنَ،

وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيِّبَةً كَمَا هِيَ فِي عِلْمِكَ، وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَـزَائِنِ رَحْمَتِكَ، وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ الْكَرَامَةِ مَعَ
السَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ فِي الـدِّيْنِ وَالـدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

اَللَّهُمَّ يَسِّرْ لَنَا أُمُوْرَنَا مَـعَ الرَّاحَـةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا، وَالسَّلاَمَةِ وَالْعَافِيَةِ ِفِيْ دِيْنَنَا وَدُنْيَانَا، وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا وَحَضَرِنَا، وَخَلِيْفَةً فِي أَهْلِنَا، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ أَعْدَائِنَا، وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ الْمُضِـيَّ وَلاَ الْمَجِيْءَ إِلَيْنَا.

وَلَوْ نَشَآءُ لَطَمَسْنَا عَلَى أَعْيُـنِهِمْ فَاسْتَبَقُوْا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُوْنَ، وَلَـوْ نَشَـآءُ لَمَسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَـانَتِهِمْ فَمَـا اسْتَطَاعُوْا مُضِيًّا وَلاَ يَرْجِعُوْنَ

يس. وَالْقُرْآنِ الْحَكِيْمِ. إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَ. عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ. تَنْزِيْلَ الْعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ. لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَـا أُنْـذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُوْنَ. لَقَدْ حَقَّ القَـوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُوْنَ. إِنَّا جَعَلْنَا فِى أَعْنَاقِهِمْ أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَـانِ فَهُمْ مُقْمَحُوْنَ. وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُوْنَ

شَاهَتِ الوُجُوْهُ

وَعَنَتِ الوُجُوْهُ لِلْحَيِّ القَيُّوْمِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا

طس

حمعسق

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ

حم حم حم حم حم حم حم

حُمَّ الأَمْرُ وَجَاءَ النَّصْـرُ فَعَلَيْنَـا لاَ يُنْصَرُوْنَ.

حم. تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ العَزِيْزِ العَلِيْمِ. غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ العِقَابِ ذِي الطَّوْلِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيْرُ

بِسْمِ اللَّهِ بَا بُنَا، تَبَارَكَ حِيْطَانُنَا، يس سَقْفُنَا، كهـيعص كِفَايَتُنَـا، حمعسـق حِمَايَتُنَـا، ق. وَالْقُوْآنِ الْمَجِيْدِ وِقَايَتُنَا.

فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللَّهُ، وَهُوَ السَّـمِيْعُ العَلِيْمُ

سِتْرُ العَرْشِ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا، وَعَيْنُ اللَّهِ نَاظِرَةٌ إِلَيْنَا، بِحَوْلِ اللَّهِ لاَ يُقْدَرُ عَلَيْنَا.
وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ. بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ. فِي لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ

فَا للَّهُ خَيْرٌ حَافِظَا، وَهُوَ أَرْحَـمُ الرَّاحِمِيْنَ

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَـابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ

حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُـوَ، عَلَيْـهِ تَوَكَّلْتُ، وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمِ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَـعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بـِاللَّهِ العَلِـيِّ العَظِيْمِ

وَصَلَّى اللُّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَـلُّوْنَ عَلَـى النَّبِيِّ، يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْـهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

اَللَّهُ لاَإِلَهَ إِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا في السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي اْلأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ. وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ واْلأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ.

يَا اللَّهُ يَا نُوْرُ يَا حَقُّ يَا مُبِيْنُ، اُكْسُنِي مِنْ نُوْرِكَ، وَعَلِّمْنِـي مِـنْ عِلْمِـكَ، وَأَفْهِمْنِي عَنْـكَ، وَاسْـمِعْنِي مِنْـكَ، وَبَصِّرْنِي بِكَ، وأَقِمْنِـي بِشُـهُوْدِكَ، وَأَلْبِسْنِي لِبَاسِ التَّقْوَى مِنْكَ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، يَا سَمِيْعُ يَا عَليْمُ يَا حَلِيْمُ يَا عَلِيُّ يَا عَظِيْمُ يَا اللَّهُ، اِسْمَعْ دُعَـائِي بِخَصَائِصِ لُطْفِكَ آمِيْنَ.

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.

يَا عَظِـيْمَ السُّـلْطَانِ، يَا قَدِيْمَ اْلإِحْسَانِ، يَا دَائِمَ النَّعْمَاءِ، يَا بَاسِـطَ الرِّزْقِ، يَا كَثِيْرَ الْخَيْرَاتِ، يَا وَاسِعَ العَطَاءِ، يَا دَافِعَ البَلاَءِ، يَا سَامِعَ الدُّعَاءِ، يَا حَاضِرًا لَيْسَ بِغَائِبٍ، يَا مَوْجُوْدًا عِنْدَ الشَّدَائِدِ، يَا خَفِيِّ اللُّطْفِ، يَا لَطِيْـفَ الصُّنْعِ، يَا حَلِيْمًا لاَ يَعْجَلُ، اِقْضِ حَاجَتِي بِرَحْمَتِيكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

 بِسْـمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نَحْنُ فِيْهِ، وَمَـا نَطْلُبُهُ وَنَرْتَجِيْهِ مِنْ رَحْمَتِكَ فِيْ أَمْرِنَـا كُلِّهِ، فَيَسِّرْ لَنَا مَا نَحنُ فِيْهِ مِنْ سَـفَرِنَا وَمَا نَطْلُبُهُ مِنْ حَوَائِجِنَا، وَقَرِّبْ عَلَيْنَـا الْمَسَافَاتِ، وَسَلِّّمْنَا مِنَ العِلَلِ وَالآفاتِ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلاَ مَبْلَـغَ عِلْمِنَا، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Jalan yang lurus adalah jalan yang suci


Suhbah pada 8hb June 2010
Jalan yang lurus adalah jalan yang suci
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalamu'alaikum kepada semua yang hadir, di sisi saya, dan kepada semua yang mendengar (melalui
internet). Tiada perbezaan di antara pendengar (di internet) dan yang hadir di sini, yang penting,
bukan di mana kamu berada, tetapi adalah untuk kamu memahami ajaran2 yang disampaikan. Ramai
yang hadir dan ramai juga yang mendengar, tetapi hanya segelintir sahaja yang memahami. Manusia
demikian mempunyai nilai di sisi Allah dan RasulNya.
Assalamu'alaikum saya ucapkan kepada setiap Wali, dan kepada semua orang2 yang beriman, dan
juga kepada mereka yang berjuang. A'uzubillah dan Bismillah....kami mesti cuba melarikan diri dari
seluruh kejahatan. Guru segala kejahatan, adalah shaitan. Shaitan mempunyai jerat dan tipu helah
yang tidak terkira, untuk memerangkap manusia. Ia selalu berusaha untuk mengambil manusia dari air
yang jernih dan membawa mereka ke air yang keroh dan bernajis.
Para Nabi dan shaitan mengajak manusia ke arah yang bertentangan. Yang menghairankan, manusia
lebih suka menyahut seruan shaitan, kerana mereka dapat rasakan nikmat apabila berpoya2 dalam
najis. Manusia demikian adalah manusia yang kotor jiwanya.
Seluruh manusia di bahagi kepada dua golongan - yang bersih dan yang kotor. Allah memperlihatkan kepada manusia apakah itu air yang suci, agar mereka dapat membezakan dengan air yg bernajis. Air mata-air yang jernih dari bumi adalah air yang bersih. Para Nabi mengajar manusia dari sumber air mata-air syurgawi. Sebahagian manusia sebaliknya lebih gemar mengejar sumber air yang bernajis, ini adalah manusia yang mabuk. Jika seseorang terminum air najis itu, ia akan ketagih, seperti orang yang ketagihan arak. Pemabuk memikirkan mengenai minuman arak setiap malam, pada sangkaannya, apa yang di rasakan itu, adalah nikmat. Manusia yang menjadikan kebiasaan meminum air najis, akan melakukannya berterusan, kerana bagi mereka, itu adalah nikmat yang besar. Dalam longkang yang di penuhi dengan air yang bernajis, kamu tidak akan menemui selain dari tikus mondok. Tikus2 itu akan berkata, "Ini adalah kawasan kami, kami memerintah di sini. Ikuti kami, dan kamu akan seperti kami, kamu akan bahagia. Kami adalah raja dan permaisuri di sini. Setiap yang datang dan mencampuri aktiviti kami, kami akan memberi mereka kenikmatan dan gelaran2 (palsu)."
Manusia yang masuk ke dalam perangkap itu, tidak akan dapat keluar. Maka, mohonlah keselamatan
di sisi Allah agar kamu tidak jatuh kedalam perangkap sedemikian. Para Nabi menyeru kepada manusia, "Turuti kami, ikutlah golongan kami, untuk mencapai kenikmatan yang haqiqi." Tetapi sebahagian manusia menolak seruan para Nabi, mereka menafikan kehidupan selepas kematian, mereka hidup hanya untuk hari ini sahaja, mereka tidak percaya atau pedulikan kehidupan akherat. Para Nabi menyeru manusia untuk menjauhi kejahatan dan bisikan2 shaitan, mereka menyeru manusia kepada kehidupan yang suci.
Manusia yang sesat, apabila mereka melihat manusia yang mengikuti jalan yang suci, mereka akan
berkata, "Apa yang mereka percayai semuanya kolot semata2, mereka tidak rasai apa yang kami
nikmati (dengan melakukan perkara2 maksiat)."
Ini adalah zaman di mana manusia telah menjadi mabuk dengan kehidupan dunia. Seluruh nikmat
dunia ini menjadikan jasad dan kerohanian mereka mabuk. Shaitan menjemput manusia untuk
mengikutinya. Shaitan mengadakan iklan di merata tempat, mereka menyeru manusia kepada
kehidupan yang penuh pesta dan yang dapat memenuhi segala keinginan2 mereka. Mereka di ajak
untuk melupakan kehidupan akherat, dan hidup untuk mencari kepuasaan hari ini. Shaitan menganjurkan agar mereka mencari kepuasan melalui jalan2 ingkar. Manusia yang jatuh ke dalam dunia itu, tidak mahu keluar darinya, mereka mahu berpesta sterusnya sehingga mereka mati di dalamnya. Gambarkan, tikus mondok tidak akan meninggalkan longkangnya, ia lahir di dalam najis, hidup di dalam najis dan akan mati di dalam najis. Manusia zaman ini tidak menghiraukan kerohanian mereka, mereka memandang seluruh ilmu mengenai kerohanian sebagai fahaman yang kolot, mereka memandang kehidupan dunia mereka sebagai yang moden dan canggih, dan mereka menumpukan perhatian mereka kepada mencari nikmat untuk jasad mereka sahaja. Aneh sekali, manusia merasakan ini sebagai zaman kecanggihan dan kemodenan! Adakah manusia
mencapai sesuatu kemuliaan dengan kehidupan modennya? Tidak, malahan moral mereka hancur dan
binasa. Saya bertanya kepada ulama', "Apakah pendapat kamu mengenai nasihati2 yang kamu dengar malam
ini?" Apakah kamu sedang memikirkan/melakukan sesuatu untuk membawa manusia ke jalan salafus
soleh (jalan orang2 soleh dahulu)? Ulama' zaman ini mesti belajar bahawa perkataan KUFUR
sebenarnya, menerangkan cara hidup manusia zaman ini yang ingkar, di seluruh dunia. Mereka tidak
mentaati ajaran Allah . Para Nabi telah membawa manusia nasihat ini "Sesungguhnya, inilah jalan yang LURUS." Ulama' mesti menasihati ketua2 negara dan pemimpin2 manusia, nasihat mesti dimulakan dengan pemimpin2 negara terlebih dahulu. Cara hidup yang menentang cara hidup Islam, adalah kekufuran. Selagi kamu hidup dalam cara yang menentang Islam, kamu tidak akan dapat menjawab Allah pada Hari
Pembangkitan. Allah akan menghukum mu. Kamu akan di hadapkan kepada Allah dan DIA akan
menyoal mu. Mengapa kamu tidak memberi amaran kepada manusia, yang cara hidup mereka tidak
menurut cara hidup Islam? "Wahai manusia, cara hidup mu, tidak ikut landasan Islam!"
Kamu tidak berani menasihati manusia untuk meninggalkan cara hidup orang2 yang beriman, kerana
KAMU SENDIRI HIDUP demikian! Kamu juga ikut cara hidup orang2 barat! Kamu sendiri memeluk
kefahaman orang2 Barat. Kefahaman orang2 Islam dahulu, benar2 memahami AGAMA MEREKA. Apa
yang datang dari negara2 barat, bukan untuk kami, bukan untuk orang2 Islam.
Matahari terbit dari timur, maka ikut cara hidup orang2 orientalis (di mana matahari terbit). Mengapa
orang2 orientalis zaman ini, mengikut cara hidup orang2 barat, (di mana matahari terbenam)?
Islam tidak menerima cara hidup barat, KERANA KEHIDUPAN MEREKA TIDAK SUCI! Bagaimana kamu akan dapat pertolongan Allah dengan berbuat demikian? Sekarang, negara2 Islam memeluk cara
hidup orang2 barat! Mengapa kamu tidak menegakkan cara hidup Islam? Cara hidup Islam adalah
seperti bulan purnama pada malam yang gelap, dan kegelapan itu adalah cara hidup orang2 barat
yang seperti najis. Tetapi orang Islam memakai kacamata yang membutakan mereka kepada kemurnian Islam. Adakah kamu takut kepada musuh yang mempunyai bom/senjata yang di katakan hebat? Jika kamu benar2 beriman, kamu akan takut kepada Allah, bukan kepada senjata2 mereka yang memusuhi mu. Jika Allah memberi kamu pakaian keselamatan, tiada yang dapat mencederakan mu. Takutlah pada Allah,
itaqullah. Jika Allah memeliharamu, tiada senjata yang dapat mencederakan mu. Jika Allah tidak
memberi izin, kuman virus tidak boleh menjangkiti mu! Semuanya berlaku hanya dengan izin ALLAH.
Wahai manusia, mengapa kamu tidak meneliti apa yang di ajar (kepada kanak2 dan pemuda-pemudi)
di sekolah2 kamu? (Mereka tidak belajar mengenai Pencipta mereka!) Pernahkan manusia mencipta
apa2? Mengapa kamu mentaati ciptaan, dan membelakangkan Sang Pencipta?
Kamu mentaati berhala2 musuh Islam, kerana kamu takut kepada mereka. Al Quran bukan lah buku
cerita, ia adalah kitab yang membawa kefahaman. Nabi Ibrahim (as) hidup di zaman manusia
menyembah patung2 berhala. Manusia beriman kepada kehebatan berhala2 ini, mereka percaya yang
setiap berhala mempunyai kehebatannya sendiri. Nabi Ibrahim (as) berkata, "Wahai manusia, kamu
mengukir berhala2 ini dengan tangan mu sendiri, dan kamu memberi rupa kepada batu, dan kamu
menamakan ia Tuhanmu?" Sebenar-benar Tuhan mesti memiliki kekuasaan yang meliputi seluruh
alam ini! Satu Tuhan mencukupi, kerana Tuhan boleh melakukan segala2nya. Jika ada lebih dari satu
Tuhan, pasti mereka akan bergaduh/berperang!
Allah dapat melakukan segala2 nya! Bumi ini di cipta oleh NYA, DIA merupakan Zat yang kamu tidak
akan memahami dengan sepenuhnya, kamu hanya akan dapat memahami satu titik dari lautan
kebesaran Allah. Batu yang di ukir, tidak mempunyai kuasa. Pengukir dapat memberi rupa, tetapi ia tidak dapat mengisi kebathinan berhalanya.
Manusia zaman ini lalai, dan mabuk! Mereka tidak pernah memikirkan perkara2 ini. Saya tidak pernah
mendengar di mana2 Universiti, yang mereka mengadakan diskusi mengenai Tuhan semesta Alam!
Ulama' Salafi hanya pandai menghukum2 amalan orang Islam - haram, shirik, bidaah, kufur, maksiat.
Mengapa pemerintah tidak membuka jalan supaya pemuda-pemudi di beri pengajaran mengenai ke
Tuhanan? Manusia mesti mengenal Tuhannya, mereka mesti mengenal kedudukannya! Manusia yang
telah mengenal Allah dan dirinya sendiri, akan berkata, "Allah Tuhan KU!" Allahu Robbi.
Allah memerintahkan seluruh manusia untuk mengubah cara hidup mereka, sehingga mereka berada
di atas landasan yang benar. Jika tidak, kamu akan di timpa musibah, maka senantiasalah bertaubat
kepada Allah! Fatihah.

Jun 15, 2010

Gunakan neraca atas setiap perbuatanmu

Suhbah pada 6hb June 2010
Gunakan neraca atas setiap perbuatanmu
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Madad ya Rijallallah. Wahai manusia yg di kurniakan pertolongan dan kekuatan syurgawi. Satu
manusia demikian lebih dari mencukupi utk membantu keperluan bumi ini seratus kali. Ini adalah
kurnia Allah, kpd Sayyidina Muhammad (saw).
Jika kamu memberi penghormatan, kamu akan menerima penghormatan. Jika kamu melakukan
kebaikan, kamu akan menerima kebaikan syurgawi. Setiap perbuatan mu mesti di lakukan hanya utk
Tuhan mu (ikhlas). Walaupun perbuatan kami hanya sebesar zarrah di sisi Allah, balasan Tuhan
mungkin seperti sebsar bumi ini. Kamu mungkin memberi sesuatu yg kecil sahaja, tetapi balasan DIA
mungkin di luar jangkaanmu. Apabila Allah mengurniakan, walaupun pemberian DIA itu sedikit sahaja,
tetapi apa yg kecil di sisiNya, adalah sesautu yg sangat besar di sisi makhlukNYA.
Kurnia Allah adalah menurut kebesaranNYA, DIA memberi sesuatu dari pentadbiranNYA yang hebat,
pemberianNYA adalah sesuatu yg fikiran manusia tidak akan dapat mencapai. Manusia tidak dapat
mencapai kefahaman mengenai walau bahagian yg sekecil sekali dari pemberian Allah yang Maha
Luas. Moga2 Allah mengampunkan kami semua.
Wahai manusia, selamat datang. Allah senang terhadap mereka yang hadir, dan apabila Allah senang
terhadap hambaNYA, Allah mengurniakan kepada hambaNYA tanpa berhenti.
Mengapa kamu mengejar dunia ini? Pemberian Allah yg kecil, melebihi harta dan khazanah dunia ini,
ribuan kali. Sebenarnya, kamu mengejar dunia ini kerana kamu tidak punya akal (yang memahami
haqiqat hidup). Contohnya, jika di sebelah kananmu, kamu di tunjukkan segunung intan berlian dan di
sebelah kiri mu, kamu di tunjukkan segunung sampah. Manakah yang kamu akan memilih?
Manusia sekarang di dalam keadaan yang ia di persembahkan gunung2 yg penuh dengan intan, tetapi
ia meninggalkan gunung2 intan tersebut, dan ia mengejar sampah dan najis dunia ini.
Manusia demikian tidak berakal.
Maka, tinggalkan tabiat tersebut, dan datang dan ambillah dari kurnia ilahi. Kurnia ilahi memberi kamu
nikmat yg kamu tidak dapat gambarkan. Para Nabi dan Rasul di utus oleh Allah utk menunjukkan
manusia cara untuk mencapai gunung2 intan, dan para Nabi dan Rasul mengajar manusia untuk
membandingkan gunung2 intan itu dengan gunung2 sampah dunia ini. Walaupun di beri petunjuk,
sebahgiaan manusia tetap membelakangkan gunung2 intan!
Intan dari bumi ini, hanya mempunyai dua warna - putih dan merah jambu. Tetapi gunung intan yg di
kurniakan kepada manusia, terdiri dari intan yg berbagai warna, warna2 yg sangat menawan hati. Ia
begitu indah, sehingga, jika kamu memandangnya, kamu akan jatuh tersungkur kerana terkejut.
Shaitan berkata, "Wahai manusia, jangan percaya berita ghaib mengenai gunung2 intan, ambillah dari
apa yg saya mempersembahkan dari gunung2 sampah ini, itu lebih baik utk mu."
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani 6hb June 2010
Wahai manusia, assalamu'alaikum. Moga2 Allah memberi kamu kefahaman yg baik. Selagi kamu
belum memiliki kefahaman yg baik, kamu akan tinggalkan gunung2 intan dan mengejar najis dunia ini.
Assalamu'alaikum hamba2 Allah, assalamu'alaikum wahai Qutbul Zaman, yg mentadbir urusan seluruh
bumi ini. Salam kepada mereka yg mencari bahagian dari kehidupan abadi mereka. Manusia demikian
adalah manusia yg berakal, di bandingkan dengan manusia yang sentiasa mencari sesuatu yg sia2
(dunia), yg akan berakhir dengan kerugian.
Manusia zaman ini mentaati shaitan dan kuncu2nya, mereka membelakangkan nasihat dan petunjuk
para Nabi dan Rasul dan pengikut2 mereka. Kami memohon untuk mengikut petunjuk syurgawi,
supaya dapat mewarisi pemberian syurgawi.
Contohnya, ramai manusia mentaati shaitan dengan menghisap rokok. Pasti, itu adalah sesuatu yg
mentaati shaitan. Mereka mengikuti cara hidup shaitan, dan mereka sedang cuba mencari nikmat dari
pokok tembakau itu, dan mereka membelakangkan rasa nikmat akherat. Dalam waktu seorang
menghisap satu batang rokok, manusia yg lain yg beramal dalam waktu itu, boleh sampai kepada
nikmat kehidupan abadi. Ramai mansuia yg mengadu dalam hati mereka, mereka mengadu dalam akal
mereka, dan mereka mencari jalan supaya jasad mereka boleh rasa nikmat dan kebahagiaan. Itu
adalah mustahil (selagi mereka mencari nikmat melalui merokok), kerana mereka menggunakan cara
yg salah. Setiap kali mereka merokok, mereka jatuh kedalam lembah yg gelap sekali. Selagi mereka
merokok, mereka tidak akan rasa nikmat, tetapi mereka akan rasa kesusahan dan penderitaan.
Allah telah memberi kamu cara utk mengukur perbuatan2mu.
Apakah erti Ayat2 Quran in dari Surah AR Rahman "Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas
dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9)"
Untuk siapa mizan (neraca) itu? Untuk binatang? Untuk malakat? Untuk Jinn? Atau untuk manusia?
Ayat itu adalah dari Surah Ar-Rahman, Allah memerintahkan manusia utk menggunakan neraca,
supaya ia menimbangkan perbuatan2 nya, supaya ia tahu nilai setiap perbuatannya jika di timbang
dalam neraca Allah - itu adalah kurnia Allah kepada manusia.
Untuk apakah neraca itu? Untuk menimbang apa? Untuk menimbang gamdum atau beras? Untuk
menimbang apa? Terangkan jika kamu tahu, wahai yg mendakwa dirimu ulamak. Di manakah Allah
meletakkan neraca itu? Di dalam beg2 atau kotak2 dalam rumah kamu? Adakah di situ terletak
neraca?
Neraca adalah untuk manusia! Ia adalah untuk manusia menimbangkan AMAL mereka! Neraca adalah
untuk manusia menimbangkan permintaan mereka juga. Neraca bukan untuk menimbang harta dunia
ini, kerana harta dunia tidak ada nilai di sisi Allah.Sekarang kami menggunakan neraca elektronik
untuk menjual beli. Adakah Allah berniaga bersama manusia (dengan adanya neraca ilahi)? Neraca itu
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani 6hb June 2010
adalah untuk menimbang amal dan usaha manusia. Untuk menimbang akal, hati dan jasad kami.
Seluruh dunia Islam mengejar cara hidup yg kotor sekarang, mereka meninggalkan neraca Allah, dan
mereka ikut cara hidup orang2 Barat/Kafir, iaitu dengan mengamalkan demokrasi. Siapa yang memberi
manusia otoriti untuk melakukan demikian? Adakah undang2 dunia seperti undang2 akherat/Al-
Qur'an? Wahai ulamak2, mengapa kamu tidak bersuara, mengapa kamu tidak mengajar manusia utk
menegakkan hukum2 Islam? Zaman ini, pemerintah2 Islam, mengadakan hukum2 yg menentang
Quran untuk menindas rakyat mereka. Wahai manusia yg tidak takut kpd Allah, mengapa kamu tidak
menerangkan perkara ini kepada pemerintahmu, kamu takut kpd manusia, tetapi tidak takut kepada
Allah.
Gunakan neraca Allah atas setiap perbuatan dan lafaz kata mu. Kamu mesti menggunakan neraca itu!
Apakah nilai undang2 dunia di atas neraca ilahi?
Saya tidak pernah melihat dalam Al Quran, yg manusia di galakkan bersukan, tetapi sekarang, negara2
Islam mempunyai Menteri Sukan! Mengapa negara Arab Saudi mempunyai pasukan bolasepak?
Bolasepak di haramkan dalam ke-empat-empat kitab suci! Sekarang, pemuda2 kami melatihkan
dirinya dalam bolasepak. Itu adalah haram. Allah mencipta Jinn dan manusia utk BERIBADAH kpd NYA,
bukan untuk menumpukan kehidupannya kepada sukan. Kamu berjuang untuk memenangi Piala
Dunai? Apakah erti perjuangan itu? Allah akan menyoal mu di akherat kelak.
Pada suatu ketika, Ibrahim Adham, yg merupai Sultan yg hebat, sedang memburu.
Ada sebahagian manusia yang memburu untuk rizqinya. Tetapi seorang Sultan memburu, sebagai hobi
sahaja. Apabila Ibrahim Adham sedang mengikuti seekor sang kancil, ia terdengar pesan dari alam
ghaib. Suara itu berkata, "Adakah kamu sangka yang kamu di cipta untuk sukan, memburu dan
berpoya2?" Kemudian ia mendengar pesan lagi, "Wahai Ibrahim, adakah kamu sangka yg kamu di
perintahkan oleh Tuhanmu untuk memburu (sebagai tujuan hidup mu)?"
Manusia zaman ini gila bolasepak. Dua puluh dua orang mengejar satu bola, itu adalah perbuatan yg
sangat bodoh sekali, dan permainan ini di tontoni oleh jutaan orang yang juga tidak berakal. Mengapa
ulamak2 Islam tidak mengharamkan sukan ini? Tiada ulamak yg berani menghalalkan sukan itu juga.
Jika kamu tidak dapat membezakan halal dan haram, bagaimana kamu akan menerima kurnia ilahi?
Wahai mansuia, taatilah perintah ilahi, tetanglah ego dan kemahuan mu (berhenti merokok dan
berhenti bermain/menyaksikan bolasepak), jika tidak, kamu akan di bawah pengaruh shaitan dan
pengikut2nya. Gunakan neraca untuk menimbang nilai bolasepak di sisi Allah! Apakah manfaatnya
untuk orang2 beriman?
Mengapa kamu tidak menggunakan neraca untuk menimbang setiap perbuatanmu? Kamu akan di soal
di akherat dan kamu akan di balas, jika bukan hari ini, pada Hari Pembalasan Moga2 Allah mengirim
pembimbing, yg akan membimbing kami menuju kepada kehidupan mulia di dunia dan akherat.
Fatihah. Tasawwuf adalah Ruh Islam, jika sesiapapun menolaknya, mereka akan di timpa bala', maka
belajarlah!

Bukalah ikatan belenggu dunia, dari dirimu!

Suhbah pada 4hb June 2010
Bukalah ikatan belenggu dunia, dari dirimu!
Maulana Shaykh Nazim Al-Haqqani
Assalam'ualaikum wahai yg beribadah soleh, wahai mukmineen, wahai hadirin sekalian.
Assalamu'alaikum wahai yg hadir, selamat datang. Kami berharap bahawasanya seluruh org2 yg beriman berada dalam keadaan yg baik, di dunia dan di aklherat. A'uzubillahiminash shaitan nirrajeem dan Bismillahirrahmanirraheem....kami adalah makhluk yg lemah sekali, maka sebab itulah Allah telah mengurniakan kami bacaan Bismillahhirrahman nirraheem, kerana bacaan itu adalah lautan kekuatan dan sumber pertolongan ilahi (barokah dan rahmat) untuk kami, tanpa sudahan.
Apabila manusia berzikir dengan Basmalah, mereka dia di hujani dengan barokah ilahi. Wahai manusia, kami semua adalah makhluk yang lemah sekali, dan saya tidak pernah mendakwa yg saya mempunyai kehebatan. Jgn sangka yg teknologi canggih zaman ini dapat memberi kamu kekuatan. Fahami bahawasanya, seluruh yang wujud di atas bumi ini, berada di dalam lautan kelemahan. Seluruh bumi ini di penuhi dengan makhluk2 yg akan menggigil dalam keadaan kelemahan, jika mereka tidak di dukung oleh pertolongan ilahi. Makhluk tidak akan dapat wujud tanpa kehendak dan pertolongan ilahi, setiap zarrah dalam alam ini bergantung kepada Allah, tetapi manusia merasakan dirinya telah mencapai kehebatan sehingga ia dapat berdikari (tanpa pertolongan Allah). Maka, di atas bumi ini, hanya manusia yg berpendapat demikian, kerana ia adalah makhluk yg lalai, dan manusia bergantung kpd alat2 canggih kepunyaan nya, seolah2 alat2 demikian dapat memberi mereka kekuatan. Manusia terpedaya oleh apa yg ia lihat di depan dirinya, ia bergantung kpd alat2 yg zahir, ia tidak beriman kpd pertolongan dari yg ghaib. Bumi ini telah sampai ke akhir hayatnya. Setiap yg bermula, pasti akan berakhir. Bumi ini sedang menuju kpd ajalnya, dan ia akan lenyap ke dalam lautan kekuasaan Allah apabila sangkakala di tiup nanti. Maulana berdoa, "Ya Tuhan kami, wahai Tuhan kami, ampunkan kami, dan berilah kami peluang utk memahami, Ya Allah."Maulana berdoa demikian, supaya manusia yg hadir memahami yg mereka adalah makhluk yg baru di cipta semalam, dan esok hari, mereka akan lenyap (mati dan hilang dari dunia ini). Dunia ini adalah pentas persembahan yg sangat singkat sekali!Jgn sangka bahawa apa yg menimpa kamu pada hari ini, adalah (persis) sama seperti yg menimpa kamu semalam. Tidak!
Kamu mesti sedar yg kejadian dan kehidupan yg akan kamu akan lalui pada esok hari, tidak sama seperti apa yg kamu mengalami pada hari ini. Setiap hari, apa yg kamu menghadapi dan mengatasi, adalah berlainan. Setiap dalam alam ini akan bergerak menuju ajalnya dengan keadaan yg berbeza beza. Setiap saat, alam ini berubah, dan ia sedang bergerak menuju kpd ajalnya, dengan pantas. Dunia ini adalah alam materi. Alam materi ini akan mengakhiri perjalanannya di maqam syurgawi. Apabila sampai ke maqam itu, perjalanan dunia ini akan berakhir - bumi ini tidak akan wujud lagi. Tetapi, walaupun bumi ini akan lenyap, manusia tidak akan lenyap begitu sahaja - ia akan menghadapi hukuman dan balasan! Wahai manusia, kamu mesti merenungkan perkara itu. Allah telah mengurniakan kpd manusia kerohanian yg berasal dari syurga, supaya manusia dapat memahami haqiqat kehidupannya. Akal fikiran kamu bukan dari bumi ini, ia adalah dari dunia ghaib, jika ia berpenyakit, maka kami tidak akan dapat memahami haqiqat itu. Apa yg kamu faham mengenai kehidupan kamu, akan mengikut kamu ke dunia yg berikutnya. Selain itu, kamu tidak akan membawa apapun dari dunia yg fana' ini! Sedarlah, setiap yg bernyawa pasti menghadap kematian satu hari nanti. Satu hari kelak, makhluk yg sedang hidup pada hari ini, pasti akan mati. Apabila dukungan ilahi terputus, kami akan menjadi debu (mayat). Allah tidak mencipta sesuatu tanpa gunanya/faedahnya, tiada yg di cipta sia2 sahaja. Setiap ciptaan mempunyai tugas/misi masing2. Maka Allah tidak mencipta manusia itu hanya utk hidup buat sementara di dunia dan kemudian lenyap dari bumi ini, tanpa mencapai apa2. Walau setiap zarrah pun ada tugasnya yg tersendiri, apatah lagi manusia. Setiap elemen di atas bumi pun di kurniakan sesuatu dalam kewujudannya, dan selepas tugasnya selesai, ia akan di pindahkan kpd lautan kekuasaan Allah yg tidak di kenal.
Ada manusia yg menyangka yg ia terwujud dengan tersendirinya, dan mereka tidak sedar akan tugas/misi mereka di atas bumi ini. Ia sangka ia hidup dan mati begitu sahaja, seperti haiwan, tanpa pembangkitan, hukuman dan balasan. Manusia sangka yg kehidupan dunia ini mudah sekali – hidup dengan mencari nikmat dan kepuasan dan keseronokan, kemudian ia akan mati begitu sahaja, tanpa apa2 tanggungjawab terhadap Tuhannya. Mereka tidak pernah menyoal, bagaimana mereka boleh terwujud di atas bumi ini? Siapa yg mengurniakan kewujudan itu? Manusia tidak pernah bertanya, mengapa ia harus mati, dan mengapa tiada yg dapat menghidupkan org yg telah mati, walaupun seluruh tenaga, obat2an dan alat2 yg canggih, di gunakan ke atas mayat itu? Manusia yg mati, tidak akan kembali lagi. Jasadnya menjadi seperti batu yg berat, ia tidak dapat bergerak lagi. Bagaimana seorg yg pada suatu ketika berupa makhluk yg hidup, boleh tiba2 mati, dan menjadi seperti batu yg tidak bergerak? Kemana ruhnya telah pergi? Setiap org, selepas kematiannya, akan melihat mayatnya sendiri! Ia akan terfikir, "Begitu hodohnya mayat saya! Mayat saya sudah mula membusuk!" Begitu lah keadaan Ruh apabila ia melihat mayatnya yg sudah mula membusuk dan menjadi bangkai yg busuk sekali. Ruh itu akan melarikan diri dari jasad yg membusuk, maka sebab itulah manusia yg mati tidak pernah hidup kembali, kerana Ruhnya tidak mahu kembali kpd jasad (bangkai) yg hodoh dan busuk. Ruh akan memanjatkan kesyukurannya kpd Allah yg ia dapat melarikan diri dari jasad yg membusuk itu. Ruh yg telah berpisah dari jasad, akan rasa ringan sekali (tanpa jasadnya), dan ia tidak mahu masuk kedalam jasadnya yg berat lagi, buat selama2nya.
Jasad tercipta dari empat anasir - api, air, tanah dan angin. Selepas kematian, keempat-empat anasir tersebut akan merasa gembira yg mereka dapat kembali kpd alam asalnya, maka sebab itulah mayat itu akan menjadi debu dalam perut bumi. Wahai manusia, hari itu (iaitu hari kematianmu) sudah hampir, ia menghampiri mu setiap saat. Setiap kali anak Adam meninggal dunia, bumi ini gembira sekali, ia berkata, "Aku senang sekali, aku gembira sekali, kerana manusia yg dahulunya bergerak di atasku, sudah meniggal dunia, aku tidak perlu memikul beban manusia itu lagi. Ruh itu telah bergerak ke destinasinya, dan aku pun bebas dari beban mereka." Itu adalah ucapan bumi, terutama sekali terhadap org2 yg berdosa, kerana org2 demikian memikul dosa2 yg berat sewaktu kehidupan mereka, apabila mereka berjalan di atas muka bumi. Masa sedang bergerak dengan pantas, kamu tidak mungkin dapat menghentikan nya, maka jangan mensia2kan waktumu. Destinasi kamu menjadi lebih hampir setiap saat. Bumi ini menanti saat yg ia akan bersama dirinya sendiri, tanpa makhluk2 di atas dirinya. Manusia pun patut demikian, memikirkan waktu yg ia akan berseorang diri dalam kuburnya, bersama amalannya.Manusia tidak pernah mencari jati dirinya yg sebenar. Maka sebab itulah, manusia demikian tidak pernah marasakan ketenangan dalam kehidupannya. Manusia demikian tergolong dalam golongan mereka yang lalai. Mereka patut sedar, yg manusia yg telah mati, tidak akan dapat kembali lagi ke dunia ini untuk beriman dan beramal soleh. Maka hanya manusia yg telah berbuat persiapkan untuk kematian, yang akan menemui ketenangan dan kegembiraan dalam kematiannya. Ramai yg telah mati, akan menyesal dan kecundang, mereka akan berdoa utk di beri peluang kedua untuk hidup di atas bumi ini untuk beramal soleh, tetapi mustahil mereka akan di hidupkan kembali. Maka jangan mensia2kan kehidupan mu!
Manusia yg meninggalkan cinta dan perjuangan untuk mencapai kemewahan kehidupan materi ini, mereka akan sampai satu tahap yg mereka tidak akan memerlukan apa2 selepas itu, itu adalah lautan yg manusia tidak akan memahami sehingga mereka telah sampai kpd nya. Usaha ke arah pencapaian tersebut, supaya kamu terlepas dari belenggu dunia, jgn mensia2kan kehidupan mu. Hanya manusia yg sedar akan tujuan akhirnya, dan berusaha utk mencapai tujuan itu di akherat, akan selamat. Sebenar2 kebahgiaan akan tercapai dengan menceraikan dunia ini dari kehidupan kami. Maka bangkitlah, dan berjuanglah!
Mengapa kamu mengejar dunia dengan tungkus lumus, dengan seluruh tenaga mu? Kamu sedang mengejar sesuatu yg sedang melarikan diri dari mu, kamu tidak akan mungkin dapat meraih seluruh dunia ini. Bangkitlah, dan lepaskan ikatan kehidupan dunia ini dari dirimu. Manusia tidak sedar yg ia telah di ikat dengan ikatan belenggu dunia ini. Apabila mereka (yg terikat kpd dunia ini) menghampiri kematian, mereka akan menyesal dan rasa sedih utk meninggalkan dunia ini. Manusia tidak memahami bagaimana menuju kpd jalan yg menghasilkan kemanisan Ruh mereka.
Seperti setiap titisan air hujan yg jatuh ke dalam laut, setiap titisan air itu rasa bahagia dan aman sekali! Setiap titisan air (dan setiap insan) mesti tenggelam dalam lautan haqiqat, lautan kehidupan yg sebenarnya, barulah ia akan mencapai keamanan dan kebahagian. Jika kamu sampai kpd lautan itu, kamu akan memahami apa yg kamu tidak pernah fahami sebelum itu, dan kamu akan rasa nikmat yg belum kamu tercapai sebelumnya.
Zikirlah La ila ha illallah muhammadur rasulullah 100 kali setiap hari.
Dan zikir Bismillah hirrahmanir raheem 100 kali sehari juga, moga2 Allah akan membuka kefahamanmu utk menghadapi kejadian hari2 yg akan datang.
Moga2 kamu akan bahagia apabila kamu mengamalkan. Kamu akan sampai kpd lautan nikmat dan kebahagian yg tidak terputus, dengan kefahaman tersebut. Tanpa kefahaman yg benar, kamu akan jatuh ke lembah yg gelap, yg semakin dalam kamu jatuh ke dalam lembah itu, semakin bertambah kesengsaraan dan penderitaan yg kamu akan alami. Cubalah utk memasuki lautan rahmatNYA, demi kemuliaan dia (Rasulullah) yg berada di sisiNYA.
Fatihah.

Salam Untuk Semua

Bismillahi ArRahman ArRahim.
Setelah sekian lama aku berhenti menulis bukan kerana aku sudah bosan, tetapi kabu ini diserang secara betubi tubi oleh Syaitan dan Ego... maka dengan berkat bimbingan Guruku dan teman teman aku berjaya menulis lagi...
Aku memohon maaf sekiranya tulisan yang Dhaif ini menyingung perasaan Anda sekelian... tetapi apa yang aku ingin tuliskan hanyalah nukilan yang aku kumpulkan moga moga berguna untuk diriku dan anda semua...
Fatihah